Monday, December 14, 2009

Satu perhubungan.

Perhubungan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Pertemuan yang tak terduga, perkenalan merentas masa, atau sebagainya menjadi petanda bagaimana bentuk perhubungan kita. Sama macam cerita di bawah ini.

Ini juga adalah cerita tentang perkara tak tersangka yang terjadi dengan internet especially blogging activity.


Moi, Kak SitiM, Ernie dan Pengantin

6 Disember 2009, aku menghadiri majlis perkahwinan teruna di atas tu di NS. Siapa dia?

Dia mula menjadi pembaca di blogku, dan aku di blognya. Kemudian dia mahu menjadi kawanku. Kemudian, takdir mejadikan dia rakan sekerjaku (walau berlainan cawangan).

Kami berbincang banyak perkara seputar kerjaya kami. Dia lecturer junior yang penuh semangat yang berkobar-kobar dan banyak ideal nya tersendiri. Kadang-kadang aku bersetuju walau ada kalanya aku hanya sekadar mengiya tanpa menyetujuinya.

Sepanjang perkenalan kami, perlakuannya kadang-kadang seolah-olah can bring out sifat sisterly ku yang jarang aku tunjukkan kepada adik-adikku. Menasihati antaranya (aku bukan kakak yang sentiasa menasihati adik-adiknya kerana aku percaya kepada "just do it, no advice needed"), hehehe.


Birunya kek ini!


Untuk Ikmal dan Ijan, selamat pengantin baru. Semoga berkekalan hingga syurga.

Doa buat adik-adikku.



Sunday, December 13, 2009

Apa punya turr ....!

Lazimnya, bila kita menyewa rumah, ada perkara yang kita tak ambil kisah seperti bentuk lampu yang dipasang atau jenis kipas yang digunakan.

Maka, aku juga bukanlah terkecuali.

Di rumah sewa kami, tuan rumah telah memasang lampu jenis ini (rujuk gmabar di bawah). Dua biji di ruang tamu dan sebiji di ruang makan. Sebiji lampu di ruang tamu telah gone lamaaa dulu. Tapi, bila aku cuba buka isi perutnya, aku tak tahu macam mana nak menukar starternya kerana kedudukannya yang berdekatan wayar yang berselirat. Dengan kemahiran KH yang tak seberapa (kerana sering ponteng waktu kelas ini), aku tiada daya untuk menghidupkan kembali lampu itu. Maka, kuranglah cahaya di ruang tamu kami itu. (T_T)




Maka, tinggallah yang ini yang berfungsi di ruang itu. Malangnya, selepas pulang dari bercuti minggu lepas, lampu yang ini juga telah membunuh diri! Oh ... makin gelap dunia kurasakan! Nak kutukar, ceritanya macam yang di atas itu juga. Nak tak nak, terpaksalah kudiamkan saja, dan hanya mengharapkan cahaya dari TV dan laptop yang boleh dikatakan kupasang sepanjang malam.


Lampu yang ini (di ruang makan) masih berfungsi. Namun, ada moodnya. Kalau hari ni dia decide nak memekak, dia akan berbunyi sepanjang malam. Tapi, kalau dia tak mahu bersuara, diam sahaja. Dan, kerana aku adalah orang yang suka kan ketenangan dan kesunyian, aku malas nak switch on lampu yang ini. Bertambah gelap jadinya rumah ku. Sudahlah sekarang ini berseorangan. Sungguh suspen!

Namun, hidup ibarat roda dan Tuhan tidak akan membiarkan hambaNya dalam kegelapan buat selamanya. Maka, satu hari, entah bagaimana, tangan aku gatal mahu menarik tali kipas ini, dan, voila, cahaya terang benderang telah menyinari seluruh ruang tamu ku! Betapalah, selama ini tidak pernah kuhirau yang kipasku ini punyai lampu yang benderang. Baru kini ku sedar .... huhu. Dan, hidupku bersinar kembali .... sehingga ke hari ini :p


Friday, December 11, 2009

Lu pikir la sendiri!

Kek hiasan - acik Martha punya



Malam itu ke hotel X untuk dinner dengan kawan baik. Rezeki jangan ditolak :=)

Kebetulan anak kawan baik nak kek.
Kebetulan ada promosi kek - buy 1 free 1 [sama jenis].
Kebetulan nak makan juga.

Makan. Sembang. Gelak.Gelak. Pi tandas -- pi basuh tangan la ...

Kek yang dibayar, telah habis dikerjakan anak kawan.
Kek yang free belum bersentuh.
Makanan yang lain ada yang mahu ditapau.

Kawan baik mahu tapau kek - tapi terkerling kad kat atas meja tu - kek tu jadi free kalau DINE IN saja. TAKE AWAY tak dapat.


Kawan baik:
Mesti tak boleh, kan? Bungkus dengan tisu je la.

Kawan kepada kawan baik:
Boleh aih ... kita kan dah makan. Takkan tak boleh kot?

Sejurus, datang waitress untuk memberikan makanan yang ditapau.

Kawan baik:
Dik, boleh tak bungkus kek ni? Dah makan sikit, tapi tak boleh nak habis la.

Waitress:
Ni kek yang dari promosi tu kan? Tak boleh la Puan. Kena makan di sini juga.

Kawan kepada kawan baik:
[start hangin] - Lah, takkan tak boleh? Dah tak boleh nak masuk, takkan tak boleh nak bungkus? Membazir ni. Takkan you nak jual balik kat orang lain? %$%&&** [yang ni dalam hati je]

Waitress:
Memang tak boleh Puan.

Kawan kepada kawan baik:
Alah, biarla, bukan hang bayar pun. Free saja. Jom lah! [sungguh emosi kawan kepada kawan baik itu].


Dan, mereka kemudian akhirnya meninggalkan kek yang masih elok dan hanya dicuit sedikit itu.

Aku tak tahulah apakah catch semua ni. Kek itu free, pelanggan dah makan sikit, lebih banyak lagi, tak boleh dibungkus balik, kemudian akan diclearkan ke dalam tong sampah. Bukankah itu satu pembaziran?

Adakah ini kerenah birokrasi atau promosi yang keterlaluan?




Lu pikirlah sendiri!

Thursday, December 10, 2009

Kesan.







Kesan selepas banjir.

Keterangan gambar:
  1. Air naik hingga ke takat muka pintu - cuak juga andai melimpah ke dalam.
  2. Air melimpah dari longkang dan seberang jalan masuk ke halaman kami - dan ini juga yang membuatkan Kak SitiM debaran.
  3. Salah sebuah rumah tinggal yang digenangi air - aku suka pemandangan ini, ada refleksi tersendiri
  4. Air menyekat perjalanan.
  5. Air di jalan masuk ke rumahku.



Demikianlah cerita banjir di kampung saya :=)


Tuesday, December 8, 2009

Ayat-ayat cinta ...

Saat melakukan house-keeping di PC, terjumpa kata-kata ini. Dari sekeping kad undangan teman dari Jakarta 7 tahun yang lalu.

Indahnya ayat-ayat cinta :p


Satu perjalanan kan dimulai …
Satu biduk menyambut banyak warna kehidupan …

Saling berusaha memahami dua hati yang berbeda,
Melalui begitu banyak peristiwa,
Menjaga sebentuk cinta yang telah terbina.
Berbisik kata setia selamanya …

Wajah tersenyum dari dasar batin terdalam …
Mengenang haru karena saatnya telah tiba
Sematkan tanda kasih di jemari

Tersunting sudah dua hati dalam buaian,
Semoga kian bersemi tersemai waktu …

Thursday, December 3, 2009

Sendiri

Aku suka dengan pemandangan di bawah ini!





Semua gambar ini diambil pada 26 November 2009. Hari kedua matahari memancar dengan teriknya sebelum tiga hari kemudian langit menangis bagai tidak mahu henti.

Langit biru polos berawan tunggal.

Apa yang anda semua fikirkan?
.

.

.

.

.

.

.



Aku fikir ... kadang-kadang, sepi dan sendiri itu sangat indah.

Tuesday, December 1, 2009

the 3rd wave? OMG!

Kata mereka, akan terjadi gelombang ke-3 yang lebih teruk daripada siri 1 dan 2. Maka, bersedialah! Dan ... jangkaan mereka benar ... oh, aku kebimbangan. Moga Allah masih memberikan ketenangan buat kami. Amin.



Dari tingkap dan balkoni pejabat (Dec. 1, 2009)


~ Hujan Keroncong ~
Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi


Saturday, November 28, 2009

Tamu dari jauh ...

November 24, 2009.

Ingat lagi ceritaku yang ini?

Setelah beberapa bulan di sana, mereka telah balik untuk menyambut hari raya haji. Tak tahulah motif sebenarnya, aku agak saja. Kalau tak pun, ada aku kesah? Hahaha. Pis! Pis!

Inilah Mak Aji tu ...

Still much the same ...


Kami dan dia



Hadiah dari Arab


Pistachio itu dah langsai.
Arab noughat tu pun dah langsai.
Dates stuffed with almond tu terdampar di peti ais. Manis gila. Tapi aku suka!

Cumanya ... yang kat tengah tu ... nak pakai bila?

Kot ada dinner yang theme dia Arabian night, boleh la try ...

Apapun, thanks Kak Norma for the thoughts!

The best of all, I'm happy to see you again and even more happier for everything you're happy with ... so much happiness? Hope so ...



Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Qurban. Mekah air bah.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi" (*)





Raya kedua di perantauan. Ada yang bergalau di hati. Bukan mahu melarikan diri, sekadar mahu untuk dimengerti. Berkorban hingga infiniti. Inikah yang aku cari?




Juadah untuk esok!





Selamat Hari Raya semua!

Wednesday, November 25, 2009

Home Sweet Home ...





"If you want the rainbow, you've got to put up with the rain."
Dolly Parton


All I need now is sunshine for I've put up so much with the rain ..

I'm going home today!


Monday, November 23, 2009

Oh Ibu ...





Sekarang aku dilanda brain-freeze! Mula-mula marking, lepas tu struggling dengan penyediaan markah - nak kira markah, nak convert ke percentage, nak upload markah ... dan, siap saja semua itu, menghadapi tengkujuh pula. Arghhhh!!!



Gambar di bawah ni menunjukkan pemandangan daripada office ku pada hari Rabu (18 Nov. 09). Since then hujan turun mencurah-curah non-stop. Sungguh menakutkan! Dan, pagi ini, 23 November 2009, barulah keluar sedikit matahari. Hopefully, keadaan ni bertahanlah untuk seminggu ini. Dan, disebabkan hujan yang mencurah-curah ini, kawasan rumahku telah dinaiki sedikit air. Tidaklah sampai masuk ke dalam rumah. Namun, disebabkan 'histeria' nya Kak SitiM, maka aku pun terheret dalam kerisauannya juga ... dan, berpindahlah kami juga adanya.

Kecoh betul jadinya. Histeria dia bermula pada maghrib petang Jumaat itu. Aku, seperti biasa, berFACEbooking dengan aman bila dia mula gelisah berjalan ulang-alik ke depan, dan belakang. Sesekali dia mumble sendirian. Aku biarkan saja. Kemudian, kerisauan dia menjangkit pula kepadaku -- bukan sebab risaukan air itu, tapi terpsiko dengan perbuatan dia tu.





Dalam pukul 9.00 malam, kami berpindah ke rumah Pn.T_T. Berangkutlah semuanya. Dia masih juga risau tak habis-habis. Kami tidur di situ. Keesokannya, kami balik semula ke rumah untuk mengambil baju dan barang-barang keperluan lain. Kali ini, kami meminta pertolongan sahabat baikku - Fetty dan Shikri - duo yang sentiasa berbesar hati untuk membantu kami. Kembara Fetty menjadi penyelamat kerana design Kembara boleh meredah air di kawasan rumah kami itu.

Setelah semuanya selesai, kami berdua menumpang di rumah Cik WD. Rumah bos! Aku sudah macam ... ishhh ... bos la plak. Tapi Kak SitiM kata, bolehlah - alasannya kerana rumah Cik WD kami boleh bebas tak pakai tudung, tidak seperti di rumah Pn. T_T yang ada suami dan 2 anak lelaki. Hmmmm ... Beggars can't be choosers, kan? What the heck ... terima je la. I don't want to be alone this time.

Kebanyakan kawasan di bandar DGN ini telah dinaiki air. Kawasan yang biasanya tidak terjejas pun, tidak terkecuali. Mungkin ini membenarkan teori banjir besar-20-tahun-sekali (tak payah google, tak masuk Wiki pun, aku reka sendiri istilahnya), sebabnya, menurut seorang penduduk setempat, kali terakhir DGN mengalami banjir besar adalah pada tahun 1989 -- 20 tahun yang lampau!

So, apa kaitan dengan tajuk entri ni?

Malam semalam, dari rumah Cik WD, aku telah menelefon emak untuk mengadu kesusahan. Berikut adalah perbualan singkat kami (aku tidak pernah berbual melebihi 4 minit dengan emak di telefon - selalunya):

Aku:
Mak, cek kena pindah ni. Ayag dah masuk rumah (exaggerate tu kena, untuk memancing simpati).

Mak:
Ya Allah ... dah tu, kereta?

Aku:
La, cek ni yang patut ditanya. Kereta pulak. Pasai apa? Awat, kereta tu ka anak mak? weiii ...

Mak:
Hahaha .. dak la ... hang tu dah dengaq sora (suara), aku tau la hang selamat.

Aku:
Ambik la kereta tu buat anak angkat! Cek tak balik raya. Wahaha ...

Oh ibuku ... antara sekian banyak perkara yang perlu dirisaukan, kereta aku juga yang ditanya khabarnya.


Lesson learnt -- jangan biarkan ibu anda membuat down payment kereta anda kerana kasih sayangnya akan beralih arah kepada kereta anda! Huhuu ...


P/s: Setakat waktu blog ini dipublish, hujan masih turun dan kami masih belum dapat pulang ke rumah kerana air masih banyak untuk dilalu oleh kereta …

Wednesday, November 11, 2009

Men ... can't live with them, can't live without them! Urghhhh!

Banyak benda pula yang aku nak blog time-time macam ni. Ishhh ...

Datuk Najib, saya mintak maaf kerana menjadi penjawat awam yang tidak berintegriti kerana berblog di waktu kerja! Tapi, saya tengah dilanda 'sindrom kemerengan membaca jawapan exam' yang tidak terhingga yang memungkinkan saya boleh mendapat stress yang kemudian boleh menyebabkan orgnisasi terpaksa berbelanja lebih kerana saya akan mendakwa saya mendapat stress disebabkan kerja-kerja saya. Maka, sebelum perkara yang lebih besar itu berlaku, izinkan saya memblog sekarang juga atau negara akan kerugian seorang yang sangat berwibawa (yang kadang kala saja mereng) seperti saya.

Kalau tiada jawapan dari Datuk selepas 3 saat dari sekarang, saya menanggap Datuk memberi keizinan kepada saya, ya? Canteeek!


Diperolehi daripada seorang teman melalui emel. Renung-renungkan dan selamat menilai!
-------------------------------------

... and the Husband of the Year award goes to .....


IRELAND
Ya gotta love the Irish. The Irish are true romantics , look, he's even holding her hand.





Well Mom, now would you ever wonder why I'm not married? Walaupun semua kejadian ini berlaku di luar negara ... I don't think men in Malaysia are spared ... :p

Berbangga dan bersyukurlah sekiranya suami-suami anda tidak begini ...

Tuesday, November 10, 2009

Tag lagi .. haih!

Masih tengah marking - dan dalam mood berblogging.

Tag ini pula dari Yati (kawan lama - zaman sekolah rendah - ada lah dalam 24 tahun dulu - ohh, tua gila aku!) ... dah laaaaaama juga ... apa kena buat?

Rules tag ini ialah..

1. Open this website: http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
2. Take the Personality Quiz (it’s VERY short and easy, really)
3. Copy Paste the result to your blog.
4. Tag as many friends as you can and link to the friend who tagged you.


Checklist:

1. Open this website : DONE
2. Take the Personality Quiz (it’s VERY short and easy, really) : DONE
3. Copy Paste the result to your blog : DONE


Verdict:

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

Aku straightforward? Biar betul? Deme tak tahu ke aku ni ibarat javascript dalam bahasa C++? Problem solver? Tidak mungkin ... listen to those in problems, yes. Listen to both sides of an argument? Only if I feel I want to do so ...

My view on myself?
You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and complain over little things. You can't get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

May be, boleh try. Yet to be proven. Beruntunglah mereka-mereka itu T_T


Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

Mesti dah ... ni asyik jumpa yang salah saja. Bosan betul! Takkan nak kena guna teori 1000 mentol Thomas Eddison kot?


The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

ehem ... setuju. Setuju. Buat apa nak waste time dengan orang yang kita tak suka ... dan sebab inilah juga my parent risau dengan aku. Risau-risau pun, ada hati nak match2 aku dengan sesapa, pastu siap pesan: "Cakap dengan berhemah dan bersopan!" -- aku menderhaka la jawabnya!


Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.


Sebab pilihan jawapan dia tak best, maka ia menghasilkan perkara ini! I totally against this statement. In today's life, no matter what you do, education is a must. Tak kiralah sebanyak mana pengalaman dalam kerja, without education, tak siapa yang memandang. It's kind of recognition people sought after. Get real. But, if you think you can survive without it ... go ahead! After all, education comes in many forms ... so to speak.


The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.
naah ... I just had few dream jobs since 101 card day ... Peguam - Arkitek - Diplomat. Peguam? Gone. Arkitek? Gone, as soon as I went to sekolah agama and SRP. Diplomat? Sipi-sipi nak masuk PTD .. tapi tak jadi. Makanya, dapatlah the job that I won't be doing if I were to be re-born (hahaha .. bongkak gila!) -- mengajar!


How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

Success? Ya, part of the statement is true ... that's explained kenapa aku masih juga di takuk lamaa ... I guess, Hawthorne illumination experiment really describing me ... huhu


What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
Obviously. But, my biggest fear is bila aku tak dapat memberi faedah kepada orang lain. Aku menjadi sebab kesusahan orang. Ia pasti akan terjadi, kerana aku manusia biasa. Namun, siapa yang terlibat itu, ALlah jualah yang mengetahui.


Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.
Yeay! Kak SitiM always refers me as short fuse yang ada hati nak jadi psychologist! Dia lebih suka aku jadi psychopath agaknya .. hahaha. Full of energy? Tak dak dah aih ... dan semakin Asar dah ni ... unpredictable? Mungkin tidak, sebab ramai yang dok kata ... "aku tau dah hang akan buat macam tu ..."

OK Yati ...? Ni memang thorough analysis nih .. siap dengan komen selari lagi.

4. Tag as many friends as you can and link to the friend who tagged you : DOK DONE

-- Why? Saya akan cepat terasa kalau orang tak nak buat tag saya. Maka, sesiapa yang nak buat, boleh emel ke saya, nanti saya buatkan invitation khas untuk tag - kerana saya juga tahu, takkan ada orang yang nak buat tag ini kalau tak diinvite ... Sapa yang sanggup nak tersorong-sorong hidung kan ... kita bukannya oink oink, kan?


Nota kaki:
Walau apa yang kita rasa, kita tak mungkin akan kenal benar dengan diri kita. Kita perlukan orang lain untuk memberitahu kita. Akhirnya, terpulanglah kepada kita yang menentukan. (Oh .. terasa macam Prof Izi pulak!) ...

Ish Ish Ish




Antara waktu yang membuatkan aku rasa nak memblog adalah di kala dilanda kerja yang banyak. Masa ni lah, hati tu menggedik nak memblog ... walhal, sebelum-sebelum ni tak apa-apa pun. Suka benar nak buat kerja tak berfaedah gini.

Hari ni sebenarnya patut marking. Tapi, as usual, ada program ringkas dengan RTM wilayah Timur pukul 10 (Ya, aku ada di TVI, berita pukul 1.30pm. Noya bising-bising suruh tengok. Tak kuasalah. Tengok Berita TV1? Untuk orang lama, bolehla ... I just couldn't care less!) Weng sana, weng sini ... aku masuk office pukul 11. Satu tabiat tak berguna diriku ... kalau aku masuk office selepas pukul 8.00am, aku akan menjadi tidak kuasa nak buat kerja. Tapi, kalau aku masuk kerja pukul 7.30am (yakni sebelum pukul 8.00), hari tersebut memang produktif habis -- malangnya, perkara ini jaaaaaaaaaaaaaaarang berlaku.

Dan, oleh kerana hari ini masuk office pukul 11, inilah kerja aku. Urghhh!!

P/s: Tak de benda sangat nak diblogkan pun .. tapi masa buat house-cleaning folder kat PC, terjumpa benda ni ... layan je la ... ya au au ...


Benda ini adalah kerja si Purple-Heart. Laaaaaama dulu. Ala-ala pengiktirafanlah konon. Apa yang best, apa yang lovely pun tak tau. Dengan bersawang, cerita macam setan dan ntahapapantah lagi, cam malu lak nak terima awards ni ... ahaks!

Apa kena buat?

Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link. DONE!

Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. DOK DONE!

Why? Nothing. Just don't want to do that. I've lost count all the newly discovered blogs each day. So, cemana nak bagi, kan? Lagi pula, walau sedikit rajin nak berblog, aku adalah teramat malas untuk masuk-masuk kan pautan ...

So Purple-Heart, thanks for the recognition and acknowledgment!

Have a nice and lovely life!

Sunday, November 8, 2009

Tsk tsk tsk ...

NOTE:
Sempena meraikan kemenangan yang kemarau selama 61 tahun NS, maka entri ini berbunyi sedikit Chongkau (^_^). Kalau tak kena tajwid, ampun dan maaf jua yang dipinta. Den orang Perlis la ... huhu




Apo cito ni Milah? Tak do entry selamo sebulan? Apo kau buek? Pomaleh bona ...

Den bukanlah pomaleh seperti yang disangko kan uleh sakelian ughang. Cumo eh, kughang ghajin nak membelog. Maklum lah, den ni bukannya jenih semuo pun nak report di blog. Tak do do den nak cito andai eh tali beg LV den putuih ... lagi pun, den mano la pakai LV ni ... tak do kemampuan.

Tapi, den suko la nak share reason not to blog. Tapi, ni bukanla idea den .. tapi, idea akak sorang ni yang den kagum amek ... baco kek sini. Den ghaso, itu menceghitokan kenapo den buek semuo ni. Bukan den maleh do ...

Apo pun ... semugo, lepas ni den berjayo membuek satu revolusi dalam seluruh kehidupan den yang mandom ini. Doa-doa kan la yo ...




P/s: Demi semangat 1Malaysia, den turut samo meraikan yang berjaya, dan bersedih untuk yang dikalahkan -- lebih-lebih laie, yang terus terkeluar senarai tu!

Sunday, September 27, 2009

Untuk Kita yang comel-comel ini ...

I got this from a friend and I think it is really brilliant piece of thought! Happy reading!


Recently, in a large French city, a poster featuring a young, thin and tanned woman appeared in the window of a gym.

It said: "THIS SUMMER DO YOU WANT TO BE A MERMAID OR A WHALE?"


A middle aged woman, whose physical characteristics did not match those of the woman on the poster, responded publicly to the question posed by the gym.


To Whom It May Concern:

Whales are always surrounded by friends (dolphins, sea lions, curious humans). They have an active sex life, they get pregnant and have adorable baby whales. They have a wonderful time with dolphins, stuffing themselves with shrimp. They play and swim in the seas, seeing wonderful places like Patagonia, the Barren Sea and the coral reefs of Polynesia. Whales are wonderful singers and have even recorded CDs. They are incredible creatures and virtually have no predators other than humans. They are loved, protected and admired by almost everyone in the world.
Picture from here


Mermaids don't exist. If they did exist, they would be lining up outside the offices of Argentinean psychoanalysts due to identity crisis. Fish or human? They don't have a sex life because they kill men who get close to them, not to mention how could they have sex? Therefore they don't have kids either. Not to mention who wants to get close to a girl who smells like a fish store?

The choice is perfectly clear to me; I want to be a whale.


Picture from here





P.S. We are in an age when media puts into our heads the idea that only skinny people are beautiful, but I prefer to enjoy an ice cream with my kids, a good dinner with a man who makes me shiver and a coffee with my friends. With time we gain weight because we accumulate so much information and wisdom in our heads that when there is no more room it distributes out to the rest of our bodies. So we aren't heavy, we are enormously cultured, educated and happy. Beginning today, when I look at my butt in the mirror I will think, "Good gosh, look how smart I am!"


-- or, is this some kind of denial? (@_@)