Saturday, May 31, 2008

Mimpi Mengarut di Hari Jumaat

Semalam hari Jumaat. Semalam aku tak kerja. Semalam, aktiviti aku:

  1. Bangun pagi
  2. Pergi breakfast
  3. Tengok TV
  4. Baca buku
  5. Tidur
  6. Bangun – sambung tengok TV
  7. Makan megi
  8. Tidur lagi
  9. Bangun – sambung baca buku
  10. Ngantuk lagi – tidur kejap
  11. Bangun – mandi dan tengok TV
  12. Citer TV tak best – Tidur sampai pagi … huhu!
Kemudian, di saat aku melakukan kerja no. 12 tu, aku mimpi aku balik kampung. Pastu ada orang masuk meminang. Nama dia Lukman. Kerja kapal. Tapi, tak sempat aku tengok muka dia, aku terjaga la pulak! Sungguh cis rasanya.

Kemudian aku terfikir:
  • Kenapa nama dia Lukman? Memang aku ada kenal orang nama Lukman ni … tapi mustahil dia!
  • Kenapa kerja kapal? Lukman yang aku kenal tu, tak sempat bot nak lepas gigi air pun, muntah hijau dah
  • Kenapa aku tak dapat tengok muka dia?
  • Kenapa aku kena mimpi tunang dengan dia?
Kenapaaaaaaaaaaaa???? Apa petanda tu? Adakah kerana aku keterlaluan tidur? Adakah kerana setan itu rasa aku perlu dihiburkan dengan fantasi mengarut begini? Kenapaaaaaa?

Aku masih sayang hidup bujang-bujangan ini!

Aku rasa tindakan aku betul, Anda rasa?

** Catatan 22 Mac, 2008

Check pigeon hole. Ada envelop warna lilac. Tapi, isinya tidaklah seindah lilac itu .. Buka saja, buntang mata kecilku melihat arahan:

"Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan diwajibkan ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut: ...."


Setiap kali dapat surat macam ni, aku pasti akan membebel sebanyak 12345654 kali sebelum aku menghadirinya. Tak kiralah sebanyak mana pun bebelan, pergi tetap pergi. Aku ni bukan berani sangat nak melanggar undang-undang even laws are meant to be broken. Sikit-sikit tu ok la. Periuk nasi mau jaga juga.

Nampaknya kena cancel lagi lah kelas aku. Bila dikenang-kenang, semester ni aku paling banyak cancel kelas. Hairan sungguh. Dan, lagi menambah keharuan, aku masih juga tiada masalah untuk menghabiskan semua silibus.

Sebabnya?
Bila berhadapan dengan student yang malas membaca, yang lebih suka menganga daripada nak berfikir seperti orang yang sedar dia ada otak, dan subjek yang anda ajar lebih banyak deals dengan teori dari praktikalnya, bonus for me to do all discounting yet on the right schedule. Work smart people!

Budak-budak ni mesti gembira tahap biawak iguana bila tahu kelas cancel. Dasar!

Sambung cerita benda kat atas tu.

Program sepatutnya start pukul 8.30 pagi. Tapi, disebabkan aku ini hamba yang menurut perintah, 8.15 dah sampai, breakfast pun tak sempat. Bukan nak tunjuk baik, tapi nak spot tempat duduk yang memungkinkan aku melakukan kerja-kerja terkutuk seperti mengutuk penceramah, membaca majalah, berborak atau tidur.Dan, aku berjaya secure tempat duduk 2nd row from the back. Heaven.

8.45am - penceramah terkial-kial nak mencari file di pendrive dia.

8.50am - pengarah kampus jadi pengawas, datang sampai ke belakang dewan periksa kedatangan. Tampak riak kecewa di wajahnya. Aku tak pasti kecewanya untuk apa.

9.05am - Pengarah berucap. Aku mulakan pelayaran.

9.27am - tukar pengucap. Dr ... ntah lupa. Pelayaran diteruskan. Perut aku berbunyi ria.

10.16am - "Tuan-tuan, puan-puan dijemput untuk sedikit jamuan."
Terus terjaga dan hooray. Aku antara yang terawal sampai. Menu -- mihun goreng + Nescafe. Yummy.

Masuk dewan, bermula lagi sesi yang membosankan. FGRS, e-Science, grant, internal and external ... what the h***!

The rest .. sama la juganya seperti scene 1 tadi.

Dan, kemudiannya, aku telah keluar dewan sebelum acara berakhir. Boring tahap semerah padi!

Kesimpulan:
Sekiranya kamu bosan, kamu carilah keriangan dalam kebosanan tadi. Kalau kamu tidak ketemuinya, keluarlah kamu dari kebosanan itu. Yang kau bodoh dok bertahan di situ kenapa?

4.45pm - 8.00pm -- aku separa koma di atas katil di rumah aku.

End of the day!

Kuliah lagi ... "Dah tak de orang lain ke?"

Hari itu aku ke pejabat rakan sekerja untuk memulangkan kertas jawapan pelajar yang telah disemak markahnya. Buka sahaja pintu biliknya, kedengaran suaranya sedikit meninggi. Rupanya sedang bercakap di telefon. Aku terus masuk dan duduk di kerusi tamunya dan mendengarkan sahaja perbualan tersebut.

Tidak lama kemudian, dia menghabiskan perbualan dengan sedikit menghempas gagang telefon. Aku memerhatikan sahaja. Kemudian, dengan penuh perasaan tidak puas hati dia menerangkan bahawa wakil pihak atasan telah meminta beliau untuk menyediakan ucapan untuk satu majlis istimewa tidak berapa lama lagi.

Sebenarnya, bukan dia tidak mahu membuat ucapan tersebut, tetapi disebabkan oleh kerja-kerja yang berkaitan dengan penyediaan markah peperiksaan akhir membuatkan dia berasa sedikit tertekan. Bukannya tida orang lain untuk disuruh.

Ini sebenarnya adalah senario biasa di tempat kerjaku ini. Dan aku agak, kebanyakan tempat juga begini.Bila seseorang itu sering mengendalikan sesuatu tugas dengan jayanya, pihak atasan selalu akan menyuruh orang yang sama melakukan untuk tugas-tugas mendatang sedangkan ramai lagi yang kiranya diberi peluang, dapat melakukannya juga.

Kita sebenarnya bangga apabila mendapat kepercayaan pihak atasan begini. Namun, apabila sudah selalu, kita akan jadi bosan dan sukar untuk mengikhlaskan diri. Pihak yang memilih pun patutnya sedar tentang bebanan tugas hakiki kita. Ini tidak, semuanya mahu dilambak ke atas pundak orang yang sama juga. Lagi memburukkan, bila sudah selalu sangat kita buat kerja tersebut, rakan-rakan lain pun mungkin naik meluat.

"Hisy, tak de muka lain ke? Asyik dia ni saja..."

"Ala, memang la dia, sebab dia baik dengan bos ..."

"Kau bukan tak tahu, dia kan suka menebeng muka, cari publisiti murahan..."


Aduh, bukan sedikit tuduhan liar begitu. Selalu yang menuduh itu, adalah mereka yang bila diberikan kerja, asyik menolak sahaja dengan seribu satu alasan. Akhirnya, kita-kita ini jugalah yang menjadi pak sanggup dan hamba yang menurut perintah. (Itu tidak menjadi masalah sekiranya bersesuaian dengan masa dan ketika).

Seharusnya, dalam hal agihan tugas, pihak atasan perlu adil dan saksama. Gunakanlah kuasa dengan sewajarnya untuk menyuruh orang bawahan melakukan tugasan. Tidaklah nanti asyik orang yang sama menanggung beban, tetapi masa untuk promosi naik pangkat, yang tidak pernah menyumbang apa-apa pulak yang diberi keutamaan.

Ramai yang masih mahu memberi tugas tanpa banyak soal, kerana memahami ikrar sumpah setia semasa mula menjawat jawatan. Namun, bila sesuatu perkara diletakkan pada bukan tempatnya, kezaliman akan berlaku, dan kita juga menggalakkan banyak kemungkaran. Nauzubillah.

Semoga, selepas ini, semua orang diberi peluang yang sama untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan buat mengikut pilihan dan keutamaan bos.

Aku mahu berkuliah subuh ...

Seingat aku dulu lah, bila watak “Sam” lakonan Imuda disiarkan dalam sitkom 2+1, ramai yang menyukai wataknya. Ya, watak nyah memang mengasyikkan untuk ditonton kerana mereka sememangnya aneh. Dan, bila sesuatu yang aneh berlaku, kita pun semakin galak untuk menonton.

Kemudian, hadir pula kumpulan lawak Senario – yang di awal kemunculan mereka banyak melakonkan watak-watak berpakaian wanita. Aku kira, itu antara penyebab rating siaran lawak mereka sangat tinggi. Kemudian, setelah beberapa ketika, kedengaran bahawa ada larangan daripada pihak berwajib supaya lelaki tidak boleh melakonkan watak perempuan di televisyen. Namun, bila menonton cerita-cerita di TV sekarang, bersepah-sepah cerita mak nyah dan lelaki berwatak perempuan. Kenapa ni? Ke mana pergi larangan itu semua?

Tengok drama Din dan Dina … aku rasa geli bila pelakon watak ‘Din’ memeluk Zaibo (dalam watak mak nyah bernama Kentang), konon-kononnya Din meluahkan perasaan sedihnya kepada Kentang. Kemudian, dalam drama Mak Andam Terlampau, Erry Putra menjadi lembut, dan Jumal pun sama. Hadoi, pening lah!

Memanglah itu realitinya sekarang. Namun, bila sering kali galak sangat kita menayangkan benda-benda begini, ia memberi isyarat, wabak (?) ini makin diterima ke dalam masyarakat. Menghantar mesej: “Ya, adalah sesuatu yang OK untuk anda berkelakuan demikian!”

Janganlah diberi alasan untuk mengajar masyarakat dengan menayangkan cerita0-cerita begini. Aku tidak menonton cerita untuk mendapatkan pengajaran … aku menonton untuk menenangkan minda. Kalau pengajaran itu aku dapati dalam minda separa sedarku, itu bonus bagi cerita itu. Tapi, untuk mengatakan cerita itu disiarkan untuk mengajar aku, that’s an insult to my intelligence!

Lagi satu, bila menonton Mak Andam Terlampau tu (aku tengok dalam 5 minit sahaja sebelum aku tukar siaran lain), ada watak pembantu mak si Erry Putra, lakonan Anne Hamid (tak pastilah nama dia) yang bercakap dalam suara sengau. Apa signifikan sengau di dalam cerita itu pun aku tak pasti. Tolonglah, lawak yang mempersendakan kecacatan orang dah tak buat lah!

Sistem nilai kita makin hodoh, dan ditambah dengan penilaian mereka yang bodoh, maka berterusanlah kita ini ikut bodoh sekali. Bila ditegur, kata kita ini alim, kolot dan tak ikut peredaran zaman. Bila tak tegur?

Bagaimana mahu mengharapkan sesuatu yang baik, kalau asal mula sudah memburuk?

Kalau orang kafir hina Islam, kita boleh boikot barangan mereka. Kalau orang Islam hina Islam? Aku tutup TV dan baca buku saja. At least, I did something.

Anda?

Wednesday, May 28, 2008

Mawi punya nama, Periuk juga yang terjual ...

Gambar dipinjam tanpa izin dari Ezza Erisa


Pepatah baru ... berdasarkan gambar di atas ... Tapi, masih ada relevancy nya dengan apa yang aku nak ceritakan ni ...

Di dalam organisasi, banyak sekali situasi yang begitu. Dan organisasi yang aku sertai juga tidak terkecuali.Kadang-kadang perkara ini terjadi secara kebetulan. Namun, yang banyaknya, ia terjadi secara sengaja.

