Wednesday, December 8, 2010

The end is near ...

Aku dah bosan dengan blog ini. Nak tukar layout pun tak selera. Aku mungkin akan 'berkarya' di sini ... Tapi, jangan pergi lagi ... belum ada apa-apa ... tunggu masuk tahun baru.


Sekian, Terima kasih.

Wednesday, June 30, 2010

A hungry woman is an angry woman!



Bila iklan kurma Yusuf Taiyoob sudah keluar, aku jadi tak keruan.

Tak, aku bukan terpikat dengan Incik Taiyoob tu, tapi mengenangkan bahawa Ramadhan hampir tiba dan puasa tahun lepas belum habis bayar. Kudos for Incik Taiyoob kerana menjadi petanda kepada hampirnya Ramadhan … huhu.


OK, dipendekkan cerita, Jumaat lepas, aku pun mula aktiviti penggantian puasa. Kena buat segera, kerana masih ada 10 hari – dan 2 minggu lagi class dah nak mula. Bagi lecture waktu puasa bukan perkara yang selesa OK!

Masuk waktu buka puasa, ajak Kak SitiM keluar makan. Dek kerana jaghang-jaghang masak kat rumah tu, maka, masalah utama setiap kali nak makan, adalah pemilihan tempat. Ada tempat yang selalu frequent, tapi jemu pula. Tempat yang best, tutup. Maka, bawak-bawak kereta pusing-pusing Dungun, nampak kain rentang mengenai steamboat di satu resort ni – M*y*g S***.


“Nak?”

“Boleh je.”


Dan, kereta pun diparkir berhadapan pintu masuk ke restorannya.

Opocot! Ada katak melompat [adegan selingan].


Kami tengok tiada pelanggan lain, kecuali seorang pelayan perempuan yang duduk tersorok di satu sudut – kelihatan seperti sedang membaca. Ada TV sedikit besar yang sedang terpasang – sempena World Cup – aku tak pasti pasukan mana bertanding – Kak SitiM tahu, sebab dia memang follow benda-benda ni.

Seketika kemudian, datanglah seorang pelayan lelaki, menghulurkan menu – yang agak menarik list makanannya. Belek punya belek, aku pilih nasi goreng seafood dan air bandung, Kak SitiM pilih nasi goreng cina dan air tembikai laici.








Sikit punya seksi tak hengat bayangan dalam kepala aku terhadap makanan-makanan itu!




Kemudian, kami diunjuk set promosi sizzling and claypot noodles – dengan tagnya – DISEDIAKAN OLEH TUKANG MASAK YANG BERPENGALAMAN SELAMA 30 TAHUN DI SEKITAR BRUNEI, THAILAND DAN MALAYSIA. YANG PALING UTAMA, PERNAH BEKERJA DENGAN KELUARGA DIRAJA TERENGGANU – gitulah lebih kurang yang melekat di kepalaku. Maklum le, cerita dah lepas.


Menarik, tapi kami dah makan sizzling mee di Mesra Mall. Next time may be.

Sementara menunggu hidangan, kami berbual-bual mesra (cheh!).


Kak SitiM:
Kita pernah datang tak sini?

Aku:
Pernah, sekali, dan kita telah pangkah pun.


Kak SitiM:
Ye? OK lah, bagi la chance sekali lagi kali ni.


Seketika kemudian ….




Datang air bandungku dalam water goblet, dan air Kak SitiM dalam gelas kontot ala-ala brandy glass.

Hah! besar ni je? – kami sudah mula menyesal.


Kemudian, datanglah nasinya.


2 hidangan yang patutnya berbeza tapi kelihatan sangat sama [tak ada gambar untuk ditunjukkan sebab tak expect perkara macam ni akan berlaku! (Lesson learned: Always keep your camera in hand!)



Aku:
Biar betul ni nasi goreng seafood – cam nasi goreng cina je. Mana seafoodnya? – sambil menguis-nguis nasi dengan sudu, jumpalah sotong 2 kerat (potongan sotongnya cantik), dan ayam 3 cebisan kecil.


Kak SitiM:
I think yang ni nasi you. Tu macam I punya je

Aku pun memanggil pelayan tadi, dan dia pun tak pasti (haih!). dia kemudiannya pergi bertanya chef yang memasak dan confirmed balik dengan kitaorang.


Pelayan:
Ha’ah, salah la kak. Ini yang akak punya, yang ni akak ni punya – dan kami pun bertukar pinggan.


Aku belek lagi nasi yang aku terima, ada 2 ketul sotong, 3 ketul ayam, 2 potongan (bukan ketulan ye!) fishball, dua potong fish cake. WTF? Ini kau panggil seafood? Memang tak berbaki la pahala puasa aku tadi! Tak pe, aku ganti lebih lepas ni! Arghhhhh, marahnyaaaa!


Bila makan, memang la sudah jadi tak sedap rasanya. Dengan ayam yang rasa macam dah lama, then you charged your customer RM8.90 a plate? Shame on you la!


And, adding salt to the wound, airnya juga cam biasa saja – yang kita boleh dapat dengan harga RM1 – bandung aku rasa pencelup dan susu dan tembikai laici Kak SitiM yang tawar – then bandung tu chargenya RM4, dan tembikai laici RM6.50. Mujur tak ada tax, kalau tak, memang lah!


Memang big X kami bagi! No more M*y*g S***! Hampas!


Kami tak kisah bayar mahal kalau hidangan bertepatan dengan apa yang dijanjikan – contohnya macam ceaser salad Pan Pac Hotel yang menjadi kegilaan Kak SitiM tu. Tapi, kalaulah begini yang kamu bagi, memang teruklah. No words can describe my disappointment dengan resort ni. Kalau tahu, pergi makan kat Balai Selera lagi bagus. Ptuih!








P/s: Wondering macam mana la rupa bentuk sizzling noodle tukang masak keluarga diraja Terengganu tu!

Wednesday, June 16, 2010

Ke Padang, yuk! - Pre-Pra Padang


Entri ini adalah berbentuk karangan bergambar - harap maklum.


Bersama rakan yang telah memandremkanku tanpa sedar - Che Li. Thanks a lot buddy!


I – LCCT: 12th June 2010: 1200 – 1500 hrs




Pandangan berhampiran pintu masuk 4 dan 7 - mereka-mereka yang mahu ke Padang, Vietnam dan sebagainya.

Seronok memerhati orang. Korang nampak tak Makcik yang duduk membelakangkan Makcik yang asyik dengan food dia di gambar no. 3 tu? Yang pakai tudung hitam, baju merah tu? Aku rasa dia ni ketua rombongan kot ... banyak betul info yang dikongsi dengan member-member dia di depan tu. Yang aku sempat curi dengar, cerita dia masa gempa di Padang, bulan 9 tahun lepas, cerita dia tak dapat cuti masa raya puasa dan bandingan harga kalau mahu bershopping di Padang. Haih~~



II – Plane on board: AK474 – KUL-PDG – 1500 – 1510



Hah? Sepuluh minit saja penerbangan? Can’t be real!

Oii, selisih waktunya sejam le … depa lewat sejam dari kita.

Ooo, hari ni hari bodoh saya tuan! =p




III - Guilty Pleasure


Sebelum masuk plane berlagak masing-masing tak nak makan. Dah kena menunggu lama before boarding, masuk je plane, macam kebulur. Dan, inilah yang kami makan ... burger dan nasi goreng. Aku mintak beriyani - FA tu kata:

"Maaf, yang itu tak de Puan, tu untuk penerbangan ke India saja."

Pulak ... dalam menu kata only in AK flight, tak sebut le pula ke India or Timbuktoo - dan yang kami naik tu AK la. Misleading punya info!

Burger tu rasa macam bun sejuk yang diletak sosej - tak rasa apa. Kalau tak de mustard dressing dan pickle tu, aku rasa mesti lagi teruk rasanya. Tapi, lapar punya pasal, bedal aje, dan sedap pun .. hehehehe.

Nasi goreng tu tak sempat makan dalam flight sebab aku struggle menghabiskan burger tu. Che Li kata sedap dan dia makan sampai licin! Tapi, before plane landing, aku rasa sikit - mak oii, kerasnya nasik! Che Li, ini hang kata sedap? Aku makan sate dia saja. OK la juga rasanya.

Oh ya, yang tidak sempat diambil gambarnya - sandwich dan minuman.

7 items = RM45 -- ok la, di udara nun. Kalau di darat lain ceritanya, kan?

Alhamdulillah. Kenyang.



IV – Landing timela fumfu kui atakungsi! – hampa pandai, cari la apa maksudnya .. hehehe



Inilah pemandangan pertama di airport Padang. Luas dan lapang, tiada apa-apa. Kata orang Malaysia yang pernah ke Padang, bangunan utama airportnya macam Bangunan Mahkamah Tinggi Seremban. Entahlah, aku pernah pergi Seremban tu, tapi tak terbelek lah bangunan Mahkamah dia rupabentuk macam mana.



Satu perkara yang menarik tentang Indonesia secara umumnya adalah kebanggaan mereka dengan jati diri mereka - bahasanya, budayanya, makanannya dan sebagainya.

Lihatlah, tiada langsung bahasa lain yang digunakan untuk memberitahu itu adalah airport Padang melainkan bahasa mereka sendiri - Bandar Udara atau dipendekkan menjadi BANDARA. Tidak seperti kita di sini - mesti nak kena translate atau lebih baik lagi, mesti nak guna nama berunsur asing supaya ada kelas tersendiri. Sayang kan, bahasa dan budaya Melayu yang manis dan lembut senang sungguh dimain-mainkan. Ya, patriotisme ku terganggu dek perkara ini!

Seperkara lagi yang buat aku senang, sebarang pengumuman di sini sangat jelas sebutan dan arahannya. Tidak seperti pengumuman di airport kita, yang kadang-kadang aku rasa dia bagi pengumuman untuk diri sendiri kot .. tak berbutir - biarlah dalam BM atau BI. Baca announcement macam kena kejar hantu, ntahapapantah!


Lepas ni, mahu ketemu Pak Pendi, supir yang baik hati itu. Daaa!



Thursday, June 10, 2010

Ke Padang, yuk! - Scene I


Ajakan teman-teman untuk berjalan-jalan dan bercuti ke luar Malaysia memang sudah acap aku terima. Namun, kekakangan masa dan bajet dan hal-hal lain selalu saja menggagalkan usaha tersebut.

Tapi, entah kenapa, apabila rakanku semasa sekolah menengah dulu mengajak aku menemaninya ke Palembang untuk tujuan pembentangan kertas kerja, aku mengikut saja. Tiba-tiba aku rasa excited nak pergi. Sungguh ajaib! Adakah aku dimandrem tanpa aku sedari?

Maka, bila kecoh-kecoh nak pergi, kena la pergi buat passport. Orang tak pernah keluar Malaysia, passport pun tak ada lah. Pergi la buat satu. Dan, di dalam proses itulah, tiba-tiba terkena demam campak. Mujur juga masa ambil gambar passport yang sedikit close up itu belum timbul biji-biji campak itu [kalau timbul pun, boleh touch up gambar tu], kalau tidak … makin huduh la aku yang tidak jelita ini .. huhu.


Ini memang passport saya! =)


Buat passport awal Mei, nak pergi hujung Mei. Masa dapat passport ada lebih kurang 2 minggu nak pergi, dan masa itulah demam campak makin teruk. Ingat dah tak jadi, sedikit sedih. Kemudian, rakan itu bagitahu, yang dia tidak jadi present paper di Palembang, tapi tetap juga nak ke destinasi lain di Indonesia itu – sebab tiket dah beli. Maka, kami pun decide nak ke Padang – tukar tarikh, 12 Jun [mudah sedikit sebab adik dia kerja dengan Ai***ia].

Mujur juga percutian ini jadi, kalau tak ... bila pulak aku nak dapat stamp kat passport tu .. huhu

Monday, May 31, 2010

Rangkuman Mei 2010




Oh, sudah nak habis Jun, dan tiada langsung cerita di bulan Mei?

Pastinya ada. Namun, cerita penyakit lama berulang kembali. Bukan tiada masa, bukan tiada cerita ... dek kerana kemalasan berpanjangan, rangkuman ini kupersembahkan kepada anda ... para pembaca ... (motip?) (^_^)

Entri ini bersifat, tafsir sendiri .. hehehe.

Dan, soalannya:
Buat karangan 350 patah perkataan berpandukan gambar di bawah ini (gambar semua adalah ihsan Incik Google)



Jawapan:

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

  • Ada exam, dan selepas exam, aku malas nak menulis apa-apa pun.
  • Kemudian, aku dapat chicken pox. First time in 33 years of life. Last about 2 weeks. Ada parut kekal di muka.
  • Pasca-chicken pox ... berjimba-jimba ke Indonesia - sampai kena mengemis untuk balik ke Malaysia. What an experience!
  • Pulang ke kampung tercinta sambil mendengar kembali tali tape rosak: bila hang nak kawin ni ... @_@

Tapi, highlight of my life in May and June adalah dengan budak ini!



To sum up, I'm happy and contented!
Alhamdulillah.



Thursday, April 29, 2010

Dari Sudut Pandang




Wah, semakin galak pula aku menulis akhir-akhir ini. Kenapa? Ada ambil supplement food yang superb ke sampai banyak pula benda nak tulis.

Ya, fenomena ganjil ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan depresi dan trauma dalam menanda kertas jawapan. Aku perlukan sesuatu yang boleh distract seketika perhatianku. Dan, inilah hasilnya ... =)

Apasal tajuk entri cam ala-ala AWANI pula?

OK, gambar yang aku letak tu adalah sebahagian daripada apa yang dipanggil road arts. Artis melukis gambar yang berbentuk 2D dan boleh membentuk imej 3D apabila dipandang gambar itu dari sudut tertentu. Namun, sekiranya sudutnya tidak kena, kesan 3D itu tidak akan terhasil.

Maka, begitulah adanya kita ini.

Dari sudut pandang yang pelbagai, persepsi kita akan menjadi berbeza-beza.

Dari pandangan mata, mungkin apa yang kita lihat seolah-olah sesuatu itu seakan tidak kena. Namun, apabila disertakan pandangan akal, mungkin ia menjadi lain. Tapi, bila pandangan hati bersatu, perkara lain pula yang timbul.


Kenapa bicara soal berbeza pandangan ni? Bukan kah pandangan manusia itu memang berbeza-beza dan itu kan fitrahnya?

Ya, memang itu fitrah manusia. Cuma, akhir-akhir ini ada banyak rasa marah dan tak puas hati yang melingkar hati dan perasaanku.

Marah dan sakit hati dengan sistem.
Marah dan sakit hati dengan superior.
Marah dan sakit hati dengan kawan-kawan.
Marah dan sakit hati dengan dunia.

Wah .. sikit punya besar marah dengan dunia? =)

Makanya, untuk meredakan rasa itu, aku cuba melatih diri untuk menilai dari sudut pandang yang berbeza.

Kadang-kadang ia dapat menenangkan ... tapi, selalunya ia akan membuatkan aku rasa nak menerajang orang!


Itulah cabaran. Tak tahu sama ada akan berhasil atau tidak!


Tuesday, April 27, 2010

Refleksi: Perjalanan Manusia





Setelah menempuh perjalanan yang panjang ....


Inilah ....



Manusia yang sempurna yang bakal berjuang demi survivalnya.



Hidup adalah sebuah perjuangan dan itu bukanlah satu rahsia. Melawan kesukaran untuk menjamin survival adalah perkara yang kita lakukan setiap hari.

Aku menerima emel yang mengandungi foto-foto mengenai perjalanan penciptaan seorang manusia dan daku rasa cukup takjub untuk direnungkan especially bila kes buang bayi semakin rampant sekarang. Biarpun perhubungan yang haram, jika Allah sudah putuskan hayat itu akan berlangsung, ia tetap akan terjadi.


Lihat dan fikir dan tambahlah zikirmu.



P/s: Foto-foto ini (menurut emel tersebut) adalah hasil kerja seorang photographer dan saintis dari Sweden bernama Lennart Nilsson yang terkenal dengan foto-foto in vivo embrio manusia. Baca lebih lanjut di sini.

Saturday, April 24, 2010

Express lane oh express lane!

Semalam pergi beli barang di Carrefour East Coast Mall (rasa cam shopping kat oversea gitu, sebab nama camtu .. hehehe). Aku beli air mineral 1.5 litre 3 kotak besar. Masa nak bayar, semua line panjang orang beratur. Arghhh!


Pusing ke kiri, nampak express lane - below 10 items purchased (gambar sebelah tu hanya hiasan).






Walaupun panjang, kira ok la sebab setiap orang barang tak banyak. Bila sampai di lane tu, ada 4 customers di depanku. Tapi, aku agak kehairanan kerana customer yang ke dua dari depanku kulihat trolleynya hampir penuh. Dia ni tak baca ke, tak tahu yang express lane maksudnya express business la. Kemudian, ada budak India 2 orang di belakangku juga mengata-ngata benda yang sama.

Apabila customer paling depan selesai bayar, kakak ni tadi pun mengatur barang-barangnya ke atas kaunter. Dan, cashier yang tending kakak tu hanya memerhati dan di tangannya sudah bersedia dengan benda scanner tu. Setelah kakak itu mengatur semua barang-barang beliau, cashier itu slow mo and slow talk dengan kakak tu bahawa item nya sudah melebihi sepuluh. Aku taklah mendengar sangat, tapi apabila kakak tu menyuruh anaknya memasukkan barang belian semula ke dalam trolley, I guess it won't take a genius to tell you about what had happened la, kan?

Dan, kemudian kakak itu pun beredar ke barisan lain sebelum aku mendengar suaminya dari luar kedai tanya kenapa. Suami normal -- nak semua bini buatkan, yang dia tahu selesai saja. Aku kasihan dengan kakak itu.

Bagus juga cashier itu buat macam tu supaya orang akan lebih aware what's the purpose of express lane. Tapi, perbuatan menyuruh customer masukkan balik barangan ke dalam trolley tu pun tak patut. Jangan lah membuang masa orang macam tu. Just cakap elok-elok -- "kak, nampaknya trolley akak ni dah lebih 10 items ni" atau, kalau malas sangat nak cakap, tunjukkan customer tu tanda express lane.

Macam-macam!

Tapi, selepas aku menulis benda ni, aku teringat kepada satu principle mengenai human's values, atittudes and perceptions - part functions of atittudes which is protection of self-esteem. Maksudnya - bila benda ni jadi kat orang, kita boleh kata "ish .. ish ....", tapi, just imagine bila benda ni jadi kat kita ... adakah kita akan "ish .. ish ..."kan diri kita?

I don't think so -- especially aku la.

What to do ... =)


Thursday, April 22, 2010

Macam ni ke perkhidmatan yang cekap? Hah?

Ingat lagi tak iklan mengenai budi bahasa sekitar awal 80an yang menggunakan dialog di atas? Dan, setelah hampir 20 tahun, perkara ini terjadi padaku. Sedih!

Isnin lepas aku telah ke B*MB di bandar D ni untuk cash kan claim aku. Tak lah banyak pun, RM108 saja. Tapi, itu kan masih juga duit?

Selepas ambil nombor di mesin yang canggih itu, terus nombor ku dipanggil kerana tiada orang lain ketika itu. Tetiba, ada satu makcik ni selamba saja pergi ke kaunter yang sepatutnya aku pergi tu. OK, disebabkan dia makcik, aku OK sajalah. Kemudian, pegawai kaunter yang muka macam pelakon ubat gigi kayu sugi yang stim tunggu bini dia bersiap di bilik atas tu menyuruh makcik itu ke kaunter sebelah. Haa .. suka akak macam tu. Pelanggan diutamakan!

Kemudian, aku pun serahkanlah cheque aku tu. Dia pun dengan ketangkasan seorang pegawai bank menekan-nekan angka yang sepatutnya.

2 minit, tak selesai. 3 minit, tak selesai jugak.

4, 5, 8 minit ... apa hal ni tak siap-siap lagi.

Kemudian dia macam gelabah saja. Kemudian dia tanya pegawai perempuan di sebelahnya. Aku tak dengar sangat pertanyaannya - cuma yang dapat ditangkap - cheque book error. Aku macam .. huh?

Bila tak settle, pegawai cam pelakon tu suruh aku duduk sementara dia settle dengan manager dia mengenai masalah itu.

Tunggu lagi 15 minit.

Hampir setengah jam kemudian, pegawai perempuan tadi memanggil aku dan memaklumkan bahawa masalah itu tidak dapat diselesaikan pada waktu itu dan dia meminta nombor telefon untuk menghubungi aku apabila semuanya selesai. Aku tak keberatan kerana aku tidaklah dalam keadaan terdesak untuk menggunakan wang tersebut.


Dua hari selepas itu.

Masih tiada panggilan, aku decide untuk call dan bertanya situasinya.

Lima kali deringan, baru diangkat.

Aku terus bercerita tentang masalahku kepada orang yang menyambut panggilan tersebut, dan kemudian orang itu mengatakan dia akan pass panggilan itu ke bahagian operation.

Cis! Bercakap dengan operator je ke? Buang karan je.
Lesson 1 - tanya dengan siapa kita berurusan supaya tidak habis air liur buang masa adu masalah kepada mereka yang tak sepatutnya.

Kemudian, aku pun menunggulah panggilan aku disambung kepada pegawai bertugas - tiada bunyi sambungan, tetapi bunyi gagang diletak sementara menunggu orang yang sepatutnya datang.

Tunggu punya tunggu, akhirnya talian itu terputus dek kerana lama menunggu. Aku mula nak hangin.

Aku dail semula.

Orang yang sama yang menjawab. Dan, dengan rasa bersalah dia bertanya - oh, tak ada orang angkat panggilan akak? --
Lesson 2 - Jangan suka-suka bahasakan akak ke, abang ke kepada pelanggan. Panggil Encik atau Puan, lebih sopan. Aku iyakan.

Kemudian orang itu kata, sekejap ye kak, saya akan sambungkan kepada pengurus operasi, En. Afi**. Aku kata, ok.

En. Afi**:
Hello, saya Afi**, pengurus operasi - nada tak berapa nak mesra. Lapar kot, sebab menghampiri masa lunch.

Aku:
Saya ... bla bla bla ...

En. Afi**:
Berapa jumlah yang you cash tu? - Nada makin tak menyenangkan. Aku macam -- amboi!

Aku:
RM108 saja.

En. Afi**:
IC you.

Aku:
770917-09 ***** ...

En. Afi**:
Dah masuk duitnya dalam akaun.

Aku:
Oh, ye ke? Terima kasih ya.

Pap! Telefon diletak.

Aku terkedu.

Macam ni ke layanan yang baik dan mesra pelanggan tu?

Dah la janji nak call, tapi tak call. Kemudian tak ada la nak berhemah dengan pelanggan. En. Afi**, kalau tak ada pelanggan, awak tak mungkin dapat gaji tahu.

Kalau tak mahu berurusan dengan orang, jangan bekerja di sektor yang membuatkan awak kena jumpa orang. Pergi cari kerja dengan robot ke, dengan mesin ke.

Inikah perkhidmatan yang cekap?

Jawab! Jawab!



Begitulah kita ni ...

Semalam Kak SitiM rajin nak menjamu. Maka, dimasak lebih, dan dijemputlah sahabat 2 beranak ni. Menu apa? Ayam masak lemak dan telur goreng saja. Tapi bila dimakan beramai-ramai, teramatlah sedap. Itulah hikmahnya Islam menganjurkan perbuatan sebegitu, kan?



Gambar hiasan semata-mata kerana makanan itu telah habis tanpa sempat di snap







Bila dah kenyang, masing-masing pun mengeliat-liut lah di depan TV. Menonton American Idol. Sambil-sambil tu berceritalah.


BTW, Mama Sox rawks! Siobhan sucks! Vote her out! Out! Out!






Sahabat nan seorang ni memang seorang yang suka berbelanja. Shopping dan dia ibarat gigi dan gusi, ibarat aur dan tebing. Saling memerlukan. Kadang-kadang menggeleng-geleng kami mendengar cerita shoppingnya. Unbelievable tahapnya pada-pada ketika. Impulsive buying kot istilahnya. Begitulah dia.


Tapi, cerita semalam sedikit mengganggu. Dan, setelah terbaca di sini, terus mari idea nak tulis yang ini =)


Awal minggu ini dia kena outstation. Maka, selepas habis outstation, dalam perjalanan balik, dia pun singgahlah di mall yang terkenal sedikit itu - melakukan aktiviti yang paling dia suka ... shopping.


Masuklah dia ke TMC tu (anak syarikat Giant katanya - kata orang, bukan kata sahabat tu).




Barang yang dibeli - cecair pencuci (RM17 -+), pemanggang ikan (RM12), dan susu untuk anaknya (RM113 x 2 tin) -- gila mahal susu tu. Mujur aku tak kena beli!

Kemudian, apabila tiba di kaunter, cashier pun scan la barang-barang itu ... dan ting! - Jumlahnya menjadi RM266 -+. Wah ... sudah melebihi apa yang sepatutnya!

Maka, bila dibelek kepada resit belian, terperanjatlah dia. Kerana, harga cecair pencuci itu menjadi RM24 -+ dan pemanggang itu menjadi RM16. Dia pun teruslah bertanya kenapa begitu, dan cashier itu in her defense kata memang itu lah harganya, sedangkan masa di rak harganya lain. Tak puas hati, sahabat itu terus menyuruh cashier itu check balik semula semuanya. Rupa-rupanya memang betul, harga di rak lain, harga yang di code kan lain. Mujur harga susu itu betul, even menurut sahabat itu, harga sebenarnya lebih murah di bandar D.

Sebelum ini, cerita-cerita penipuan harga di Giant memang sering didengari, tapi kita ambil mudah saja. Dah terkena begini, barulah kita tersedar.

Sejujurnya, aku bila berbelanja di situ, memang dalam kuantiti yang memenuhkan trolley, maka, kadang-kadang jarang nak kisah tentang harga. Bayar saja.

Bayangkan, andaikan ada sepuluh orang berbelanja di Giant, dan semuanya mengalami masalah ditipu tanpa disedari ini? Berapa banyak Giant untung? Memang terus menjadi giant dinasour lah dia ... hmmmm ...

Tak fahamlah kenapa nak jadi begitu. Mungkin ini adalah kesempatan atas sikap "tak apa" dan "tak peduli" kita. Kita tahu kita ada suara, tapi kita selalu underestimate kuasa itu.


Maka, pesanan penaja - berhati-hati berbelanja di Giant - harga terendah setiap hari di rak, tapi tinggi di mesin scan!

Wednesday, March 31, 2010

Kejutan yang mengejutkan!

Ini cerita lama, tapi baru terasa nak menulis -- dan keinginan menulis ini datang di saat aku mahu marking paper dan sediakan report audit -- selalu begitu. Benci!

Lepas balik dari berjimba-jimba di PBAKL 2010 dan menghabiskan duit persaraan yang tidak berapa banyak untuk survival tujuh keturunan aku tu, aku dan Kak SitiM merancang meraikan hari jadi kawan nan seorang.

Inilah yang diraikan tu. Aku pernah menulis tentang dia di sini.


Kami memberitahunya ada surprise dinner. Tak tahulah sama ada dia dapat mengagak atau tidak. Tapi, sebelum tu dia and family kena drive kami ke sana. Tanpa memberitahu ke mana, mereka kena memandu atas arahan kami. Hehehe.


Akhirnya, sampailah ke tempat surprisenya.

<----

Kenapa memilih tempat ni? Kerana hari tu makan steamboat dia sedap. Dan hopefully, kali ni pun sedap macam hari tu juga la.




Memilih package grilled steamboat, benda-benda inilah yang dihidangkan. Gambar tak berapa menyelerakan kerana faktor keamaturan pemblog dalam menggunakan kamera barunya! T_T

Birthday girl tengah sibuk.



BTW, Chinese fried rice tu sedap ditekakku walaupun rasanya ada sedikit hangus. Given a choice, I'd go for regular steamboat kerana aku rasa grilled steamboat ni sedikit tak sedap especially bila marinated saucenya (itukah yang dipanggil?) tak sedap. Yang lain-lain tu okay lah. Tapi tidaklah sesedap yang kami makan dulu tu (or, adakah sebab dulu tu kami dibelanja oleh orang lain? -- I suspected that!). Sedang sedap-sedap makan, tiba-tiba mata Kak SitiM tertancap pada ruang persembahan di dalam restoran itu (kami makan di bahagian terrace hotel).

Kak SitiM:
Rina ... mama ... hah? Mama Rina?


Kami:
Hah? Hah? Mana? Mana?


Waitress:
Betullah tu kak .. Mama Rina


Kami:
Mama Rina AF tu?


Waitress:
Ya. Akak nak dedicate lagu boleh la. Nanti saya dapatkan kertas dan pensil.


Kami:
Wah ... wah ... hahahahaha!



Kemudian, aku dan Kak SitiM pun menulis permintaan lagu - Happy Birthday dan Sway. Kemudian waitress tadi pun memberikan kertas itu kepada Mama Rina dan teruslah dia baca dan berjalan keluar kepada kami.


Kami:
Hey ... pst, pst ... dia mai sini. Ah ... nervous .. nervous ... hahahaha.

Seketika kemudian.


Mama Rina:
Hi, apa khabar? Mana birthday girlnya? Tak de kek pun.

Aku (dalam hati):
Banyak betul tanya nya ... haih!


Kemudian, kami berbual-bual mesra dengan Mama Rina. Macam-macam ditanya - album terbarulah, itu lah, ini lah ... artis tu weh ... hua hua hua!

Dan, kemudian dia balik ke stage .. dan lepas nyanyi, dia datang balik ke meja kami.

Mungkin sebab tak ada ramai pelanggan, kami dilayan dengan sebegitu mesra. Rezeki birthday girl la ... sebab dapat sambutan dari artis lagi. Hehehehe.


Birthday girl in awed! OMG! Mama Rina y'all! hahaha.


Bukan main lagi!


Asyik tanya lagu apa lagi yang kami nak dengar. Nak je aku cakap, Mama nyanyi le lagu Ular tu ... alah lagu yang buatkan Mama terkeluar dari AF tu .. huhu! Tapi tak terkata plak ... nak jaga hati orang .. but, overall, she was OK. Ramah - kena la kan, performer.

Dan, selepas itu semua orang senang hati dan senyum sahaja sepanjang perjalanan balik.


Ahhhhhh ... unforgettable nite! =)


Birthday girl and the birthday present. Kesukaang le tu!


Us.