Thursday, August 21, 2008

Let's action speaks louder than words ...

Berita di Kosmo! hari ni.

Graduan UIAM tetap pakai jubah baru
GOMBAK - Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetap mengenakan jubah rekaan terbaru serta topi mortar board pada majlis konvokesyen ke-24 universiti itu walaupun ditentang segelintir pelajar.

Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md. Tahir Azhar berkata, keputusan itu dibuat untuk menambah baik pemakaian graduan semasa majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos ini dan sempena ulang tahun ke-25 UIAM.

"Ada yang kata pakai songkok itu nostalgia, ada memberi alasan ia membazir dan terikut-ikut universiti lain tetapi keputusan pentadbiran universiti perlu dihormati," katanya selepas menerima referendum bantahan dari kira-kira 3,500 pelajar yang diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Adib Hatim.


Kalau orang kata mahasiswa kita dangkal pemikiran, ramailah yang akan melenting. Tapi, apa yang mahu kita panggil untuk situasi ini? Sekian banyak isu yang perlu diberi perhatiantukar songkok ke mortar board pun nak kecoh?

Kenapa begini?

Zaman dah berubah. Manusia perlu perubahan. Songkok itu tidak lebih dari pakaian budaya. Kenapa perlu bernostalgia begitu? Aduhai ... Apakah perubahan memakai mortar board sebagai ganti songkok akan membuat anda menjadi cemerlang dunia akhirat? Kiranya terjadi begitu, aku pun akan turut menentang!

Come on guys ... hentikanlah tabiat buang masa pada perkara yang remeh tu ... kat oversea, graduation day kat tanah lapang, tak ada siapa pun kisah ... yang penting ke mana ilmu kita akan membawa kita. Kalau tak mahu pakai mortar board tu, aku cabar anda semua, jangan naik ke pentas konvo itu! Boikot konvo mu. Ada berani? Sekadar hantar memo? Apa barang????

P/s: Teringat ada sister yang dihalang dari pakai purdah di hari konvo. Dia sanggup tak terima skrol di pentas dari membuka purdahnya. Itu baru mahasiswa unggul ... kadang-kadang tak perlu banyak bersuara ... let's action speaks louder than words ... **wink wink

4 comments:

AinRidz said...

Slm Fisha, lawalah jugak ye, kita bertukar fesyen, kalau ambil second degree kat uia lah, kan... apapun, yang penting ilmu yang dimanfaatkan...Insya'-Allah.

P/s: Dah lama tak belajar rasa boleh lagi ke belajar, hehhee esp kalau ko jadi lecturer aku yerk...

Anonymous said...

Aku jd lectr kau? Wah, wah ... cam best jer ... meh la ... buat diploma kat aku .. hehehehe

AinRidz said...

hehehehehhe...ni mesti nak buli lah ni, dah tentu tahu aku ni malas lagi2 time sekarang kalau sambung belajar...huhuuu... ke ko jadi baik kalau mengajar aku hihiii jangan marah [aku baca blog ko pasal pensyarah tu so...ala2 strict le ko ni ye tak...], well memang bila kita dah di alam pekerjaan sedikit sebanyak kita ada buat perubahan yerk utk kebaikan lah kan...
P/s : Aku ada jumpa kekawan yg kerja somewhere around here, rasa mcm malas nak menegur pasal kerek semacam...cakap orang entah2 ada orang ckp kat aku...
Selamat Mengajar Miss!

Hafiey Nur said...

Sue,

Den mmg garang .. takkan ko tak tahu2 lg?

Sape yg kerek tuh? CUba cakap sinih ... biar den ajar sket .. hehehe!