Tuesday, January 22, 2008

Cerita semalam.

Hari ini bermula dengan bersarapan dengan Kak SitiM dan NY di kedai Nasi Sup tepi pantai. A very simple meal – nasi, sup daging, telur masin dan sambal belacan – tapi sambutannya sangat hebat. Kalau terlewat datang, telan air liur saja la.

Kedai Nasi Sup


Selepas bersarapan, aku dan NY ke KT untuk menempah kad jemputan majlis perletakan batu asas Kampus Iron Hill. Terpaksa ditempah di sana kerana di sekitar pekan DG tiada kedai yang mahu menerima pesanan segera 100 keping kad.

Aku rasa pelik dengan peniaga kita – selalu tidak bersedia untuk perkara-perkara yang datang mengejut begini. Kalaulah mereka sanggup dan bersedia, rezeki mereka mungkin berganda. Lupakanlah, hari ini mungkin rezeki Triple Z printing!

Selepas menyudahi segala urusan, kami menuju ke Secret Recipe. Di KT ni, kunjungan ke Secret Recipe adalah wajib kerana mana ada outletnya di DG. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi, dan aku serta NY baru saja bersarapan nasi sup pada pukul 8.30 pagi tadi, cara kami memesan seolah seharian tak makan.



Pesanan aku – curry seafood laksa dan NY makan prawn macaronni and cheese. Untuk minumannya pula, pada mulanya aku hanya mahu memesan mineral water tapi NY suruh aku pesan “a pot of organic tea” – sebab serving dia di dalam pot – lebih bernilai untuk wang anda.

Setelah order sampai, “a pot of organic tea” hanyalah sebesar pot untuk isi susu sahaja. Akhirnya terpaksa lah dipesan another pot … dah la satu pot yang ciput tu harganya RM6. Ni kes nak untung, alih-alih banyak lagi yang rugi! Kalau pesan mineral water tu, RM2 saja! Hmmm ….



Kemudian pesanan ditambah lagi dengan 1 chicken curry puff (oh, servingnya sangat besar … I like!), 1 black pepper lamb pie, 1 white chocolate and macadamia cake dan 1 oreo cheese cake. Gila makan sungguh! So, campur order aku dan order NY, semuanya berjumlah RM90.23. Gila! Gila! Gila! Lunch saja dah dekat seratus. Tapi tak risau, kad kan ada. Seret saja la! Haduihhh!!! Mengeluh, tapi yang tu jugak la dibuatnya. Mana taknya – tema kehidupan sekarang – bersenang dahulu, susah payah fikir kemudian!

Sampai di DG dalam 1.30pm dan selepas solat Zuhur, aku kembali ke office. Alamak, penyata kad kredit sudah sampai. Arghh!!! Makin banyak pulak angka dia. Bila masa semua ni berlaku? Benarkah ia telah berlaku? Katakan ia hanyalah mimpi ngeri!!! Katakanlah!

Petang ni aku tak buat apa pun selain mengemaskini blog-blog ku. Eh, ada 8 blog semuanya. Gila ke hape aku ni? Inilah orang yang tak tetap pendirian. Macam ni lah.

Masa kemaskini blog tu, saja-saja aku key-in namaku, bertujuan mencari kot-kot la ada website yang mengutuk aku ke, memuji ke … cari punya cari, adala satu … tapi lebih kepada message sahaja, yang lebih kurang bunyinya – korang jangan cari pasal dengan orang tu pulak, kang menangis cam hari tu” – dasat jugak penangan aku ni … hehehe!

Makin petang, aku dilanda rasa mengantuk yang teramat. Tak tahu kenapa. Apakah ia disebabkan oleh pemakanan yang penuh kalori dan lemak tadi? Atau, fatigue sebab drive 1 jam setengah all the way from DG-KT-DG?

Arghh, amende nak fikir, balik je la. Tepat 4.30pm, aku pun chow dan sesampai di rumah, with no time, I rush to my bed, and zzzz. Heaven!

Malam, aku pening sebab lama tidur petang. FT datang hantar otak-otak. Rezeki. Malam ni tengok Monk, sebab Kak SitiM kata susah nak tengok ulangan Monk tu. Kalau House, berkali-kali ditayang. Tapi tengok TV dengan dia sakit hati gak, sebab dia suka flip-flip TV tu. Bosan betul. Tapi, nak buat macam mana, TV tu dia yang punya. Now I think I understand how my mom feels when I did the same thing when watching with her! Hee!

Well, I think that’s wrap up of the day. My head feeling heavier. Kena telan panadol ni. Dah tua-tua ni macam-macam la rasa, kan? Itu kan peringatan. Semoga masih diizinkan olehNya untuk aku meneruskan hidup, insyaAllah.

No comments: