Ning and Omar
Pagi-pagi hari aku amat suka menonton MHI di TV3. Banyak benda yang dipaparkan dan dibicarakan dengan santai dan menarik. Pagi ini MHI diacarakan oleh Ahmad Fedtri Yahaya dan Habsah Omar (Abby Fana). Tapi, bukan itu ceritanya.
Yang menjengkelkan aku pagi ini ialah paparan mengenai cerita pra-perkahwinan penyanyi bersuara soprano negara – Ning Baizura.
All of sudden, hampir 2 minggu ini, ruangan hiburan hanya dipenuhi ceritanya sahaja. Apa hal nya? Kenapa tiba-tiba segala rancangan perkahwinannya menjadi headlines? Siapa dia tu? Bukan semua orang malaysia suka dan kenal dia!
Hantaran Ning RM6666.66 – lantak la.
Ning mahukan kenduri ala kampung. Tetamunya akan makan bersila dengan tangan. – So? Apa yang specialnya? Sebab buat di MATRADE Hall, dan dipenuhi elemen kampung? Please!
Ning mengakui bahawa Omar adalah duda anak dua? – Berapa ramai yang kahwin duda? Siti Nurhaliza lagi hebat, kahwin duda anak empat. Kecoh betul!
Sesekali berita begini hadir dalam akhbar, ok la. Tapi, kalau dah hampir hari-hari, aku rasa sangat jengkel! Mungkin ada yang akan kata, kalau tak suka, jangan lah baca. Memang lah buat begitu, tapi masalahnya bila tengok berita pagi pun, dia masuk jadi berita, the media doesn’t do any justice to me as a viewer. Potong stim tau!
Agaknya sudah menjadi fenomena dah agaknya namanya artis tu, suka benar nak di’live telecast’ kan segala urusan perkahwinannya. Bermula dengan pengacara NONA, Norjuma Habib Mohamed pada 2005, puteri pop negara, Siti Nurhaliza pada 2006 dan kini Ning pula, aku rasa sesak dengan budaya begini. Tapi, untuk menyalahkan media yang beroperasi dengan keuntungan beritanya, adalah sesuatu yang bersifat bias. Jadi, siapa yang perlu dipersalahkan?
Aku suka Ning sebagai penyanyi. Aku juga suka lagu-lagu Ning. Tapi, aku tak ingin nak tahu semua perkara pasal Ning di berita. Kalau perkara itu berlaku di dalam ruangan hiburan, tak ada masalah, tapi apabila setiap segmen berita pun ada ceritanya, ini sudah keterlaluan!
Nak boikot baca berita, itu tindakan yang bodoh.
Nak skip cerita dia dalam berita pun, perkara yang bodoh kerana paper tu aku beli, jadi aku kena baca kesemuanya.
Nak tutup TV lagilah bodoh.
Jadi? Bosan betul!

2 comments:
Minta maaf jika kehadiran saya mengganggu dan menambahkan lagi 'boring'u.
Saya dah lama tak membeli suratkhabar sbb kalau beli biasanya tak habis baca,membazir jer. Baca berita di internet jer...
Oh, jgn berkata begitu. Setiap kehadiran tamu di blog ini, amat saya hargai. Terima kasih kerana berkunjung.
Baca berita di internet?
Ya, sedang dilakukan sekarang ini ... tapi kepuasan menatap akhbar dalam jasad fizikal lebih mengujakan. Tapi, bila ada cerita begini, potong stim betul!
Post a Comment