Saturday, August 30, 2008

Gossip liar

Sebuah SMS yang aku terima pagi tadi:
"Jgn mrh ye mis nk tnya skt... Bdk2 ni smua dok ckp mis dh btunang. Btl?"

Arghhh ... gosip liar la pulak. Tak de ke aktiviti berfaedah budak-budak ni selain daripada menggosipkan diriku ini? Tahulah aku ni expiry date semakin hampir ... Tapi, syok juga ... serasa artis pun ada.

Aku balas ala2 artis: "No comment." Hehehe.

Persoalan yang tak pernah-pernah jemu ditanya orang dan yang paling jemu untuk aku jawab. Yang dok kisah sangat aku kahwin ke tak, apa ceritanya? Sampai masa, kahwinlah. Belum jodoh, nak kerobek kot mana! Tak faham-faham.

Sangat memilih? Memanglah ... berkahwin bukan perkara sehari dua. Kalau boleh sampai mati. Salahkah memilih kalau kita ada pilihan?

Kenapa memilih, umur dah lanjut? Berdosakah menjadi anak dara tua? Allah masukkan ke neraka kah kalau memegang label tersebut?

Takut nanti tua esok, tak ada yang jaga? Sekarang pun melambak orang tua dihantar anak-anak ke rumah kebajikan. Relevan pertanyaan itu?

Kenapa perlu dibimbang dengan perkara yang bukan dalam ilmu kita? Biarlah Allah yang menentukan. Ada hikmahnya Allah tidak mentakdirkan perkahwinan itu buatku sekarang. Mungkin Allah mahu mendidik aku menjadi lebih sabar ...

Mana ada manusia normal yang menolak fitrah berpasangan?

Kepada yang bertanya, sila buat laporan kepada Malaikat Jibril supaya aku ni cepat direzekikan dengan perkahwinan. Boleh?

Kalau tak boleh, shut up and blah!

Monday, August 25, 2008

Aku yang tidak mahu tidur ...

Mengapa, mataku tak terpejam
Walupun malam telah berlalu ...

Menunggu panggilan rindumu ...
Merdu suara mu memikat kalbuku ...


Weh, weh ... cam Kekasihku Seru la pulak ...

Memang lately, mata ini akan segar bugar bila masuk pukul 12am ... Tapi, kalau aku tidur sebelum tu pun, actually elok je ... Tapi, apa barang tidur awal-awal kan? Malam lah semua kesegaran terangsang!

Bila tidur tak tentu, hidup huru-hara ... Aku jadi tambah letih di siang hari.

Apa nak buat ni?

Friday, August 22, 2008

Seutas rantai dan sebuah memori


Rantai ini sudah lama – sudah hampir 24 tahun aku pakai. Banyak kenangannya.

Rantai ini sebenarnya adalah hasil tabungan aku selama setahun. Mak berkata, kalau aku mahu pakai rantai, aku harus simpan duit untuk tujuan itu. Maka, dengan jumlah 20 sen sehari, aku menabung dengan penuh taat di dalam tabung gajah ku, sehinggalah gajah itu kelihatan sangat berat untuk menampung syiling di dalamnya.

Bila tiba hari untuk memecah tabung tersebut, Pak telah menggergaji bahagian tapak kaki gajah untuk mengeluarkan duit. Setelah dikira, tabungan ku hampir mencecah RM250. Selang beberapa hari, mak kemudiannya memakaikan aku dengan rantai ini tanpa ada loketnya. Tapi, aku tetap gembira, kerana rantai ini hasil tabunganku sendiri. Pada kawan-kawan, dengan bangga aku menunjuk rantaiku. Namun, kegembiraanku tidak lama, kerana rantai itu disimpan oleh mak dengan alasan hanya boleh dipakai semasa hari raya. Dan, setiap hari raya aku menjadi teruja, kerana, setiap tahun, rantai itu akan bertambah kawannya ... subang, gelang, cincin dan sebagainya.

Aku sebenarnya tidak menyukai loket rantai tersebut kerana aku mengidamkan loket berlian rantai mak. Namun, mak mewajarkan bahawa, budak-budak tak elok pakai berlian berbutir kerana bila berlari-lari, mungkin berlian boleh tercicir. Masuk dek akal juga alasan itu. Maka, dengan berat hati aku menerima loket itu setelah setahun rantai tidak berloket.

Rantai ini walaupun telah bertahun, masih utuh ikatannya. Tidak pernah putus. Hanya sekali cangkuknya ditukar.