Apa maksud yang sebenarnya?

Anda adalah seorang pekerja yang sangat tekun melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebarang imbuhan (hanya berharap diberikan penghargaan yang sepatutnya) kerana anda beranggapan ini adalah komitmen anda kepada organisasi anda. Apabila diberikan sesuatu tugasan, anda melakukan sehabis baik (walaupun ia bermakna anda harus mengorbankan masa lapang dan lain-lain lagi milik anda). Anda menghasilkan sesuatu yang sangat disenangi. Malangnya, di penghujungnya, kerja yang anda lakukan, dikreditkan kepada orang lain. Sakitnya hati dan perasaan ketika itu. Tambah menyakitkan, orang yang menerima kredit itu langsung tidak merasa malu untuk menerima penghargaan untuk perkara yang tidak dia lakukan.

Sepanjang aku bekerja di dalam organisasi sekarang, adalah 2-3 kali aku menghadapi situasi seperti ini. Walaupun sangat menyakitkan, aku masih boleh tersenyum dan menerima keadaan ini – mungkin aku dilahirkan dengan keupayaan untuk tidak menanggapi sesuatu dengan serius. Sebagai seorang Muslim, aku hanya berharap agar Allah membalas dengan sepatutnya terhadap apa yang aku kerjakan.

Darn Philosophy

People who do lots of work... make lots of mistakes
People who do less work... make less mistakes
People who do no work... make no mistakes
People who make no mistakes... gets promoted

That's why I spend most of my time sending e-mails and playing games at work

BECAUSE I need a promotion.

Tuesday, May 27, 2008

Falsampah


To all girls ...

It's normal when you're in 20s, you'll look very MENGANCAM

When you're at 30s, you begin to behave BERMACAM-MACAM

When you turn 40s - 50s, you'll feel TERANCAM

and sadly ...

When you reach above 60s, orang langsung tak boleh CAM!


P/s: How do you feel right now?

Sunday, May 25, 2008

Sebuah Ucapan yang tidak berbalas

Semalam hari ulang tahun kelahiran seorang sahabat.

Aku teringat bila aku switch mode handphone aku masa nak tidur dan waktu tu menunjukkan beberapa minit lagi expiry time birthday dia - dan aku pun segera menghantar message birthday kepada dia.

Tahun lepas, dia balas balik.

Tahun sebelum tu, dia kata dia gembira sebab aku masih ingat birthday dia.

Tahun-tahun sebelum tu pun, dia suka bila aku wish dia.

Tapi, tahun ini, dia tak kata apa-apa. Reply cakap 'terima kasih' pun tidak.

Tahun lepas, anak dia dua.

Tahun sebelum tu, anak dia masih dalam kandungan.

Tahun-tahun sebelum tu, dia baru menjadi isteri orang.

Aku sampai pada satu kesimpulan - makin lama usia perkahwinan seseorang, makin persahabatan pudar. Bila ada suami dibuat teman tidur, sahabat tidak berguna lagi.

Mungkin ucapan seorang sahabat lama sudah tidak memberi makna ...

Saturday, May 24, 2008

"Apa, kau yang masak? Biar Betul?!"

** Entri ini dipindahkan daripada blog yang dah di delete - bertarikh Nov. 10, 2007.
** Semua gambar + input entri bersumber kepada mereka yang diceritakan di dalam entri ini. Thanks guys!


