Ini adalah kuih-muih habuan orang yang datang rewang pagi kenduri. Yang dalam tray besar tu adalah kuih apam yang dimasak di dalam daun pisang. Aku pun first time tengok apam jenis ini. Kuih ini ihsan Cik Mo and Co.
Dalam plastik biru itu adalah chakoi atau panggilan setempat: Pak tengko. Di sebelah kiri, di dalam mangkuk itu adalah kuah pencecah nya. Kuah kacang. Slrupp! Sedap woo .. ihsan anak ketiga tuan rumah AKA pengantin. Sumber menyatakan ia dibeli di satu kawasan bernama Titi Chai. Chayok!
Dalam plastik biru itu adalah chakoi atau panggilan setempat: Pak tengko. Di sebelah kiri, di dalam mangkuk itu adalah kuah pencecah nya. Kuah kacang. Slrupp! Sedap woo .. ihsan anak ketiga tuan rumah AKA pengantin. Sumber menyatakan ia dibeli di satu kawasan bernama Titi Chai. Chayok!
Ini adalah ikan kembung AKA ikan temenung sebanyak 5o kilos yang akan di'lengat' untuk dihidangkan kepada tetamu. Lawan dia, sambal belacan. Sedap gila. Orang kata la... Tapi aku tak berapa minat ikan-ikan ni walaupun orang kata ikan kat Perlis sedap dan lemak.
Kat mana manis dan lemaknya? Don't ask me ...
Kat mana manis dan lemaknya? Don't ask me ...
Ini adalah 170 ekor ayam yang telah siap digoreng untuk dibuat masak merah. Standard la, kenduri, ayam masak merah. Tak de masakan ni tak meriah la. Aku sempat rasa sikit je. Nak makan lagi, dah hampir habis dikebas. Malang sungguh!
Ayam-ayam ini, akulah yang angkat dan masukkan dalam kuah dengan penuh gaya keanggunan. Patut lah sedap orang makan, kan?
Ini, bubur kacang hijau. Warga-warga emas yang berada di situ sangat mengagumi rasa bubur ini. But, I just don't share the same sentiment. Bagi aku, rasa dia funny and weird. Ada rasa asap, rasa santan. Ish, tak minat la.
Wa aku kata, "sedap gila ..."
Entahla, sukar nak percaya walaupun dah rasa!
Inilah kari daging import dan rebung yang menjadi talk of the day. Semua pun asyik "huii, huii ..." "Sedapnya!"
Aku langsung tak rasa sebab aku tak suka. Tak nyesal pun.
Kenduri aku esok, aku akan ban resepi ni.
Ini adalah wajik daripada 10 kilo tepung dan santan daripada entah berapa biji kelapa. Hari kedua usia wajik ni, dia menjadi sangat keras.
Hari aku nak balik ke tempat aku, dia menjadi lagi keras.
Solution:
Wa telah meleburkan balik, tambah lagi santan, tambah lagi gula. Memang dia cair kejap. Lepas tu dia mengeras semula.
Apa hal kau ni wajik? Sampai sekarang wajik ni masih tersisa di atas meja makan di rumah aku. Tak kuasa la nak makannya.
Itu adalah tangan seorang aku yang tengah memotong kuih untuk orang buat rewang. Banyak gila benda nak dipotong. Tak pe, kenduri bukan selalu. No hal la tu.
Clockwise:
Wajik (sebelum ia mengeras), keropok lekor (ihsan daripada ehem ... AKU), apam gula merah, nasi lemak (aku punya), apam putih dan kuih-kuih kering.
Semua pun dapat rasa sikit-sikit saja. Masa ni, semua kuih itu sungguh sedap rasanya. Kenapa yek?
Ini, berian pihak perempuan kepada pihak lelaki. Sekali tengok macam kek. Betullah kot? Aku tak tengok rupa yang sebenarnya.
Aku masukkan kat sini sebab dia nampak cantik.
Inilah sebahagian yang terjadi di rumah itu seminggu yang lalu. Ia mungkin akan sama untuk masa mendatang. Tapi yang pasti, aku tidak mahu semua itu berlaku bila tiba masa ku nanti (cheh!).
Tapi, bila dikenangkan, menyesal pulak tak belasah habis-habisan semua ini pada hari yang sepatutnya. Nak kenang pun tak guna ... mujur ada gambar ... buat sedapkan hati yang lara.
Syoknya kawen .. hehehe!
3 comments:
Tahniah! coretan yang sangat baik. Kalau anak yg ketiga kawen dulu, maknanya langkah bendul kan? Yang kedua dan pertama tu dapat hadiah tak?
Terima kasih.
apa yang sangat baik tu? ya lah, hanya yang membaca yang dapat berkata begitu sebab, bagi yang menulis, dia tulis ikut suka dia saja ..
Saya mintak hadiah spot rim 13" sama dgn leather seat but my bro kata rumah sekarang tak de bendul ... so, the langkah bendul is obselete practice. Sebagai balasan, saya tak bagi apapun hadiah kat dia. Padan muka dia, selamat duit saya!
antara sebab sangat baik tu ialah coretan tsb agak detail dan disokong dgn gambar2 yg berkaitan....
cian jugak u tak dapat apa2 ye.... tapi kalau kita turut rasa gembira kerana kegembiraan yg dikecapi oleh orang lain, kira ok jugak kan?
Post a Comment