Seringkali bila mak tengok aku memakai rantai ini, sibuk betul dia menyuruh aku menukar dengan rantai yang lain. Siap offer nak tambah duit untuk mendapatkan rantai yang lebih besar dari rantai ini. Tapi, dia tak tahu, rantai ini akan begini selamanya selama aku memilikinya.

Lebih daripada itu, ia adalah hubungan cerita aku dan pak. Tiada yang akan faham dan kisah.
Dan, biarlah ia begitu.

Thursday, August 21, 2008

Let's action speaks louder than words ...

Berita di Kosmo! hari ni.

Graduan UIAM tetap pakai jubah baru
GOMBAK - Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetap mengenakan jubah rekaan terbaru serta topi mortar board pada majlis konvokesyen ke-24 universiti itu walaupun ditentang segelintir pelajar.

Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md. Tahir Azhar berkata, keputusan itu dibuat untuk menambah baik pemakaian graduan semasa majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos ini dan sempena ulang tahun ke-25 UIAM.

"Ada yang kata pakai songkok itu nostalgia, ada memberi alasan ia membazir dan terikut-ikut universiti lain tetapi keputusan pentadbiran universiti perlu dihormati," katanya selepas menerima referendum bantahan dari kira-kira 3,500 pelajar yang diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Adib Hatim.


Kalau orang kata mahasiswa kita dangkal pemikiran, ramailah yang akan melenting. Tapi, apa yang mahu kita panggil untuk situasi ini? Sekian banyak isu yang perlu diberi perhatiantukar songkok ke mortar board pun nak kecoh?

Kenapa begini?

Zaman dah berubah. Manusia perlu perubahan. Songkok itu tidak lebih dari pakaian budaya. Kenapa perlu bernostalgia begitu? Aduhai ... Apakah perubahan memakai mortar board sebagai ganti songkok akan membuat anda menjadi cemerlang dunia akhirat? Kiranya terjadi begitu, aku pun akan turut menentang!

Come on guys ... hentikanlah tabiat buang masa pada perkara yang remeh tu ... kat oversea, graduation day kat tanah lapang, tak ada siapa pun kisah ... yang penting ke mana ilmu kita akan membawa kita. Kalau tak mahu pakai mortar board tu, aku cabar anda semua, jangan naik ke pentas konvo itu! Boikot konvo mu. Ada berani? Sekadar hantar memo? Apa barang????

P/s: Teringat ada sister yang dihalang dari pakai purdah di hari konvo. Dia sanggup tak terima skrol di pentas dari membuka purdahnya. Itu baru mahasiswa unggul ... kadang-kadang tak perlu banyak bersuara ... let's action speaks louder than words ... **wink wink

Wednesday, August 20, 2008

Nikmat yang dinikmati

Apa yang menarik bila balik kampung?

Tentulah peluang makan makanan yang best – sama ada dimasak ibu atau makanan yang selalu kita makan bila keluar bersama kawan-kawan. Namun, balik kampung kali ini, aku tidak berapa menikmati makanan kerana aku perlu menghabiskan puasa – kalau tidak, harus aku membayar fidyah serupa orang tua yang uzur ... huhu .. tak mahu la.

Maka, aku berjanji dengan Kak Pah untuk berbuka puasa bersama-sama di Kuala Perlis – kawasan makan berdepan dengan Hotel Berasmana.

Kami sampai di sana hampir pukul 9, berpusing-pusing mencari tempat parking yang best.

Namun, disebabkan cuti sekolah, tempat parking hampir penuh. Setelah sekali tawaf keseluruhan kawasan, kami pun dapat parking yang ‘canteeek”, yang begitu dekat dengan tangga kedai! Rezeki.




Makanan yang kami 'belasah'

Kemudian, setelah sampai ke kedai yang nak dituju, mulalah kami memesan makanan. Ingat! Kami adalah orang-orang yang berpuasa hari ini. Maka, dengan nafsu makan yang menggebu, kami memesan:

  • Seekor ikan besar, yang dimasak 2 cara – bakar dan tiga rasa.
  • Kerang rebus 2 kilo
  • Sotong goreng tepung 8 ekor (besar juga lah setiap satunya)
  • Udang goreng rempah
  • Kailan ikan masin
  • ABC
  • Lychee kang
  • Nasi putih
  • Air mineral
  • Kemudian, ada item di’tapau’ – nasi goreng ayam, kerang bakar dan sotong goreng tepung (lagi!)

Semuanya berjumlah RM90/-+. Macamlah boleh habis semuanya.

Selepas pelayan menghantar nasi, aku hanya makan udang, dan sedikit ikan bakar. Ikan yang dimasak 3 rasa tu, aku cuit sedikit sahaja. Selebihnya aku meratah kailan ikan masin. Kak Pah rasa semua, sebelum mengupas 5 ekor kerang dan kemudian dilanda kekenyangan yang amat sangat. Urghhh!!!

