Monday, June 2, 2008

Adakah ini Ketenangan atau Kebodohan?

Duduk-duduk hari ni, teringat pulak perbualan aku dengan En. A semasa menjadi pengawas peperiksaan di DC, waktu final exam hari tu.

Out of blue, En. A menghampiriku dan berkata:
"Wah, lepas ni boleh lah you apply DM52?"

Sambil senyum, aku kata:
"Ah, I kerja baru 5 tahun ... mana boleh."

Dia menjawab:
"Eh, sekarang ni dah tak kira. Sapa kerja kuat, dia boleh apply. Tak kira lah berapa tahun pun dia kerja."

Aku menjawab lagi -- dengan sedih dan sebal:
"I belum confirm."

Dia terkejut. Boleh nampak di wajahnya. Dia bertanya:
"Ye ke? Betul you ni? Kenapa tak confirm lagi?"

Seperti biasa, dalam sedih dan sebal, aku menjawab:
"Hari tu sangkut dengan research. Tapi research dah hantar, tak ada apa respond pun. Ntahlah."

Dia menggeleng-geleng dan berlalu.

Sejarah betul kan? Kerja sampai 5 tahun, belum confirm lagi. General Orders pun kata 3 tahun saja untuk probation period. Aku ni?

Mungkin aku jenis yang tak kisah.

Tak kisah, confirm ke tidak.

Tak kisah, buat kerja tanpa diiktiraf.

Tak kisah, dinilai orang secara tak sepatutnya.

Tak kisah, nak memajukan diri.


Sepatutnya, sekarang adalah masa aku tengah berada di kemuncak kerjaya. Mungkin sekarang tengah bertekun menyiapkan diri untuk menjadi PM?Aku tak tahu. I just don't know.

Aku tak tahu apa yang aku mahu sebenarnya.

Aku tak tahu apakah aku sudah terlalu selesa dengan apa yang aku ada.

Aku tak tahu apakah aku masih punya impian dalam hidup ini.

Jangan salah sangka, aku bukan berputus asa dengan hidup. Cumanya, beginilah. Yang aku mahu, bila bangun pagi, aku masih ada kerja, dan aku bahagia melakukan kerja-kerja itu tanpa pening memikirkan apa yang akan terjadi di sebalik kerjaya itu.

Maksudnya, aku tak berminat untuk turut serta merebut keistimewaan dalam pekerjaan ini. Kerana itu bukan mahu ku. Andai ia datang tanpa dipinta, aku menerima sebagai sebuah rezeki. Andai tiada, aku masih senang hati.

Aku sememangnya tidak kuasa untuk berpening-pening kepala untuk menempah kesukaran dalam kehidupan. Walaupun aku percaya kepada "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian", namun, untuk kehidupan yang aku lalui tanpa sangkaku yang sebegini, membuatkan aku lebih suka "bersenang-senang selamanya."

Aku tak peduli apa yang orang lain akan kata. Cuma, yang ingin aku tegaskan, aku tetap akan melakukan kerja-kerja ku dengan sepenuh hati seperti apa yang telah aku janjikan. Tapi, untuk merebut sesuatu yang bakal menggemilangkan kehidupanku mungkin akan menjadi perkara terakhir kerana aku tidak impikan gemerlap hidup. Hanya sebuah ketenangan.

Dan, buat tika dan saat ini, inilah ketenanganku. Alhamdulillah.

Apakah ini ketenangan?

Atau, pemikiran yang bodoh ke hape?

7 comments:

yusofsipan said...

memang ramai yg meletakkan ketenangan atas perkara atau benda yg pelbagai dan ramai juga yg gagal menemuinya. siapakah org2 terdahulu yg telah berjaya menemui ketenangan dan bukankah kita perlu mencontohi serta mengikuti jejak langkah mereka???

Anonymous said...

aku akan puas bila mendapat kegemilangan dan...

aku akan bahagia bila mencapai ketenangan...

aku inginkan kedua-duanya.... kegemilangan dan ketenangan.

Kepuasan & kebahagian penting bagi

Hafiey Nur said...

Dan, saya kira itulah ketenangan saya ...

Kira, bukan pemikiran yang bodoh la, kan?

Canteeek ...

yusofsipan said...

cik hafiey, boleh tak perjelaskan lagi kat saya tentang 'tagging' tu, tak bape faham la...tq

Hafiey Nur said...

cikgu yusof,

ini ikut faham saya la ye ..

Serupa cam main 'sep' atau 'chop'.

So, sape yang kene 'chop', dia la yang kena jadi.

Jadinya, saya telah di'chop' oleh seseorang, maka saya kena jawab apa yang dia chop kan tu. Lepas saya jawab, saya chop cikgu pulak. dan cikgu kena jawab la pulak. salin daripada blog saya dia punya soalan, dan jawab di blog cikgu.

Cikgu bebas sama ada nak chop sesiapa selepas ni ... atau nak biarkan ajer ...

OK gitu?

yusofsipan said...

ok ler tu, nt bila ada kelapangan saya layan 'tag' tu ok...

Hafiey Nur said...

cikgu yusof:
Mana hutang "tag" saya tu?