Wednesday, August 13, 2008

Selamat tinggal identitiku?


Sebab aku subscribe kepada Reachcircle (IIUM group), maka penuhlah inbox aku kat yahoo tu dengan posting dari members reachcircle. Dan, antara posting yang hot dan hit adalah mengenai keputusan UIA nak tukar pakaian konvo, dari jubah + tudung atau songkok, kepada jubah + mortar board.

Ramai yang melenting, kerana melihat perkara ini adalah sebagai satu perkara yang sangat sentimental di hati mereka. Dan, disebabkan pakaian itulah, ia membezakan antara graduan majlis konvokesyen UIA dan universiti lain. Dan, khabarnya, UIA berhabisan hampir RM2.1 juta untuk tujuan menggantikan jubah-jubah ini (ke mana pula dibawa pergi jubah-jubah lama tu? Bayangkan banyaknya jubah-jubah itu kerana setiap tahun ada saja set jubah baru dibekalkan kepada graduan).


Pakaian baru Konvokesyen UIA


Ramai yang tidak bersetuju tu kerana mereka rasa majlis konvokesyen UIA bagai hilang identiti - kerana hanya UIA sahaja yang tidak menggunakan mortar board seperti di universiti yang lain - brothers wearing songkok, sisters wearing tudung. Tapi, selalunya sisters takkan pakai tudung yang dibekalkan kerana susah nak pakai dan tak glamour. Maka, selalu yang terjadi, sisters akan tetaskan lilitan lambang UIA di tudung, dan dijahit pada tudung baru. Baru senang nak bentuk! Brothers ok saja dengan songkok, tak perlukan alteration. Malah, ada yang masa nikah pun pakai songkok konvo. Kellasss!! The true UIAan ...

Aku dan Piniey
Dengan jubah lama ... convo 2001



Alasan UIA untuk membuat perubahan ada rasionalnya ... namun yalah, siapa yang suka sangat perubahan? Sebolehnya manusia akan cuba mengelak perubahan kerana ketidaktentuan impak perubahan itu.


The 19th IIUM Convocation - MA students - ada 2 stripes di tangan jubah (white stripe for Kulliyyah IRKHS and green for Library Science)


Apapun, kita tak boleh selamanya berasa sentimental dengan kehidupan - kerana ia boleh menghentikan dinamik kehidupan tu. Apa yang penting, semoga perubahan yang dijalankan punya impak yang besar. Kalau perubahan besar bakal berlaku dengan perubahan 'kosmetik' ke atas pakaian graduan bisa memberikan anjakan paradigma yang paling besar, kenapa tidak relakan sahaja?

The 17th IIUM Convocation - Bachelor students - 1 line di hujung jubah (white line - IRKHS)


Semoga UIA akan lebih cemerlang sebagai taman budi dan ilmu ... Dan, aku akan sentiasa berbangga dengan hakikat itu ...

No comments: