Tuesday, March 4, 2008

Masih cerita tentang Sahabat ...

Hari Ahad lepas (1 Mac 2008), Ayue sms aku.

“Hari ni Budiey masuk KOSMO, 2 full pages citer pasal blog dia. Ko bila lagi?”

Terus kucapai tabloid itu dan mencari-cari berita tersebut. Ya, memang benar, Budiey menjadi topik di akhbar tersebut. Dahsyatnya.


Aku kenal Budiey semasa di universiti. Dia rakan sekuliah – tapi berbeza major. Tak sangka, hari ini Budiey menceburi bidang yang sangat-teramat kontras (perhatikan kata penguat yang aku guna!) daripada kursus yang dipelajari di universiti.

Walau bagaimanapun, kami tidak terkejut kerana Budiey sememangnya seorang yang berkarektor. Dia seorang yang lone ranger, tapi mudah membuat kawan. Aku suka saja berbual dengan dia -- walaupun tak adalah sampai ke peringkat borak tak ingat dunia.

Semasa di tahun-tahun akhir pengajian, Budiey semakin berubah. Antara komen kawan-kawan:

“Kau tengok tak, Budiey dah pakai foundation?”

“Eh, Budiey pakai turtle neck tee … heee!”


Dan pelbagai lagilah komentar selari yang diberikan kepada Budiey hasil daripada pemerhatian mereka yang sangat jitu dan kompleks. (Aku pun tumpang sekaki juga buat observation tersebut dan terlibat secara langsung dalam memberikan komen-komen yang sepatutnya.)

Habis degree, masing-masing membawa haluan sendiri, dan Budiey kami dapat tahu bekerja di ASTRO (tak tahulah daripada mana kami dapat info tersebut. Tapi, tahu je lah … innate talent .. hehehe).

Cerita Budiey terhenti seketika sehinggalah satu hari Lina forwardkan gambar ini …


Pergh, Budiey sekarang sudah berpapasan dengan golongan rich and famous? Macam tak caya saja. Maka, dengan semangat berkobar-kobar nak meraikan kejayaan seorang teman, aku pun google pasal Budiey dan tadaaaa … sensasi selebriti yang keluar! Memang tidak syak lagi, dialah Budiey yang telah lama kukenali.

Kami jadi excited bila mendapat tahu cerita ini. Dan kami meraikan cerita ini dengan senyuman sahaja. Kami rasa Budiey pun akan tersenyum manis melihat senyuman kami.

Oh Budiey! Semoga Budiey sentiasa berjaya dan bahagia dalam hidupnya!

Kami: Sekadar tumpang bahagia dengan kejayaan seorang sahabat. Er, Budiey, kenal lagi ke kami ni?

Cayalah!

1 comment:

Anonymous said...

o yeke...budak ni memang ramai yg perasan kot ada bakat menulis dan lone ranger...apapun majulah penulisan untuk kepuasan semua...selamat maju jaya kat kengkawan semua dalam apa jua bidang yang diceburi I Allah