Mendengar topik mengenai "Rahsia yang terbongkar" di hot.fm 3 hari lepas, aku tertarik kepada kisah pasangan putus tunang hanya kerana si lelaki merasa tertipu dengan kelulusan si gadis. Lelaki itu tidak dapat menerima bahawa si gadis berkelulusan ijazah, sedangkan sebelum ini si gadis mungkin memberitahunya yang dia hanya berkelulusan SPM.
Mungkin pada setengah kita hal itu tidak sebesar mana - maksudnya, apa masalahnya kalau seseorang berselindung mengenai status pendidikannya? Tapi, isu di sini mungkin dari segi merasa tertipu itu.
Bila aku dan Kak SitiM bercerita mengenai perkara ini, seperti biasa dia akan come out dengan soalan-soalan. Dan, soalannya kali ini berbunyi:
"Kalau you, macam mana? You particular tak mengenai kelulusan seseorang?"
Aku terjeda sebentar, sebelum menjawab:
"Tak penting. Tapi, dalam konteks perhubungan yang serius, I need someone yang pemikirannya sama dengan level I, atau lebih sikit dari I, so that I boleh dikawal. Kalau pemikirannya di bawah normal I, susah la."
Dia membalas:
"Yes, I thought so. Kau tu memang akan jadi berlagak dan memerlukan orang yang boleh control kau."
"Ye la. Den ni biasa berdepan dengan keadaan yang memerlukan den berlagak, dan seharusnya den memerlukan partner yang agak superior or otherwise den akan jadi tidak terkawal, dan seterusnya menjadi queen control." Aku mewajarkan pertuduhan itu.
Sebenarnya itulah yang bergalau di hati ini. Bukanlah aku ini memandang rendah kepada mereka yang berkelulusan rendah, namun aku memerlukan lawan dan kawan kepada minda yang setara. Kalaupun kelulusan itu boleh dikesampingkan, syarat orang itu boleh diterima adalah bila dia mampu berfikir kalau tak sama, harus lebih sedikit daripada diriku.
Aku bukanlah orang yang no-nonsense .. aku masih punya ruang untuk sesekali berlaku silly. Tapi, sekiranya silliness itu keterlaluan, aku tak suka. Dan, pastinya untuk tahu masa bila aku boleh bertolak ansur kepada silliness atau tidak, partner ku itu harus bijak mengesaninya. Kalau kemampuannya di bawah standardku, pastilah susah.
Susah juga ya kalau bijak begini pun ... :p
4 comments:
Slm Fisha,
Selamat Beramal di Nisfu Syaaban, Insya'Allah.
Ehem, menarik tu isu partner, aku doakan hang akan jumpa sidia seperti yang dihajatkan... Insya'-Allah, banyakkan doa k...
cik Fisha,
Saya juga turut mendoakan perkara yg sama demi kebaikan dan kebahagiaan cik Fisha di dunia mahupun di akhirat, amin.
Kak Fisha,
Kalau umur bawah akak camno lak tue haa? :p Semua memang nak kan pasangan sekufu baik kelulusan mahupun prinsip hidup. Saya doakan.
AinRidz:
InsyaAllah ... and thanks for the doa. Ameen.
cikgu yusof:
Terima kasih .. doa yang sangat bermakna untuk saya ..
Ikmal:
Kecik jgn sangka anak, besar jgn sangka bapak ... muda jgn sangka kurang, tua tak semesti lebih ...
Sekufu itu perlu ... bukan mencari kesempurnaan ... tapi menerima ketidaksempurnaan sebagai sesuatu yang sempurna ...
Namun, tetap ada syarat dan adabnya ... :p
I'll pray the same to you ...
Post a Comment