Wednesday, September 10, 2008

Kebodohan sebuah kemaafan




Kita diajar ...
Kalau buat salah, mohonlah kemaafan.

Kita diberitahu ...
Kemaafan adalah dendam yang terindah ...

Kita dinasihati ...
Memberi maaf akan membuatkan kita gembira ...

Tapi ...

Adakah satu kesalahan mengatakan sesuatu yang memang betul?

Adakah kita perlu memohon maaf kerana kita memiliki keistimewaan dalam perlembagaan?

Adakah kita perlu memohon maaf kerana menjaga hati orang lain?

Adakah kita perlu memohon maaf kerana mahu memelihara sensitiviti orang lain, sedang sensitiviti kita seakan tiada makna?

Adakah kita perlu memohon maaf kerana orang pijak kepala kita?

Bukankah itu kebodohan yang melampau -- memohon maaf tanpa sebab?

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Aku benci kebodohan! Malah, berlebih lagi bagi kebodohan yang melampau-lampau begini! Dan, aku tidak mahu memohon maaf untuk perkara ini.

Pergi mampus sama kemaafan yang bodoh begini!!!

2 comments:

AinRidz said...

Slm, macam2 cerita tentang sistem perjalanan organisasi dalam negara kita hari ini... kecewa benci tak suka, lebih baik baca tentang ruang 'hiburan' dalam paper dan buku2 fiksyen daripada tegang kepala bila tengok berita terkini dan semua channel nak canangkan berita terkini dengan macam2 cerita yang buatkan kita sakit kepala,sebenarnya turut memberi impak yang negatif dalam perbualan antara kawan2 di mana sahaja dan disamping mengaktifkan minda tapi kecergasan untuk memusnahkan rasanya tindakan perlu difikirkan untuk atasi suatu tema baru yang semakin berleluasa sekaran ni... betul tak Fisha?

Aku doa lepas sembahyang, semoga hari2 yang dilalui lebih baik dari yang sebelumnya...

Anonymous said...

Sue:
Itu la pasal. Kita ini manusia yang mahukan kedamaian .. malangnya, yg kebulur kuasa itu lebih ramai daripada kita ...

Ya, doakanlah saja semoga kita akan berupaya hidup dengan tenteram ... Amin.