Setelah sekian lama ber’blog’, hari ini aku rasa aku nak menulis tentang apa yang aku lalui sepanjang hari. Kira, catatan seperti di diari … dengan ayat mulanya, “Hari ini aku …”
Kenapa nak tulis begitu? Macamlah tak ada orang menulis begitu di dalam blog. Is this another kind of self-absorbing or self-centering blog?
Anda boleh beranggapan sebegitu sekiranya anda mahu. Dan, sememangnya ini yang aku mahu. Aku dah ada beberapa blog yang aku buat untuk topik tertentu, dan aku fikir apa salahnya kalau aku menulis sesuatu mengenai hari-hari yang aku lalui?
Kalaupun tak menarik di mata orang, pada aku ia tetap menarik.
Perasaan apapun yang aku alami, aku rasa nak mencoretkannya.
Sebab lain adalah berkenaan dengan kesukaran aku meluahkan sesuatu yang aku rasa dalam bentuk perkataan.
Aku adalah seorang gadis Melayu konservatif yang banyak lagi perasaan tradisinya – seperti memendam perasaan tanpa mahu meluahnya – kerana takutkan penolakan atau kerana aku sememangnya begitu!
Apa-apa aje la kan?
Kalau rasa nak baca, baca saja. Kalau tak nak, banyak lagi pilihan anda.
Bergembira dengan apa yang anda mahu!
P/s: Kenapa mata kecil Hafiey?
Kerana mata si Hafiey memang kecil ... sampai ada yang kurang hasam bertanya, "Er... awak boleh nampak semua ke? Tapi mata awak kecil ..." :-)

No comments:
Post a Comment