Ini adalah antara elemen yang memaknakan hari raya ku ... kad dikirim pengganti diri. Aku bersyukur kerana masih ada yang sudi mengutusinya ..
a) Kad dari Sue
b) Kad dari ex-student
c) Kad yang mahu kukirim kepada teman
Orang kata, kad begini bukan sekadar pengganti diri. Malah ia lebih daripada itu. Menggambarkan betapa si pengirim sudi bersusah payah untuk tujuan itu .. Maka, berian begini lebih bermakna ...
Bukanlah teknologi itu tiada faedahnya. Namun, yang lama tetap berharga sampai bila-bila kerana ia adalah sebahagian dari makna diri kita ...
P/s: Saat aku meneliti buku alamat lama kawan-kawan, hanya ada 6 nama sahaja yang masih boleh aku berutusan kerana yang lainnya aku tak pasti. Lantas, aku memikirkan .. betapalah lingkungan kawan-kawanku sudah mengecil, sedang aku baru 31 tahun hidup di dunia ini! Oh!

8 comments:
Slm,
hahaha...tak sangka kad ku dimasukkan di blog mu hhahaha... tq3, btw Fisha, apa tu bersawang? Aku tak fahamlah... ? Aku dah takde masa pulak sebenarnya nak tulis blog tu, actuallynya intention aku nak direct tulis novel aje dari situ... alamak dengar lagu Aishah ni, 'di pagi hari raya...hati sayu mengenang dirimu... ' weiihh kalau datang kl/melaka, datang raya ke rumah k!!!!
cik fisha,
Tidak kurang daripada 5 tahun lamanya yang saya telah tidak mengirim walaupun sekeping kad ucapan selamat hari raya kepada sesiapa yang saya kenali... terasa telah terhakis habis amalan mengirim kad pada diri saya.
Sue:
Amboi, bersawang pun tatau ... bersawang bila blog kau itu tiada entri baru untuk tempoh yg relatifnya lama ... ada paham? X reti2 nak letak entri baru?
Den g kl bln 10 ni .. tapi x tau le sempat ke tidak jumpa uol ni ...
Cikgu Yusof:
Emm .. biasa la tu cikgu .. ada masa kita rajin, ada masa kita malas ... tp, bak kata orang kuala perlis .. it's the thoughts that count ... kira orait la tu ...
Hari ni dah 28 hari, hanya 2 hari lagi posa, pastu boleh ler beraya.... jadi pada kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Adili Fitri khas buat cik Fisha, semoga sentiasa bahagia dan gembira dan jugak kepada semua yang datang menjengah dan membaca komen di blog ini. Tk
Cikgu Yusof:
Saya pun, di kesempatan ini ingin memohon maaf atas segala ayat2 atau kata yangbisa menyinggung pembaca di ruang kecil ini ...
Semoga Aidilfitri ini akan membawa seribu rahmat dan kemaafan untuk kita semua.
Minal a'ideen wa faizeen ...
Kullu aam wa antum bikhair ...
Salam Dino Bhodo [Salam Hari Raya]
:)
En. JP:
Bener ku kira ajaran temen yang itu ...
Salam dino bhodo untuk mu jugak ...
Makasih ya ... hehehe
lama jugak takde apa-apa berita daripada cik hafiey, sihat ka?
Post a Comment