Rantai ini sudah lama – sudah hampir 24 tahun aku pakai. Banyak kenangannya.
Rantai ini sebenarnya adalah hasil tabungan aku selama setahun. Mak berkata, kalau aku mahu pakai rantai, aku harus simpan duit untuk tujuan itu. Maka, dengan jumlah 20 sen sehari, aku menabung dengan penuh taat di dalam tabung gajah ku, sehinggalah gajah itu kelihatan sangat berat untuk menampung syiling di dalamnya.
Bila tiba hari untuk memecah tabung tersebut, Pak telah menggergaji bahagian tapak kaki gajah untuk mengeluarkan duit. Setelah dikira, tabungan ku hampir mencecah RM250. Selang beberapa hari, mak kemudiannya memakaikan aku dengan rantai ini tanpa ada loketnya. Tapi, aku tetap gembira, kerana rantai ini hasil tabunganku sendiri. Pada kawan-kawan, dengan bangga aku menunjuk rantaiku. Namun, kegembiraanku tidak lama, kerana rantai itu disimpan oleh mak dengan alasan hanya boleh dipakai semasa hari raya. Dan, setiap hari raya aku menjadi teruja, kerana, setiap tahun, rantai itu akan bertambah kawannya ... subang, gelang, cincin dan sebagainya.
Aku sebenarnya tidak menyukai loket rantai tersebut kerana aku mengidamkan loket berlian rantai mak. Namun, mak mewajarkan bahawa, budak-budak tak elok pakai berlian berbutir kerana bila berlari-lari, mungkin berlian boleh tercicir. Masuk dek akal juga alasan itu. Maka, dengan berat hati aku menerima loket itu setelah setahun rantai tidak berloket.
Rantai ini walaupun telah bertahun, masih utuh ikatannya. Tidak pernah putus. Hanya sekali cangkuknya ditukar.
Seringkali bila mak tengok aku memakai rantai ini, sibuk betul dia menyuruh aku menukar dengan rantai yang lain. Siap offer nak tambah duit untuk mendapatkan rantai yang lebih besar dari rantai ini. Tapi, dia tak tahu, rantai ini akan begini selamanya selama aku memilikinya.
Lebih daripada itu, ia adalah hubungan cerita aku dan pak. Tiada yang akan faham dan kisah.
Dan, biarlah ia begitu.

5 comments:
Slm, Fisha wah, ada memori rupanya rantai tu yerk...aku mmg ingat rantai tu, gelang ko dan subang, cincin aje ko tak pakai dgn gelang kaki ye...hehehe...simpan baik2 ingatan akan kekal selagi kita nak ingatkannya dan sesuatu yang related to it akan buatkan kita kekal dengan ingatan itu... ingatan yang bawa bahagia, kekalkan mcm tu, yang sebaliknya lupakanlah kan... Ingatan tentang keluarga adalah yang termahal dalam lipatan memori kita kan... Semoga Gembira Selalu! Sweet Memories Always :)
P/s: Hooho garang yerk... hehehe tahu dah tapi elok juga garang2 ni cz utk betterness kan... Insya'-Allah. Well, yang kerek yerk, adalah, nanti2 kita share d story... apapun, aku selalu cuba ingatkan pada diri, kita ni berbeza dari segi amalan aje kat akhirat nanti, betul tak Miss?
Wah Sue ... ingat ko ye ke barang kemas den?
Ye la, kita ni bukan jenis yang "lip-lap lip-lap anak mami" - so, memang senang nak cam barang kemas kita kan?
Wah, cakap pasal akhirat .. iya, mudah2an selamatlah kita selamanya
Slm, lah, dah berapa tahun kita kawan daa...jgn kecil hati pulok, bukan pasal lip-lap, bukan pasal tu k, pasal tahu dan ingat I-Allah sebab dah lamanya kita kenallah... aku pun time dolu2 mana ada berlip-lap... kelip2 adalah hahahah... Jgn kecil hati k...
P/s: Bukanlah alim tapi mengingatkan diri aje... Amin
Salam,,,,
Ngah macam ingat rantai ni,,, teringat arwah Pak kan??
senang2 singgah kt alyssaleya.blogspot.com,,,
Ngah ...
Thanks for stopping by.
Yep, arwah Pak ... tahun ni dah 18 tahun dia pergi ... how time flies ...
Erm .. try gak nak kesitu, tp dia prompted message - blog not found ... cemana?
Selamat berpuasa ...
Post a Comment