Event: Ayue's housewarming party AKA Makan Raya
Place : Bukit Antarabangsa (Ayue's new house) -- near by Datuk K and Datuk Siti's house
Date : November 8, 2007 (Thursday)

Countdown note from Sue - Nov 7, 2007 (unedited)
-lina called ckp ayue dok pulun nak exam dan settlekan assignment
-called ayue, ayue ckp dia dok pk nak masak apa utk housewarming, [pulak, ingat sibuk pasal assignment rupanya seibuk nak masak apa hahahah standarddd]
-bila nak buat ayue, esok atau disember tapi tak sabar nak masak...wah yeke, apa ko nak masak ni???
-adalaa...ambil contoh ko masak hari tu [masa buat makan2 for hari raya dua minggu lepas-penat weeiii..sampai sakit2 tulang belakang]... oraittt...aku tunggu
-ayue called, aku confirm, datang pukul 1 pm, lunch, nak fax map ke rumah ni...oraittt c u tmr
-su, datang sekali noo, kita test masakan ayue...orait linaa


(L-R): Sue, Lina and Ayue
posing ala-ala anak dara di dapur Ayue



Here's come the day ...

SCENE 1

(L-R) Sue, Farida Balqish (Aqish) and Ayue



Ini adalah catatan perbualan antara suspek dalam kes ini:

Suspek 1 : Sue
Suspek 2 : Ayue

Ayue:
Su, aku ada try buat puding ni, meh tengok...

(Sue masuk ke dapur Ayue. Kelihatan di atas meja makan tersedia lauk pauk)

Menu:
Telur masak sweet sour
Ayam masak sambal pedas
Sayur campur
Doughnut
Keropok
Air ribena



SCENE 2

Sue:
Weii, puding apa ko buat??

Ayue:
Aku masukkan pic

Sue:
(Dengan penuh kekaguman) ... Cantiknyaa ... meh aku potong buat bunga sikit. Alamak! Tak jadi ni sebab rosak buah pic. Sayang .. sayang! Meh rasa. Wah, sedap Ayue ... kelassss. (Penuh kekaguman lagi ... hmm!). Dah tererr la ni buat aggar2 nooo ...

catatan sue:
dgr nya husband ayue suka makan jelly tu yg ayue gemar praktise mcm2 jenis jelly tu... citernya ... dipendekkan cerita, balik dlm pkl 4...tp puas hati...makan ayam sambal ayue dkt 3 ketul...sedap, dah lama tak dapat makan pedas koww... apapun, tahniah kat ayue...dressing meja tak tahan dengan alas meja siap ada apa tu nama alas2 pinggan ntah apa2 nama...kelesss....


catatan penulis blog:
Agak musykil jugak dengan catatan di atas, tambahan kedua-dua suspek inter-related to each other. Adakah mereka berpakat untuk mengaburi hati, mata dan perasaan si penulis blog? Tambahan, tiada bukti-bukti bergambar yang menggambarkan keadaan situasi yang diterangkan di atas.

Verdict: Kekaguman hanya akan diberikan apabila si penulis pergi melawat crime scene.

The culprits!
Note: Boleh caya ke dua orang ni? Mischievous jer ...



The accomplice!


Nota: Beberapa pengakuan daripada saksi telah direkodkan. Antaranya Mr. Aziz yang mendakwa beliau hanya bertindak sebagai "personal shopper" kepada suspek 2.






LAST SCENE
Mission accomplished!


The suspects hold a child hostage to claim their demand



KESIMPULAN KES
Setelah diamat-amati, penulis mendapati ada sedikit keraguan yang munasabah terhadap kes ini dan penulis telah memutuskan bahawa segala rekod di dalam kes ini akan diperiksa semula untuk mempastikan kesahihannya. Dengan yang demikian, penulis memerintahkan ketiga-tiga tertuduh untuk memberikan pengakuan bersumpah di hadapan penulis dengan bukti-bukti bergambar yang lain 14 hari daripada pertuduhan ini direkodkan.

Sekiranya tertuduh gagal mengemukan permintaan ini, semua tertuduh bakal didakwa di bawah Seksyen 1709 (77A) Kanun Kawan-Kawan, yang membawa hukuman belanja penulis sepanjang hayatnya ... hahahahaah ...



P/s: Puan DPP mana? Korang tak ajak sekali ke?

Thursday, May 22, 2008

Peramah? puh-leez!

Aku memang tak peramah. Kak SitiM dah remarked aku ni sombong. Dan aku boleh hidup dengan sikap yang begitu.

Aku tidak memusuhi orang yang peramah. Malah, aku suka orang peramah. Boleh dikatakan semua sahabat handaiku peramah belaka. Namun, aku jadi sangat huru-hara bila berhadapan dengan mereka yang tersangat peramah walaupun aku tak pernah kenal siapa mereka!

Di tempat kerjaku ini ada seorang rakan sekerja yang bersifat sedemikian. Kalau boleh semua orang dia nak tegur demi keramahannya. I’ve no problem with that. Tapi, yang menjadi masalah, bila dia nak buat benda yang sama pada aku yang bersifat reserved dan aloof ni, ia adalah sesuatu yang amat menjengkel dan sesuatu yang tak boleh diterima akalku yang waras ini. Please find someone else, not me!

Aku harap ada orang akan bagitau diri dia supaya mengurangkan sikit keramahannya. Bukan aku. Kerana aku tidak peramah. Hehehe.

Boleh gitu?

Wednesday, May 21, 2008

Bertemu Kembali

** Entri ini dipindahkan daripada my deleted blog

Criminalize War Seminar 2007
PWTC - February 7, 2007




Ini merupakan reunion aku dengan seorang kawan dari UIA-KUSZA - Sharina, selepas beberapa tahun kami tamat belajar di UIA. Wan Zaleha tu tempel saja .. kekekekee!!

Sharina tak banyak berubah ... macam tu jugak la macam mana waktu aku kenal dia kat UIA. Tapi, bila sesekali berjumpa macam ni, banyak la perspektif dan pendapat baru yang aku kongsi dan sembunyikan dari dia. Aku agak dia pun macam tu jugak.

Sharina - Close up


Dia dah kawin dengan kawan sekuliah, Mushai - anak sepasang - Syika dan Iddin. Khabarnya Mushai practise law dan Sha bekerja dengan SUHAKAM.

Semoga terus berbahagia..

P/s: Kawan-kawan ... jangan makan hati no tengok gambar ni ....

Memori Abang Judge

** This entry is especially dedicated for NORAFIZA ABU HANIFAH

Picture credit: Syidi Abdrahmaan


Tadi, waktu browse nak cari sesuatu, aku telah bertemu gambar tu ...

Serta-merta ingatanku terlayang kepada temanku Norafiza AKA Nora. Tak dapat kulupakan tentang kegilaannya kepada Dr. Hakim tu (dulu En. Hakim ... or fondly known among us by Bro. Hakim).

Aku tak ingat macam mana Nora boleh gila-gila minat dengan Bro. Hakim, tetapi setiap kali berpapasan di kampus, dan kebetulan Bro. Hakim menghadiahinya senyuman, dia separuh pengsan gembira. Kala mendapat tahu Bro. Hakim sudah beristeri dan mempunyai 2 anak, dia sedikit kecewa, namun itu semua tidak menghentikan dia daripada meminati Bro. Hakim.

Bro. Hakim senyumannya manis.

Bro. Hakim cute sangat ... arghh!

Bro. Hakim tu bikin aku dug dug dug ...

It's all about him and him...

Dia malah kadang-kadang memanggil Bro. Hakim dengan panggilan Abang Judge (duh!).

Aku rasa aku masih simpan coretan Nora tentang Abang Judge ni. Nanti aku cari balik.

Sementara itu, untuk Nora ... ENJOY!

Berkawanlah selagi terasa Ia bererti ...


Bersahabat seperti kanak-kanak bersahabat, jangan bersahabat seperti keanak-anakan.

Pernyataan yang lebih kurang serupa, tapi tidak sama langsung daripada maknanya. Bersahabat seperti kanak-kanak bersahabat bermaksud, lihatlah pada kemurnian kanak-kanak bersahabat. Hari ini bergaduh, lima minit kemudian baik semula. Bersahabat seperti keanak-anakan ialah bersahabat dengan penuh perangai yang tidak sepatutnya. Keanak-anakan memang comel kalau kena pada tempatnya, tapi kalau terlalu keanak-anakan, mengjengkelkan.

Bagaimana bersahabat seperti keanak-anakan?

A, B dan C bersahabat baik. Satu hari, A dan B bergaduh. Disebabkan C lebih akrab dengan A, C turut tidak bertegur sapa dengan B, padahal dia dan B tidak pernah bergaduh. Bukankah keanak-anakan bunyinya? Aku pasti ramai yang mengalami situasi yang sebegitu. Aku juga malah. Sekiranya aku adalah B dalam kes ini, aku tidak marah dengan A, tetapi akan lebih kecewa dan marah dengan C. Atas dasar apa dia memusuhi aku? Hanya kerana dia baik dengan A, dan bila A bergaduh dengan aku, dia menyebelahi A dan turut memusuhi aku?

Pada aku, kawan yang begini adalah yang membawa rebah. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu. Opps, ini bukan cerita aku …! Apabila bersahabat, aku paling takut untuk digelarkan sahabat yang paling baik kerana aku pasti aku tidak akan dapat berbuat begitu. Aku lebih senang menjadi kawan yang sentiasa boleh diharapkan kerana apabila kita menjadi sahabat yang paling baik, kita perlu sentiasa menjadi tempat pergantungan dan aku tahu aku tidak boleh menjadi sebegitu.

Aku adalah seorang yang mempunyai dua personaliti – introvert dan ekstrovert. Dalam banyak hal, aku lebih introvert. Anehnya, orang sekeliling sentiasa menegaskan yang aku adalah ekstrovert berdasarkan cara aku berhadapan dengan mereka. Mungkin mereka betul. Tapi, bukankah aku lebih tahu di mana letak duduknya kelakuan aku? Menjadi introvert bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana kita akan sentiasa rasa kita sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kita. Menjadi introvert sebenarnya membuatkan aku sentiasa serba salah kerana apa juga yang berlaku di sekitar aku akan aku kaitkan dengan diri aku. Contohnya, sekira sesuatu yang buruk berlaku dalam perhubungan, aku mempunyai kecenderungan untuk menyalahkan diri aku walaupun sebenarnya aku tahu aku tidak.

Oleh yang demikian, aku selalu stress. Walaubagaimanapun, aku amat bersyukur kerana aku dianugerahkan sikap boleh tidak mengambil serius tentang sesuatu perkara. Maksudnya, sekiranya aku bersalah, aku menerima kesalahan itu seadanya dan tidaklah terlalu stress sehingga tidak lalu makan atau tidur.Kenapa aku bercakap hal ini?

Hmmm … kesimpulannya, bersahabatlah sebagaimana yang anda mahu dan terimalah rakan anda seadanya.

Tuesday, May 20, 2008

Falsafah Persahabatan

Seorang teman telah mengirimkan teks berbunyi:
“Teman 2 bkn cm skateboard. Blm main, gilap. Dh main, pijak. Teman 2 bkn cm bola sepak. Blm dpt, kejar. Dah dpt, tendang. Teman 2 bkn cam bulu tgks. Blm main, pgang. Dh main, pukul. Teman ibrt ragbi. Blm dpt, rebut. Dh dpt lindung. Teman ibrt jari. Lukanya smbh sndri, hilgnya tiada gnti..”

Hmm … falsafah tu. Aku suka ayat-ayat tersebut.




Seharusnya begitulah sebuah persahabatan itu – perlu kekuatan untuk mendapatkannya dan perlukan keazaman untuk mempertahankannya. Aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang aku bersahabat, jarang aku mendapat sahabat yang curang dan menikam belakang. Bukannya tiada langsung, tapi, yang terbaik lebih banyak daripada yang memeningkan.