Orang di kiri kanan meja kami melihat semacam kepada kami. Mungkin dalam kepala mereka, “gilanya anak dara berdua ni makan ... serupa 10 orang makan.”

Dan, aku membalas pandangan mereka dengan mata yang seolah berkata:
“Apa pandang-pandang? Suka hati kamilah nak makan sampai matipun!”

Sungguh bongkak kedengarannya, kan?

Sampai satu tahap, adik pelayan tu singgah ke meja kami selepas menghantar makanan di meja lain, dan bertanya ada apa lagi yang dia boleh tolong.

Tanya-tanya pulak budak ni ... dah nampak situasi begini, maksudnya semua lebihan makanan tu kena tapau lah. Dan, dengan senang hati dia melakukannya!

Akhirnya, aku dan Kak Pah berjalan serupa gorila kerana kekenyangan yang teramat. Sungguh buruk keadaannya. Tapi, peduli apa, malam, tak de la se’obvious’ siang. Haduiii, kenyangnya.

“Maka, nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?”
– Surah Ar-Rahman.

Friday, August 15, 2008

Soalnya Hati

Mendengar topik mengenai "Rahsia yang terbongkar" di hot.fm 3 hari lepas, aku tertarik kepada kisah pasangan putus tunang hanya kerana si lelaki merasa tertipu dengan kelulusan si gadis. Lelaki itu tidak dapat menerima bahawa si gadis berkelulusan ijazah, sedangkan sebelum ini si gadis mungkin memberitahunya yang dia hanya berkelulusan SPM.

Mungkin pada setengah kita hal itu tidak sebesar mana - maksudnya, apa masalahnya kalau seseorang berselindung mengenai status pendidikannya? Tapi, isu di sini mungkin dari segi merasa tertipu itu.

Bila aku dan Kak SitiM bercerita mengenai perkara ini, seperti biasa dia akan come out dengan soalan-soalan. Dan, soalannya kali ini berbunyi:
"Kalau you, macam mana? You particular tak mengenai kelulusan seseorang?"

Aku terjeda sebentar, sebelum menjawab:
"Tak penting. Tapi, dalam konteks perhubungan yang serius, I need someone yang pemikirannya sama dengan level I, atau lebih sikit dari I, so that I boleh dikawal. Kalau pemikirannya di bawah normal I, susah la."

Dia membalas:
"Yes, I thought so. Kau tu memang akan jadi berlagak dan memerlukan orang yang boleh control kau."

"Ye la. Den ni biasa berdepan dengan keadaan yang memerlukan den berlagak, dan seharusnya den memerlukan partner yang agak superior or otherwise den akan jadi tidak terkawal, dan seterusnya menjadi queen control." Aku mewajarkan pertuduhan itu.

Sebenarnya itulah yang bergalau di hati ini. Bukanlah aku ini memandang rendah kepada mereka yang berkelulusan rendah, namun aku memerlukan lawan dan kawan kepada minda yang setara. Kalaupun kelulusan itu boleh dikesampingkan, syarat orang itu boleh diterima adalah bila dia mampu berfikir kalau tak sama, harus lebih sedikit daripada diriku.

Aku bukanlah orang yang no-nonsense .. aku masih punya ruang untuk sesekali berlaku silly. Tapi, sekiranya silliness itu keterlaluan, aku tak suka. Dan, pastinya untuk tahu masa bila aku boleh bertolak ansur kepada silliness atau tidak, partner ku itu harus bijak mengesaninya. Kalau kemampuannya di bawah standardku, pastilah susah.

Susah juga ya kalau bijak begini pun ... :p

Thursday, August 14, 2008

Pause to Reflect





"The pure innocence of a child is priceless for once it's broken no amount of money could buy it back" **

**Quoted from Nambai Life is ...

Wednesday, August 13, 2008

Selamat tinggal identitiku?


Sebab aku subscribe kepada Reachcircle (IIUM group), maka penuhlah inbox aku kat yahoo tu dengan posting dari members reachcircle. Dan, antara posting yang hot dan hit adalah mengenai keputusan UIA nak tukar pakaian konvo, dari jubah + tudung atau songkok, kepada jubah + mortar board.

