Friday, March 14, 2008

Cerita Baik daripada PRU12 - Kesetiaan kepada Raja


Antara perkara terbaik yang terjadi dalam PRU 12 adalah: Baru aku faham apa Raja / Sultan Melayu punya kuasa.

Sebelum ini aku diajar dan mengajar bahawa Raja / Sultan adalah golongan yang memang berbeza dengan kita.

Kita makan, depa santap.

Kita tidur, depa beradu.

Kita mimpi, err ... depa dream? Sama la, mimpi gak, cuma lain la apa yang kita semua mimpi, kan?

Tapi, setelah berlalu hari pilih dan raya:


Sultan Perak tak kisah langsung siapa yang menang, dia tetap lantik wakil PAS.

Menggelegak DAP .. tapi beta apa peduli?
Siap nak boikot majlis angkat sumpah
Tapi itulah tulah
Akhirnya jadi hamba menjunjung perintah ... hua hua hua!


Pak Lah bagi watikah, Abang Dan jadi MB. Syed Sira tak setuju, terus lantik Mat Isa Sabu.


Mengamuk Abang Dan seantero Perlis
Siapa yang sokong Dr. Isa, depa memang tragis
Pak Lah punya watikah bukannya magis
Abang Dan bukan Raja Perlis .... isk .. isk .. isk ...


Kata Idris Jusoh, siapa pun dilantik, saya tak kisah.


Bunyi katanya seperti tulus dan bersih
Dalam hati bagai dihiris
Tapi apakan daya, istana penentu kata
Titah Baginda: Deris, mu beta tok suke, gi mung dok sane!

Tengok, sikit punya power ke Raja / Sultan kita ... Cayalah.

P/s: Baru kini aku sedar betapa besarnya doa rakyat dalam lagu negeri Perlis:
Kekal perintah Jamalullail ... Hail the King. Yezza!

3 comments:

Anonymous said...

mcm2 senario sekarang ni dan macam2 view daripada pelbagai lapisan...ada yang ok ada yang pening juga bila dengar...apapun kepada sesiapa yang memerintah, sekarang bukan masa nak bangkang2 lagi dah tapi prove lah apa yang awak bangkang dulu.... semoga negara kita jadi tambah aman makmur...tak maulah lagi bercelaru dek kerajaan campuran...buat apa nak bangga dapat jadi pemimpin kalau dulu tahu komplen sekarang tahu cakap aje....5 tahun tu...taknaklah jadi rakyat jelata yang makin terseksa....

yusofsipan said...

apa2 yang berlaku, semua ada hikmah di sebaliknya. banyak pengetahuan dan pengajaran yang boleh kita ambil. jika kita menjadi hamba Allah yang baik maka akan Allah zahirkan pemimpin yg baik utk kita.

Anonymous said...

Tp dalam konteks negara Malaysia ni, masyarakat yg mudah lupa begini, mungkin tak banyak yang akan berubah.
Nak tagih janji pembangkang pun, sekadar boleh tagih sajalah, sebab x nmpk lagi apa arah tuju mereka selain daripada need for power.

Hopefully this protest vote will prove something. Dan selebihnya, wallahua'alam ...