08-08-08.
Dengan penuh kekaguman aku menonton pembukaan Olimpik Beijing 2008. Gila ah ... fantastic! Superb.
Cantik gila! Kekaguman aku melimpah ruah.
Ini lagi amazing. Tambah-tambah bila kanvas dia boleh terapung. Kagum. Kagum!
Berapa lama agaknya hutang olimpik Beijing nak langsaikan? (FYI, Olimpik Montreal 1976 baru habis bayar 2006 - 20 years!).
Boleh Malaysia buat macam ni? Kata Kak SitiM, "tengok Sukan Komanwel punya opening hampeh je ..."
Aku tak ingat aku tengok ke tak. Tapi, Malaysia boleh! what ...
Ini baru manusia, yang dicipta. Pencipta manusia itu?
Maha Suci Allah. Aku kagum dan insaf.
4 comments:
pembukaan sesuatu acara sukan dunia sentiasa berubah-ubah. masing-masing cuba menandingi yang sebelumnya.
memang magis pembukaan olimpik kali ini tapi saya perasan ada kekurangannya, ada tika persembahan dalam teknologi terkebelakang
terbayang-bayang formasi manusia dalam uniform sewarna yang sering dilakukan semasa perarakan hari kemerdekaan sekitar tahun 80-an...pada masa itu, formasi itu sudah cukup hebat...setahun cerita tak habis
Inche Art:
Lama tak nampak?
Bagi saya yang tak berapa nak nampak kekurangan teknologi dan kelemahan keseluruhan persembahan ini ... memang saya tidak sedar langsung ada teknologi yg obselete yg digunakan. Tapi, biar apa pun, saya tetap asyik menonton.
Biarpun teknologi itu ketinggalan 100 tahun di belakang, bagi saya yg pertama kali tengok, kekaguman akan melekat untuk jangka yang lama ...
Apapun, saya menghargai seni itu ... :)
leez xdpt tgk yg live dat nite coz out for dinner. ade org blanje la pulok, xkn nk refuse kn?! huhu.. tp, dpt la tgk siaran ulangan kt astro. mmg cun gilos!
Areleez:
Ya, jemputan nak dibelanja tidak harus ditolak - tambahan kalau tawaran itu datang daripada orang yang jarang-jarang nak berbuat jariah begitu!
Post a Comment