Ramai yang melenting, kerana melihat perkara ini adalah sebagai satu perkara yang sangat sentimental di hati mereka. Dan, disebabkan pakaian itulah, ia membezakan antara graduan majlis konvokesyen UIA dan universiti lain. Dan, khabarnya, UIA berhabisan hampir RM2.1 juta untuk tujuan menggantikan jubah-jubah ini (ke mana pula dibawa pergi jubah-jubah lama tu? Bayangkan banyaknya jubah-jubah itu kerana setiap tahun ada saja set jubah baru dibekalkan kepada graduan).


Pakaian baru Konvokesyen UIA


Ramai yang tidak bersetuju tu kerana mereka rasa majlis konvokesyen UIA bagai hilang identiti - kerana hanya UIA sahaja yang tidak menggunakan mortar board seperti di universiti yang lain - brothers wearing songkok, sisters wearing tudung. Tapi, selalunya sisters takkan pakai tudung yang dibekalkan kerana susah nak pakai dan tak glamour. Maka, selalu yang terjadi, sisters akan tetaskan lilitan lambang UIA di tudung, dan dijahit pada tudung baru. Baru senang nak bentuk! Brothers ok saja dengan songkok, tak perlukan alteration. Malah, ada yang masa nikah pun pakai songkok konvo. Kellasss!! The true UIAan ...

Aku dan Piniey
Dengan jubah lama ... convo 2001



Alasan UIA untuk membuat perubahan ada rasionalnya ... namun yalah, siapa yang suka sangat perubahan? Sebolehnya manusia akan cuba mengelak perubahan kerana ketidaktentuan impak perubahan itu.


The 19th IIUM Convocation - MA students - ada 2 stripes di tangan jubah (white stripe for Kulliyyah IRKHS and green for Library Science)


Apapun, kita tak boleh selamanya berasa sentimental dengan kehidupan - kerana ia boleh menghentikan dinamik kehidupan tu. Apa yang penting, semoga perubahan yang dijalankan punya impak yang besar. Kalau perubahan besar bakal berlaku dengan perubahan 'kosmetik' ke atas pakaian graduan bisa memberikan anjakan paradigma yang paling besar, kenapa tidak relakan sahaja?

The 17th IIUM Convocation - Bachelor students - 1 line di hujung jubah (white line - IRKHS)


Semoga UIA akan lebih cemerlang sebagai taman budi dan ilmu ... Dan, aku akan sentiasa berbangga dengan hakikat itu ...

Cerita tentang kepoyoan seorang aku

Satu hari ...

Aku:
Hello, saya nak tanya sikit ye. Kenapa bila saya try to connect the Streamyx, it prompted a message, username and password invalid domain, dan kejap-kejap kemudian, dia keluar message remote computer doesn't respond. Apa masalah dia?

Operator:
Cik pasti login cik masuk dan taip dengan betul?

Aku:
Betullah. ******@streamyx.com

Operator:
Buang .com tu ye cik. @streamyx je.

Aku:
Ah? Ye ke? Ohh ... terima kasih ...

Cis! Punyala aku menunggu sehari suntuk tak boleh surf internet. Kupikirkan masalah teknikal dia, rupanya aku tersalah taip nama.

Cerita poyo seorang pengguna streamyx yang keciwi! Keterujaan yang sangat memalukan! Ish ... ish ...

Saturday, August 9, 2008

Kenapa mesti begini?

3 Ogos 2008.

Aku dah mula guna streamyx di rumah. Pakej Kombo RM60 tu. Jangan tanya lebih-lebih ... Aku sign up tanpa banyak information.

Ini telefonnya.



Ini modemnya.

Semuanya serba mencukupi. Namun, bila dah ada semua keperluan ini, makin malas pula nak berblog. Masa menyalahgunakan harta kerajaan, berkobar-kobar menulis. Tak mengira masa. Dah dapat harta sendiri, begini pula jadinya?

Adalah teori menggunakan harta orang lebih sedap daripada harta sendiri itu benar?

Oh!

Hari yang ini ...

08-08-08.


Dengan penuh kekaguman aku menonton pembukaan Olimpik Beijing 2008. Gila ah ... fantastic! Superb.


Cantik gila! Kekaguman aku melimpah ruah.


Ini lagi amazing. Tambah-tambah bila kanvas dia boleh terapung. Kagum. Kagum!

Berapa lama agaknya hutang olimpik Beijing nak langsaikan? (FYI, Olimpik Montreal 1976 baru habis bayar 2006 - 20 years!).

Boleh Malaysia buat macam ni? Kata Kak SitiM, "tengok Sukan Komanwel punya opening hampeh je ..."

Aku tak ingat aku tengok ke tak. Tapi, Malaysia boleh! what ...

Ini baru manusia, yang dicipta. Pencipta manusia itu?

Maha Suci Allah. Aku kagum dan insaf.