Thursday, January 24, 2008

the Best Moment in Life ... part 1

They said, the best moment in life are the following. Is it always the case?

Mari kita lihat apa yang Hafiey nampak dari mata kecilnya ...

Falling in love.
Emm ... jatuh cinta, berjuta rasanya. Betul lah kot waktu ni momen paling bahagia. Aku tak boleh komen sebab aku tak pernah bercinta. (Anda mesti kata aku tipu, takkan la hidup dekat lebih suku abad tak bercinta? Tu la .. aku cakap korang tak percaya. Lantak lah) ... Aku rasa, pada pandangan mata kecilku, memang mereka yang tengah jatuh chenta ni hidup sangat bahagia. Biarkan makan tak berapa nak kenyang, tidur tak berapa nak lena sebab hp vibrate ... tapi depa bangun keesokan harinya dengan perasaan yang mengujakan. So, this myth is busted! Hihi...

Laughing till your stomach hurts.
Ini aku setuju. Kalau kita boleh gelak ke tahap macam tu, memang orang akan kata kita gembira like we on the top of the world. Ingat senang ke nak gelak sampai sakit perut? Hanya lawak yang tahap international dan universe saja yang mampu membuatkan kita rasa macam tu. Contohnya, menggelakkan kebodohan orang lain. Tapi, kalau gelak kebodohan sendiri, bukan takat sakit, tapi siap boleh terburai perut.

Enjoying a ride down the country side.
Adakah country side ni boleh disamakan dengan perjalanan balik kampung? Kalau boleh, memang ini momen yang sangat indah untuk dialami. Dulu, aku tak de la nak berasa sentimentol bila naik bas balik kampung kerana selalu gak balik kampung. Tapi, bila dah bekerja jauh-jauh ni, sesekali dapat balik kampung, tak terucap katanya. Kena drive 9-10 jam pun takpa. Lebih-lebih lagi, bila kereta dekat nak sampai kat pintu gerbang negeri tu, huii, rasa yang paling sukar nak dibayangkan! Kenapa begitu? Mungkin betul kot, orang kata tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain. Rasa, semangat tanah tempat kelahiran itu sentiasa menyeru-nyeru agar kita pulang … (oh, air mataku sudah bertakung). Mak, aku akan pulang minggu depan. Gong Xi Fa Cai, ma!

Listening to your favorite song on the radio.
Inipun so true. Pernah sekali terjadi, aku tidur sambil pasang radio. Tiba-tiba terjaga tepat pada masa lagu kesukaan ku – You’re the Reason – nyanyian AirSupply and Melissa Manchester. Aku boleh nangis. Tak tau la kenapa – adakah aku terharu lagu tu mendayu mengejutkan aku, atau menangis sebab aku dikejutkan dan tak puas lena. Hmmm … Lagi satu, masa balik kampung raya, tiba-tiba Dj mainkan lagu “Kepulangan yang dinanti” nyanyian Aman Shah, mahu berlinang air mata aku. Bukan sedih atau apa, tapi perasaan yang sukar nak diceritakanlah … Memang bahagia sangat.

Going to sleep listening to the rain pouring outside.
Ini bukan sahaja menggembirakan malah satu kenikmatan yang jarang-jarang kita dapat nikmati. Tambah-tambah hujan itu turun di awal pagi hari cuti dan kita pun tengah ‘cuti’. Oh, heaven!


Tapi, bagi aku, datanglah apa momen pun, kalau kita boleh mempunyai sikap untuk menangani setiap satunya dengan tenang, kita akan bahagia selamannya walaupun itu adalah momen yang paling sadis dalam hidup kita. Percayalah. Ini pendapat aku yang pakar … huhu!

No comments: