Thursday, January 24, 2008

Gaji dan keberkatan

Hari ni 24 Januari. Anda tahu apa maksudnya?

Ya, hari ini aku akan menerima hasil titik peluhku - sama ada dilaksanakan dengan betul atau tidak berapa betul - buat bulan ini. Rasanya terlalu lama nak sampai ke tarikh ini! Kering tahap kemarau Darfur ni.

Semalam aku leka dan penuh rasa bimbang mencongak segala tanggungan yang perlu aku selesaikan. Aku menjadi lebih marah kerana aku kena menanggung cik kredit dengan jumlah yang sangat banyak. Kenapa la aku susah payah nak tanggung dia ni, aku pun tak faham. Lebih daripada 10% gaji aku ke dia saja. Dah la menyusahkan aku, menghabiskan duit aku lagi!! Cis untukku!

Bila habis congak segala bayaran tanggungan, aku hanya tinggal beberapa sen saja. Sedih gila ... Gaji banyak, tapi tak berapa nak merasa. Aku tertanya balik, tiada keberkatan kah dalam rezeki aku ni? Kab-ba-ra-kab-alip-ta-nun -- KABARKATAN?

Selalu diserang masalah ketidakcukupan yang melampau. Mak selalu bebel dan diakhirnya dia akan mengucapkan ayat keramat dia ..." Aku kalau jadi hang, tidog ataih duit tau ...!" Tu dia la mak aku tu.

Mak, anak mak ni memang tengah tidog ataih duit pun .. tak sedap pun rasa dia ... kasag dan buat kulit cek gatai-gatai. Tau sebab apa?

Sebab cek tidog ataih duit shilin yang berbaki dari gaji bulan ini ... huhu!

No comments: