Thursday, January 24, 2008

Skandal dan Serakah

Tadi mata kecil ini menyaksikan satu skandal terlarang seorang pemimpin. Pada mulanya aku tidak beranggapan apa-apa kerana keadaan pemimpin itu makan dengan anak-anak buah bukanlah sesuatu yang pelik. Namun, apabila NY menceritakan banyak falsafah pengkisahan dan realiti di sebalik kemesraan mereka aku mula merumuskan sesuatu.

Kenapa dia jadi begitu in the first place?

NY jawab: Love deficit.

Aku jawab: Typical.

Aku tanya lagi: Apsal deficit?

NY kata: Coz the wife doesn't always be with him for health reasons.

Erkk ... aku terkedu.

Akhirnya aku rumuskan - teman hidup yang sejati hanya terjadi kepada mereka yang terpilih sahaja. Semua cerita mahu sehidup semati adalah retorik cinta yang menyebabkan orang gatal nak menyakiti diri sendir dalam sebuah ikatan yang bakal dirungkai bernama perkahwinan.

Keras dan ironi bunyinya, kan?

Itukah sebab aku tak kawin-kawin sampai sekarang? Tolong jawab sat ...

No comments: