Monday, March 31, 2008

Tragedi hidup Sufiah



LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang. Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks. Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester. (Baca selanjutnya di UtusanOnline).

Sayang, kan?

Bila Sufiah muncul bersama keluarganya di TV Malaysia suatu ketika dulu, gambaran satu keluarga yang bahagia sangat menepati mereka. Semua orang bercita-cita menjadi atau memiliki keluarga seperti itu. Namun, selepas beberapa lama, gambaran itu menjadi mimpi buruk kepada mereka.

Kita tidak akan pernah mengetahui apa sebenarnya yang dialami oleh keluarga ini kerana masing-masing akan ada pendirian dan penceritaan yang tersendiri. Apa yang mampu kita kata, kasihan mereka.

Di mana sebenarnya silapnya?

Siapa yang bersalah?

Adakah anugerah Allah itu terlalu besar untuk seorang Sufiah?

Namun, Allah tidak pernah memberi cubaan yang melebihi kemampuan insan. Kerana Allah itu terlalu adil dan kita ini terlalu jahil untuk mencari hikmahNya. Biarpun kita mampu mewaraskan akal, namun terkadang, kita terbabas juga pemikiran.

Sufiah mungkin pintar dalam penaakulan matematiknya, namun, ketidakseimbangan persekitaran tidak mampu ditaakul dengan sewajarnya. Aku melihat dalam kes ini, emosinya sangat mempengaruhi inteleknya. Emosinya sangat dominan, maka, inteleknya hadir sebagai satu kenangan masa lalu. Hasilnya, inteleknya menjadi sia-sia.

Namun siapa aku untuk bicara selanjutnya. Sufiah itu aku rasa perlukan bimbingan emosi yang sangat mendalam. Dia memerlukan orang yang mahu mendengar tanpa perlu membalas apa yang dia kata. Dia memerlukan kita semua, yang tidak menghukum, tapi sudi membimbing tanpa prejudis. Sufiah hanya seorang anak yang kehilangan.

Kalaulah boleh dia aku pimpin semula …

Zikir dan Fikir

Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .

Maka, ucapkanlah 'Laa ilaaha illAlLah' ... dan jadilah hamba yang sentiasa bersyukur ...


Thursday, March 27, 2008

Pesanan Mereng - part2

Kalau ada orang kata anda gila ... Sabar je.

Kalau ada orang kata anda bodoh ... Rilek je.

Kalau ada orang kata anda sewel ... Steady beb.

TAPI

Kalau ada orang kata anda comel ... tampar je, sebab itu semua fitnah semata!

Hampes kan? Itulah SMS yang aku terima daripada seseorang malam tadi, dan sampai waktu ini rajuk aku masih tak habis!!!

Tazkirah Pagi

Sekiranya anda bosan, hendaklah anda pergi ke tandas.

Sekiranya anda bosan, hendaklah anda pergi ke tandas dan membuke kepala paip.

Sekiranya anda bosan, hendaklah anda pergi ke tandas dan membuke kepala paip sehingga keluar air.

Sekiranya anda bosan, hendaklah anda pergi ke tandas dan membuke kepala paip sehingga keluar air dan sama-samalah kite mengambil air sembahyang.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Tuesday, March 25, 2008

the Best Moment in Life - part 2

Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
Tak kiralah towel tu warm and fuzzy ke, kepam ke, lepas mandi memang selalu best. Rasa segar saja. Lagi best, keluar aje bilik mandi tu, disambut dengan hembusan bayu yang menyegarkan. Perghh ... superb!

Passing your final exams with good grades.
Lulus exam? Memang la seronok. Setakat ini, alhamdulillah, semua exams yang aku duduki, semuanya berjaya - tak fail la tu maksudnya. Cuma sekali sepanjang aku buat degree, aku failed paper "Maqasid as-Syariah and Ijtihad". Dapat D. Tak puas hati, aku bayar RM50 untuk re-check ... dan memang Ustaz tu nak bergurau dengan aku sebab akhirnya aku diberi gred C. Kira ok la, aku lulus.

Aku ni tak lah secemerlang mana - average B+ student untuk major political science and average C+ student untuk major Fiqh and Usul (susah beb, Arab aku tahap beginner yang paling amatur walaupun aku ambil major Islamic Revealed Knowledge.


Tapi, sememangnya passing final exam is great, if only later you find out that you just merely passed the score. ;p

Being part of an interesting conversation.
Hehehe ... perasaan ini memang indah. Tambah-tambah bila orang bercerita, kita boleh eavesdrop dari tempat lain. Sungguhlah mengujakan. I've encountered this several times. Masa tu rasa kembang semacam. Ish... seronok betul!


Finding some money in some old pants.
Yes ... tambahan masa tu poket kering tahap kemarau Afrika. Lagi best kalau the note, 50 or 100 note ... Wau! Tapi, selalunya, yang dijumpa, not biru-biru tu aje. OK la, dari tak jumpa langsung, kan?

Laughing at yourself.
Bukan semua orang boleh buat benda ni. Laughing at yourself means that you're able to admit your silliness. Dalam bahasa mudah, mampu menerima kesalahan dan kebodohan kita dan boleh kemudian ketawa sebab kebodohan itu. Namun begitu, bukan semua kebodohan dan kesalahan itu boleh kita ketawa tanpa menyesalinya. Berpada-padalah.

Sharing a wonderful dinner with all your friends.
Makanan memang paling sedap sekiranya dimakan beramai-ramai. Lebih pilihan, lebih meriah. Itu sebab, kadang-kadang bila makanan sedikit, tapi dimakan beramai-ramai, sungguh mengenyangkan daripada makan sorang-sorang, dan lepas tu masih lagi cari snek lain untuk aktiviti mengunyah pula. Dalam konteks yang lebih luas, dinner dengan ehem! pun boleh jadi wonderful .. sebab makan dengan yang tersayang ... Walaupun, masa makan begitu tak boleh nak buat aksi-aksi yang hanya akan kita buat bila kita makan seorang ... seperti mengunyah tulang ayam hingga lunyai dan sebagainya ...

I feel good .. oh la la ...

Pesanan Rindu yang Mereng

Seorang sahabat telah mengirimkan pesanan ini:

Sejak kau tiada … aku sering menyendiri berbual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar Nampak cantik.
Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkanmu yang berada jauh denganku.
Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk mengurangkan perasaan rindu, tapi aku tak berdaya.
Lalu aku membelasah 4 ekor itik serati jiran sebelah tanda aku amat rindu padamu …


Fuhh, sungguh kronik kerinduan itu.

Mula-mula rasa best bila baca. Tapi setelah diulang-ulang baca ... aku bersetuju dengan kesimpulan Kak SitiM:

"Ye la tu rindu ... bukan den tak tahu, kau tu buruk lantak mentekedarah ..."

Erk!

Saturday, March 22, 2008

Tolol Berdarah

Aku rasa kelakar sangat dengan ungkapan tersebut.

Dari mana aku mendapatnya?

2 malam lepas aku dan Kak SitiM menonton cerita hindi di saluran ZEE - cerita Akele Hum Akele Tum lakonan Manisha Koirala dan Aamir Khan.

Cerita itu menarik. Ok lah.

Lagunya pun sedap. Standard lah tu.

Tapi yang menjadi pick of the day adalah terjemahan sarikatanya. Kami ketawa terbahak-bahak setiap kali membaca sarikata. Kemuncaknya bila dia keluarkan perkataan "TOLOL BERDARAH". Tak pasti terjemah daripada perkataan apa (tapi kami agak mungkin bloody fool kot) ...

Akhirnya, bukan cerita itu yang menarik, tapi sarikatanya yang dahsyat! Kudos for the translator.

Esok malamnya kami menonton lagi cerita lain di saluran tersebut - cerita Sangam - malangnya, terjemahannya sangat logik dan menurut kata. Sungguh tak seronok menonton.

Perkataan lain yang diterjemahkan daripada filem Akele Hum, Akele Tum:

Berjingkrak-jingkrak -- kamus Dewan: Melompat dengan penuh kegembiraan

Corat-coret Kenduri - part 2

Ini sesi bercerita tentang makanan di kenduri itu.


Ini adalah kuih-muih habuan orang yang datang rewang pagi kenduri. Yang dalam tray besar tu adalah kuih apam yang dimasak di dalam daun pisang. Aku pun first time tengok apam jenis ini. Kuih ini ihsan Cik Mo and Co.

Dalam plastik biru itu adalah chakoi atau panggilan setempat: Pak tengko. Di sebelah kiri, di dalam mangkuk itu adalah kuah pencecah nya. Kuah kacang. Slrupp! Sedap woo .. ihsan anak ketiga tuan rumah AKA pengantin. Sumber menyatakan ia dibeli di satu kawasan bernama Titi Chai. Chayok!


Ini adalah ikan kembung AKA ikan temenung sebanyak 5o kilos yang akan di'lengat' untuk dihidangkan kepada tetamu. Lawan dia, sambal belacan. Sedap gila. Orang kata la... Tapi aku tak berapa minat ikan-ikan ni walaupun orang kata ikan kat Perlis sedap dan lemak.

Kat mana manis dan lemaknya? Don't ask me ...


Ini adalah 170 ekor ayam yang telah siap digoreng untuk dibuat masak merah. Standard la, kenduri, ayam masak merah. Tak de masakan ni tak meriah la. Aku sempat rasa sikit je. Nak makan lagi, dah hampir habis dikebas. Malang sungguh!

Ayam-ayam ini, akulah yang angkat dan masukkan dalam kuah dengan penuh gaya keanggunan. Patut lah sedap orang makan, kan?




Ini, bubur kacang hijau. Warga-warga emas yang berada di situ sangat mengagumi rasa bubur ini. But, I just don't share the same sentiment. Bagi aku, rasa dia funny and weird. Ada rasa asap, rasa santan. Ish, tak minat la.

Wa aku kata, "sedap gila ..."

Entahla, sukar nak percaya walaupun dah rasa!


Inilah kari daging import dan rebung yang menjadi talk of the day. Semua pun asyik "huii, huii ..." "Sedapnya!"

Aku langsung tak rasa sebab aku tak suka. Tak nyesal pun.

Kenduri aku esok, aku akan ban resepi ni.




Ini adalah wajik daripada 10 kilo tepung dan santan daripada entah berapa biji kelapa. Hari kedua usia wajik ni, dia menjadi sangat keras.

Hari aku nak balik ke tempat aku, dia menjadi lagi keras.

Solution:
Wa telah meleburkan balik, tambah lagi santan, tambah lagi gula. Memang dia cair kejap. Lepas tu dia mengeras semula.

Apa hal kau ni wajik? Sampai sekarang wajik ni masih tersisa di atas meja makan di rumah aku. Tak kuasa la nak makannya.



Itu adalah tangan seorang aku yang tengah memotong kuih untuk orang buat rewang. Banyak gila benda nak dipotong. Tak pe, kenduri bukan selalu. No hal la tu.

Clockwise:
Wajik (sebelum ia mengeras), keropok lekor (ihsan daripada ehem ... AKU), apam gula merah, nasi lemak (aku punya), apam putih dan kuih-kuih kering.

Semua pun dapat rasa sikit-sikit saja. Masa ni, semua kuih itu sungguh sedap rasanya. Kenapa yek?


Ini, berian pihak perempuan kepada pihak lelaki. Sekali tengok macam kek. Betullah kot? Aku tak tengok rupa yang sebenarnya.

Aku masukkan kat sini sebab dia nampak cantik.


Inilah sebahagian yang terjadi di rumah itu seminggu yang lalu. Ia mungkin akan sama untuk masa mendatang. Tapi yang pasti, aku tidak mahu semua itu berlaku bila tiba masa ku nanti (cheh!).

Tapi, bila dikenangkan, menyesal pulak tak belasah habis-habisan semua ini pada hari yang sepatutnya. Nak kenang pun tak guna ... mujur ada gambar ... buat sedapkan hati yang lara.

Syoknya kawen .. hehehe!

Corat-coret Kenduri - part 1

Pada 15 Mac 2008, ayah dan mak ku, dengan bangganya menerima menantu sulung mereka daripada anak ketiga mereka. Diulang -- ANAK KETIGA mereka! Ini kerana, anak ketiga itu, bukanlah anak pertama dan kedua.

Inilah anak ketiga dan menantu sulung yang dimaksudkan. Tengoklah anak ketiga itu, sungguh gembira dia, kerana akhirnya dia dapat meng "dilwale dulhania la jayenge" setelah sebulan dinikahgantungkan. Siap adjust samping, dek gembira. Sabor je la ...
Rilek aa brother ...



The half clan of Tok Tijah and Tok Bakar. Semuanya tengah serius untuk menghabiskan apa yang dilambakkan di atas meja tersebut. Can you spot the commonness among them? Yep, you got it right ... their size, people! Inilah contoh keluarga sihat dan segar ...






Ini adalah anak kedua keluarga ini yang dilangkaui anak ketiga tadi dalam mendapatkan menantu sulung. Konon-konon tengah menghias bilik pengantin, walhal, semua pun tahu dia itu pukul paku selalu senget jadinya. Apa-apa pun, yang ketiga tadi sangat patut berterima kasih dengan yang kedua ini dalam usaha menjadi yang pertama membawa menantu sulung ke rumah ini!




Kaum bapa yang banyak bercakap daripada bergerak. Normal la tu ... lelaki!




Kaum ibu yang berkungtus mulus sambil membandingkan rantai siapa yang paling besar.

Che Nah:
Amboi Che Nab, tak penin ka, rantai besag sauh kat tenkok tu?

Che Nab:
Penin jugak. Tapi kalau tak pakai, tak stabil pulak nak besiang rebung ni ...




Mak aku yang pertama dari kiri

Mak kata:
kawin la cepat. Aku syok nak buat kenduri hampa ...

Maka, setelah kenduri ini selesai dijalankan, Mak aku tersenyum sangat luas hingga menampakkan semua ruas gigi palsunya.

Dengan poket baju yang berat dengan duit berian pengunjung, dia sedang memikirkan strategi baru untuk kenduri yang akan datang. Siapa mangsanya? Tunggu dan lihat saja.

Mari Kita Lihat .. siapa yang kena?

Balik ke office hari Rabu, SitiK tanya aku:

Dia: Woi, SitiM kata hang kena cekup? Tak habag pun?

Aku sengih saja

Dia: Tengok tangan?

Aku mengangkat tangan aku dan menunjukkan kepadanya.

Dia: Kosong saja?

Aku: Memang la. Aku kena tangkap kering. Har har har ... My brother la.

Dia: La, cis betul SitiM ni.

Tu la, semua pun ngusik aku - kenduri orang lain, aku yang cuti lebih. Cam aku pulak yang kawin. Hehe ...

Tapi, yang paling best tentang kenduri hari tu, ramai yang tanya aku:
"Tu abang yang mana kawin?"

Hehehe ... Mak cik, chek ni la anak yang sulung. Tu adik I la ... hins hins hins ...

Kak SitiM kata: They just being polite to you.

Aku respond: Ahhh, takdenye. Memang I look young and feel young ... Jeles!

Kalau macam ni, lambat lagi la aku kawin. Maklumla muda lagi. Hee!

Amboi, amboi ...

Semalam, tengok senarai penerima Anugerah Maulidur Rasul - salah seorangnya angkasawan kita. Kak SitiM buka cerita:

Dia: Hari tu students kita nak jemput dia ni.

Aku: Huh?

Dia: Tapi, budak ni cerita, PR dia kata, kalau nak Dr. Sheikh, make sure masa dia sampai kat airport, ambik dia dengan Merc

Aku: Amboi. Hebat sangat ka sampai nak macam tu sekali? Lepas tu?

Dia: Tak jadi pun. Sebab jadual dia penuh setahun. Tapi membara jugak la bila dengar citer pasal PR tu. Dia tak tau, Sheikh tu naik ke bulan pakai duit kita. Nak demand yang bukan-bukan pulak.

Aku: Ntahnya. Bodo betui! Eii, sakit la PR tu...

Dia: Tapi biasa la. Orang bawahan ni memang lebih sudu dari kuah.

Aku: Ya, betoi, betoi. -- sambil menyudu mihun goreng ke mulut.

Sekian, sesi mengumpat hari ini.



Mihun goreng yang Mak Teh aku goreng masa malam 'bekwah' - March 14, 2008

Thursday, March 20, 2008

Mencari Muhammad

(Sempena ulangtahun kelahiran 12 Rabiul Awal 1429H)

Muhammad itu sentiasa kulagukan namanya.
Muhammad itu sentiasa kuingati bila jiwa kacau.
Muhammad itu selalu kubayang-bayangkan wajahnya.

Namun,
Tak kira berapa kalipun namanya kulagukan
Tak kira berapa banyak kacaunya jiwa
Tak kira berapa selalu kuingin impikan wajahnya,

Muhammad tidak pernah mahu berkunjung.
Muhammad tidak melekap sepenuhnya di hati.
Muhammad tidak menjadi sebati dengan diri.

Aku ingin mencari Muhammad.

Aku cemburu dengan mereka yang bertemu Muhammad.
Aku cemburu dengan mereka yang merindu Muhammad.
Aku cemburu dengan mereka yang sentiasa aman bersama nama Muhammad.

Muhammad,
Ini janjiku.

Janjiku mahu bertemu denganmu.
Janjiku mahu merindu kamu.
Janjiku mahu merasa keamanan dengan mu.

Di mana harus ku mula, untuk mencarimu, Muhammad?



© fisha fawwaz – February 29th, 2008 – Dungun, TRG-MAS

Mengingati Rasulullah SAW - part 2

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Lagu ini memberi banyak pengertian kepadaku dalam mengingati Rasulullah. Namun, sebagai seorang Muslim yang biasa-biasa, aku selalu terlari fokus memperingati baginda.

Aku mengingkari pesanan baginda.

Aku tidak menyempurnakan sunnah baginda.

Aku tidak mengasihi baginda seperti yang sepatutnya.

Apa masalahnya tu?

Pastinya keimanan kita. Kepercayaan kita. I’tiqad kita.

Secara logiknya, kita sukar mencintai sesuatu yang tidak terlihat di depan mata. Namun, kalau betul asuhan iman, mungkin kita mampu.

Salah asuhankah aku? Mungkin juga.

Tapi, aku masih tetap mahu mencarimu ya Rasulullah.

Mengingati Rasulullah SAW - part 1

Tidur pagi hari tersentak dek gemerincing kunci kak SitiM membuka pintu. Aku melihat jam, 7:50am. Awal lagi. Dia nak ke mana pagi-pagi begini? Oh, hari ini maulidur rasul. Dia ada mengajak ku menyertai perarakan maulid di stadium. Aku memberi respon yang tak sepatutnya. Lalu dia pergi seorang. Aku kembali menyambung tidur.

Pukul 9:50am, aku bangun dari tidur untuk kali keduanya. Tanpa cuci muka, aku meneguk jasmine tea sejuk dari dalam peti ais. Arghh, segarnya. Apa yang nak makan ni? Belek rak pertama, ada sandwich loaf. Tengok tempat telur, ada garlic margerine. Oh, ada egg tofu. Oklah, dengan rasminya breakfast aku hari ini: Roti sandwich yang disapu mentega perisa bawang putih bersama toufu telur yang digoreng dan diletakkan sedikit sos cili dan mayonis. Minumannya? Instant Nescafe – Mild. Alhamdulillah.

Dengan sepinggan habuan isi perut, aku melangkah ke ruang tamu. Selesai melabuhkan punggung, tangan mencapai remote.

Channel 101 : Sambutan Maulidur Rasul
Channel 103 : Harry and His Bucket Full of Dinasours
Channel 711 : The Ellen de Generes show
Channel 702 : The Oprah Show
Channel 104 : Tirai Akademi Fantasia
Channel 106 : Sambutan Maulidur Rasul – ihsan channel 101

Hah, satu channel saja yang buat liputan hari maulidur rasul? Kenapa? Bukankah selama ini, rangkaian utama di Malaysia akan buat liputan besar-besaran mengenai sambutan ini? Aku cuba mewaraskan fikiran sambil mengunyah sandwichku.

“Agaknya TiVi-TiVi lain ni bagi peluang kat TV1 buat siaran langsung kot?”

“Agaknya TiVi-TiVi tak sempat pergi ke stadium Bukit Jalil buat liputan kot?”

“Agaknya TiVi-TiVi lain malas nak buat kot?

Aku membalikkan tontonan ke TV1.

Seorang panel dijemput memberi ulasan tentang perlembagaan Madinah. Maka, berceritalah dia mengenai kehebatan piagam Madinah sambil tidak lupa menyatakan bahawa orang Barat tak perlulah mendabik dada mengatakan bahawa mereka yang merintis penemuan konsep perlembagaan dan demokrasi.

Aku senyum sahaja sambil terus mengunyah sandwich ku.

Kemudian, adalah 2-3 perkataan yang disampuk oleh pengantara TV1 yang 2 orang itu. Tersedak aku dengan sampukan itu.

Kemudian, pengantara memberi cue lintas langsung sambutan Maulidur Rasul di Sabah – dan penonton dibawa ke sana. Seorang lagi pengantara perempuan dengan wajah bertudung (yang nampak macam dipaksa pakai tudung) bersedia untuk membuat ulasan selari.

“Hari ini, kita berasa bertuah menyambut sambutan Maulidur Rasul dengan … bla bla .. “

Aku sudah rasa senak perut dengan ulasannya. Tapi lebih senak bila dia kata, “Sebentar tadi hadirin telah dihiburkan oleh nyanyian nasyid Asmaul HUNA"
(OMG!) … it is ASMAUL HUSNA la cik adik … aku menggeleng-geleng dan terus menutup televisyen. I just can’t tolerate this mistake! Tolonglah.

Dan, akhirnya, aku terfikir:

Kenapa selalu begini jadinya bila majlis bersangkutan dengan Islam?

Apa sebenarnya yang mahu kita tonjolkan? Sekadar untuk tidak mahu dikatakan tidak menghormati kelahiran Rasulullah?

Dan, pertanyaaan itu tidaklah lain tertuju pada ku jua.

Adakah begini seharusnya aku memperingati Rasulullah – insan mulia yang dimuliakan Allah dari setiap makhluk yang ada?

“Pada detik-detik terakhir hidup Rasulullah SAW, baginda bersabda: Perhatikanlah sembahyang.” Itulah sebahagian bukti kasih sayang Rasulullah pada umatnya. Salam Maulidur Rasul 1429H.” – Pesanan yang diterima selepas itu dari seseorang.

Tuesday, March 18, 2008

Hari Perasan Sedunia

Sekali sekala best juga kalau perasan begini ... Jangan marah ya ...



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!



Friday, March 14, 2008

Cerita Baik daripada PRU12 - Kesetiaan kepada Raja


Antara perkara terbaik yang terjadi dalam PRU 12 adalah: Baru aku faham apa Raja / Sultan Melayu punya kuasa.

Sebelum ini aku diajar dan mengajar bahawa Raja / Sultan adalah golongan yang memang berbeza dengan kita.

Kita makan, depa santap.

Kita tidur, depa beradu.

Kita mimpi, err ... depa dream? Sama la, mimpi gak, cuma lain la apa yang kita semua mimpi, kan?

Tapi, setelah berlalu hari pilih dan raya:


Sultan Perak tak kisah langsung siapa yang menang, dia tetap lantik wakil PAS.

Menggelegak DAP .. tapi beta apa peduli?
Siap nak boikot majlis angkat sumpah
Tapi itulah tulah
Akhirnya jadi hamba menjunjung perintah ... hua hua hua!


Pak Lah bagi watikah, Abang Dan jadi MB. Syed Sira tak setuju, terus lantik Mat Isa Sabu.


Mengamuk Abang Dan seantero Perlis
Siapa yang sokong Dr. Isa, depa memang tragis
Pak Lah punya watikah bukannya magis
Abang Dan bukan Raja Perlis .... isk .. isk .. isk ...


Kata Idris Jusoh, siapa pun dilantik, saya tak kisah.


Bunyi katanya seperti tulus dan bersih
Dalam hati bagai dihiris
Tapi apakan daya, istana penentu kata
Titah Baginda: Deris, mu beta tok suke, gi mung dok sane!

Tengok, sikit punya power ke Raja / Sultan kita ... Cayalah.

P/s: Baru kini aku sedar betapa besarnya doa rakyat dalam lagu negeri Perlis:
Kekal perintah Jamalullail ... Hail the King. Yezza!

Wednesday, March 12, 2008

Menjadi Melayu di Malaysia pada hari ini

Semalam ada seorang teman menghantar SMS bertanyakan aku mengenai analisis keputusan PRU12 yang baru lalu. Beriya-iya benar dia mahu tahu, dan siap dia buat kesimpulan yang menyedihkan tentang masa depan orang Melayu.

Lalu aku teringat pada bait-bait lagu ini …


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.

Aku tak tahu asal lagu ini. Seingat aku, lagu ini sering kami lagukan semasa perhimpunan petang asrama waktu sekolah menengah dulu. Namun, apabila ke universiti, aku mendapat tahu lagu ini diharam untuk dinyanyikan kerana ia akan menyemarak sentimen membenci kaum lain di Malaysia ini, kononnya lah …

Malam tadi, semasa menonton Buletin Utama di TV3, aku merasa sakit hati apabila ada orang Melayu memohon (baca: mengemis) simpati pimpinan DAP untuk diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu demi menjaga kepentingan bangsa Melayu. Menambah perit, golongan peniaga Melayu juga menyuarakan benda yang sama – memohon agar nasib peniaga Melayu terbela.

Kak SitiM membuat remark:
“I agak mesti orang-orang Cina tu akan kata: Now you know what is like to beg for your right. Serve your right! Puas hati tengok orang Melayu mengemis di tanah air sendiri!”

Kami sama bersetuju bahawa orang Melayu memang sangat lemah-lembut. Dalam nak minta hak sendiri pun masih nak guna perkataan “memohon” sedangkan bangsa lain tiada silu bila meminta. Lihat saja Hindraf dan Suqiu (betul ke tidak ejaannya?) - dengan tegas berkata “We strongly demand and urge the government …”

Toleransikah ini?

Atau, kebodohan yang sangat melampau?

PRU ke 12 memang mencerminkan apa yang rakyat mahu. Namun, persoalan utama, apakah sebenarnya yang orang Melayu mahu?

Kalau sekadar mahu pembelaan terhadap hidup mereka, aku tak rasa kita ini ‘melampau’ susahnya. Tapi, bila pucuk pemerintah jatuh ke tangan bangsa lain, adakah kita makin terbela? Berjayakah kita? Banggakah kita?

Negeri Perak mengemukakan calon DAP untuk jawatan MB. Aku harap Sultan Azlan Shah masih punya kewarasan dan kekuasaan penuh untuk menentukan perkara itu. Aku harap Undang-undang Tubuh Negeri masih relevan dan berkuasa untuk tujuan ini.

Ini bukan persoalan enteng untuk menerima sesiapa saja yang memerintah, tapi soal kelangsungan bangsa kita, tanah air kita. Rumah sendiri, tapi orang lain yang buat pandai! Bukankah persoalan maruah adalah persoalan penting dan keutamaan bagi kita orang Melayu? Dan sudah hilangkah perasaan itu?

Di akhirnya, aku sekarang merasa takut menjadi Melayu di Malaysia. Takut kepada tuntutan yang bukan-bukan. Takut kepada isu-isu keselamatan dan survival bangsa.

Apa yang harus kita lakukan?

Berdoa dan berteleku? Mungkin itu satu kewajaran bagi kita orang yang makin lemah?

Anda? Apa yang anda rasa?

Thursday, March 6, 2008

Bergurau: Sampai Had Mana?

Pagi ini aku bersarapan dengan besfren aku, Pn. FT dan Kak SitiM. Sementara menunggu Kak SitiM yang riuh berkemas nak balik kampung untuk mengundi (gaya kemas barang macam lah nak balik selamanya), Pn. FT menceritakan kekesalannya dengan seorang rakan sekerja lelaki yang padanya bergurau tak kena tempat.

Katanya, kalau sekali dua bahan gurauan itu diucapkan, ia mungkin boleh diterima sebagai gurauan, tapi kalau berulang kali disebut, ia bukan lagi menjadi sesuatu yang lucu. Lagipun, benda yang diguraukan itu bukanlah sesuatu yang dia berhak katakan.

Gurauan yang menyentuh fizikal sebenarnya lebih kepada personal attack walaupun ia berbentuk satu gurauan. Tidak semestinya bila sesekali orang menerima gurauan tersebut, perkara yang sama boleh diulang berkali-kali. Umpama apabila menjamah makanan dengan lauk yang sama berhari-hari, boleh naik angin juga.

Dalam bergurau, aku ada 2 kepantangan:
  • Jangan bergurau mengenai rupa fizikal seseorang – kalau fizikal 3rd party, boleh juga, tapi itu dah jadi mengumpat. Berdosa sia-sia saja.
  • Jangan bergurau pasal tabiat makan dan benda yang dimakan oleh seseorang

Kedua-dua benda itu bukanlah perkara yang elok untuk digurau atau dibualkan.

Setiap sesuatu yang kita lakukan, ada batasannya tertentu. Langkah saja batasan tersebut, banyaklah yang buruk berlaku.

Kadang-kadang aku rasa amazing dengan manusia yang tak pandai nak bersensitif dengan perasaan orang … tak terlintaskah di benak mereka apa yang akan orang rasa?
Biarlah kita menjadi orang yang berterus-terang, tapi tengok dulu dengan siapa kita nak bersifat begitu.

Manusia ini Allah jadikan pelbagai. Tujuannya untuk berkenal-kenalan dan bersosial. Janganlah jadikan diri kita ni sial pula dengan gurauan bodoh dan tidak sensitif.

Untuk Pn. FT, aku rasa kagum kerana dia berjaya membalas gurauan tersebut dengan jayanya sehingga rakan sekerja itu terkulat-kulat sendiri.

Hmmmm …

Tuesday, March 4, 2008

Ke Mana perginya? Kembalilah ....

Hari ini seperti biasa mahu check any new entry kat blog Dr. Nurul. Tiba-tiba, keluar menu - blog is not found.

Pergi ke mana?

Ada orang dah bom kan blog Dr. Nurul ke?

Jangan la macam tuu ... aku suka blog Dr. Nurul yang selebet dan selamba tu ...

Kembalilah Dr. Nurul .... I miss you .. huhu ...

Masih cerita tentang Sahabat ...

Hari Ahad lepas (1 Mac 2008), Ayue sms aku.

“Hari ni Budiey masuk KOSMO, 2 full pages citer pasal blog dia. Ko bila lagi?”

Terus kucapai tabloid itu dan mencari-cari berita tersebut. Ya, memang benar, Budiey menjadi topik di akhbar tersebut. Dahsyatnya.


Aku kenal Budiey semasa di universiti. Dia rakan sekuliah – tapi berbeza major. Tak sangka, hari ini Budiey menceburi bidang yang sangat-teramat kontras (perhatikan kata penguat yang aku guna!) daripada kursus yang dipelajari di universiti.

Walau bagaimanapun, kami tidak terkejut kerana Budiey sememangnya seorang yang berkarektor. Dia seorang yang lone ranger, tapi mudah membuat kawan. Aku suka saja berbual dengan dia -- walaupun tak adalah sampai ke peringkat borak tak ingat dunia.

Semasa di tahun-tahun akhir pengajian, Budiey semakin berubah. Antara komen kawan-kawan:

“Kau tengok tak, Budiey dah pakai foundation?”

“Eh, Budiey pakai turtle neck tee … heee!”


Dan pelbagai lagilah komentar selari yang diberikan kepada Budiey hasil daripada pemerhatian mereka yang sangat jitu dan kompleks. (Aku pun tumpang sekaki juga buat observation tersebut dan terlibat secara langsung dalam memberikan komen-komen yang sepatutnya.)

Habis degree, masing-masing membawa haluan sendiri, dan Budiey kami dapat tahu bekerja di ASTRO (tak tahulah daripada mana kami dapat info tersebut. Tapi, tahu je lah … innate talent .. hehehe).

Cerita Budiey terhenti seketika sehinggalah satu hari Lina forwardkan gambar ini …


Pergh, Budiey sekarang sudah berpapasan dengan golongan rich and famous? Macam tak caya saja. Maka, dengan semangat berkobar-kobar nak meraikan kejayaan seorang teman, aku pun google pasal Budiey dan tadaaaa … sensasi selebriti yang keluar! Memang tidak syak lagi, dialah Budiey yang telah lama kukenali.

Kami jadi excited bila mendapat tahu cerita ini. Dan kami meraikan cerita ini dengan senyuman sahaja. Kami rasa Budiey pun akan tersenyum manis melihat senyuman kami.

Oh Budiey! Semoga Budiey sentiasa berjaya dan bahagia dalam hidupnya!

Kami: Sekadar tumpang bahagia dengan kejayaan seorang sahabat. Er, Budiey, kenal lagi ke kami ni?

Cayalah!

Mengenang kepergian seorang sahabat


A L - F A T I H A H

AIDA MAT NOR
(25 September 1976 - 4 Mac 2006)

Dengan nama Allah
Ingin ku sampaikan salam rinduku
Buat mu di dimensi berbeza
Sambutlah sekiranya ia sampai
Tanda rindu telah terlerai
Walau terpisah jauh.

© Fisha – March 4, 2008 - Dungun

Sunday, March 2, 2008

Kata anda ...?

P/s: Aku mulakan entri bulan Mac dengan sebuah emel yang dikirimkan oleh seorang teman. Seprti biasa ... penulisnya adalah anonymous. Kasihan bukan? Idea yang menarik, terlepas peluang kita nak berkenalan dengan penulisnya!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar :
Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu :
Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je
ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar :
Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu :
Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar :
Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu :
Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar :
Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu :
Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.

Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Pendapat anda?