Pagi ini aku bersarapan dengan besfren aku, Pn. FT dan Kak SitiM. Sementara menunggu Kak SitiM yang riuh berkemas nak balik kampung untuk mengundi (gaya kemas barang macam lah nak balik selamanya), Pn. FT menceritakan kekesalannya dengan seorang rakan sekerja lelaki yang padanya bergurau tak kena tempat.
Katanya, kalau sekali dua bahan gurauan itu diucapkan, ia mungkin boleh diterima sebagai gurauan, tapi kalau berulang kali disebut, ia bukan lagi menjadi sesuatu yang lucu. Lagipun, benda yang diguraukan itu bukanlah sesuatu yang dia berhak katakan.
Gurauan yang menyentuh fizikal sebenarnya lebih kepada personal attack walaupun ia berbentuk satu gurauan. Tidak semestinya bila sesekali orang menerima gurauan tersebut, perkara yang sama boleh diulang berkali-kali. Umpama apabila menjamah makanan dengan lauk yang sama berhari-hari, boleh naik angin juga.

Dalam bergurau, aku ada 2 kepantangan:
- Jangan bergurau mengenai rupa fizikal seseorang – kalau fizikal 3rd party, boleh juga, tapi itu dah jadi mengumpat. Berdosa sia-sia saja.
- Jangan bergurau pasal tabiat makan dan benda yang dimakan oleh seseorang
Kedua-dua benda itu bukanlah perkara yang elok untuk digurau atau dibualkan.
Setiap sesuatu yang kita lakukan, ada batasannya tertentu. Langkah saja batasan tersebut, banyaklah yang buruk berlaku.
Kadang-kadang aku rasa amazing dengan manusia yang tak pandai nak bersensitif dengan perasaan orang … tak terlintaskah di benak mereka apa yang akan orang rasa?
Biarlah kita menjadi orang yang berterus-terang, tapi tengok dulu dengan siapa kita nak bersifat begitu.
Manusia ini Allah jadikan pelbagai. Tujuannya untuk berkenal-kenalan dan bersosial. Janganlah jadikan diri kita ni sial pula dengan gurauan bodoh dan tidak sensitif.
Untuk Pn. FT, aku rasa kagum kerana dia berjaya membalas gurauan tersebut dengan jayanya sehingga rakan sekerja itu terkulat-kulat sendiri.
Hmmmm …
2 comments:
betul tu...kadang2 ada org yg terlebih gurau...kalau dpt org yg sbr aje tak melawan oklah kalau dak siapla...apapun, dlm bergurau kena ada hadlah, dan kena tahu dengan siapa kita bergurau...barulah takde dendam...manalah tahu sekarang org mcm2....
Kira okay ler kalau sesuatu gurauan itu berpada dan bertempat. Gurauan yang melampau hanya akan menggambarkan tidak matang dan tidak warasnya pemikiran seseorang itu. Ditambah pula dengan banyak ketawa, hati menjadi keras dan mati.
Post a Comment