Sejak beberapa lama K. Norm sering sangat mempromosi kesedapan makanan di Dungun Kopitiam ... katanya ...
"Kopi dia sedaaaaaaaaaap ..."
"Tuna bread dia sedaaaaaaaap..."
"Masakan panas dia lazaaaaaaaat ..."
Sebenarnya memang dah lama nak singgah ke situ sejak kedai tu dibuka tahun lepas ... tapi setelah mendengar cerita ngeri dari kak RK, aku dan Kak SitiM jadi macam fobia nak try. Cerita ngeri apa? Adalah ... tak baik cerita di sini.
Tapi, hari ni, masa pusing-pusing nak makan pagi, terasa nak singgah ke situ. Maka, hari ni officially kami pergi ke situ!
Orang tak seramai waktu-waktu lain dan kami dengan senang hati memilih tempat yang best untuk makan. Setelah semuanya settle, aku memesan Tuna Bread + teh o ais dan Kak SitiM pesan toasted bread + white coffee + 2 half boiled eggs. Ok la rasanya, cuma Tuna bread tu aku akan pangkah dari menu ku sekiranya berkunjung lagi ke sini. Kak SitiM suka dengan white coffee nya.
Dalam masa yang sama, mata masih meninjau-ninjau apa yang orang lain makan - orang di meja belakang makan nasi lemak ... emm, nampak menarik. Kak Norm kata sambal dia superb, tapi kedekut nasi. Orang depan kitaorang makan nasi minyak ... Akhirnya, Kak SitiM tergoda dengan kari ikan tongkol nasi dagang dan telah 'tah pau' untuk dibawa balik dan akhirnya dengan penuh yakin mengajak aku kembali ke situ esok! Like at the first instant I guess!
Kesimpulannya, kedai ini belum lulus lagi penilaian kami, tapi mungkin kunjungan di lain kali boleh mengubah ranking kedai ini.

No comments:
Post a Comment