Pada aku, persahabatan tidak semestinya akrab yang terlalu, tetapi cukup bila sahabat itu rasa kita sentiasa ada untuk dirinya tidak kira masa. Oleh yang demikian, sekiranya aku harus memilih untuk menjadi akrab atau boleh diharap, aku memilih untuk menjadi yang boleh diharap. Akrab akan menyebabkan kadang-kadang akan ada rasa terpaksa melakukan sesuatu. Tapi, sekiranya boleh diharap, kita bebas menentukan apa yang mahu kita lakukan.

Anda, bagaimana?

Monday, May 19, 2008

Tu dia .. kena dah!

Mutakhir di utusanoline:
Tun Mahathir keluar UMNO
19/05/2008 2:02pm

ALOR STAR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin. Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan


International Conference “Expose War Crime – Criminalise War” - PWTC, 7.2.07
Di sinilah aku dapat salam Tun. Lembut betul tangan dia ... heh!

Wah .. satu kegemparan!

Kenapa agaknya Tun bertindak demikian? Haru, haru!

Teringat ada satu kain rentang di kawasan berdekatan dengan Marang - Tun Mahathir: Orang tua yang nakal ... apa agak maksud tersiratnya, kan?

Semoga tindakan Tun akan mengubah kepincangan yang sedia ada. Aku sokong Tun! Viva Tun!

My Masterpiece


Hari tu Ayue ada mentioned something pasal bunga straw. Ya, itu adalah satu kegilaan juga masa belajar dulu. Masa tu, habis straw di kedai-kedai diborong oleh mereka yang excited buat bunga ni. Masa tu juga, kebanyakan kedai bunga pun jual straw! (Kedai bunga jual straw? Whatta h***?). Tapi, itulah penangannya.

Balik kampung hari tu, puas aku punggah aku punya almari, cari balik masterpiece aku ni .. dan hasilnya .... tadaaaa! Itu antara hasil kerja bunga straw terbaik yang pernah aku lakukan ... Bermula dengan pemilihan color, corak lipatan, bakul nak letak, semua memerlukan ketelitian. Hanya mereka yang berjiwa besar saja dapat melaksanakan tugas yang agak mencabar ini ...


Cam poyo je kedengarannya... tapi inilah bendanya .... AKU BANGGA DENGAN MU WAHAI BUNGA STRAW ...

Sunday, May 18, 2008

Betul ke kau yang buat tuu ...?

Hari ini teringat nak buat house-keeping PC aku kat office tu. Nampak dah macam-macam benda yang ntahapapantah aku simpan. Antaranya, folder MY PICTURE. Macam-macam gambar pulak yang ada kat situ. Gambar yang buat aku senyum, yang buat aku rasa macam makan asam kecut dan macam-macamlah.

Klik sana, klik sini, terklik lah kat gambar ni:

Kualiti gambar kurang memuaskan - sebab bukan guna scanner


Tiba-tiba, teringat kepada peristiwa penangkapan gambar ini ... (kalau tengok tarikh di gambar tu, peristiwa itu berlaku pada tahun 2000). Peristiwa ini antara aku dan Ayue.

Masa ni semua orang sibuk dengan puzzle. Ke mana-mana saja pergi, semuanya tertunduk-tunduk menyelesaikan puzzle. Disebabkan Ayue seorang yang suka mengikut trend (baca: Suka ikut apa yang orang buat), maka, dia pun membeli satu set 150 keping puzzle.

Satu masalah si Ayue ni, semangatnya sekejap sahaja ... sehangat tahi ayam ... aku agak tahi ayam pun lagi panas daripada semangat dia ...Sejam buat puzzle, seminggu kemudian baru disambung balik. Aku pun cuba-cuba la bantu dia, tapi aku tak la suka sangat dengan puzzle ni.

Tapi, ada seorang kawan - Mak Siti - sangat terror dengan puzzle. Pieces yang kami tak nampak sambungannya, dialah yang menyudahkannya. Amazing betul mata dia. Kiranya sebahagian besar puzzle di dalam gambar tu adalah kerja Mak Siti...

Yue, Kau tak rasa ke kita ambik kredit atas kerja Mak Siti? Dah la dia yang bersungguh-sungguh buat, last-last dia tak de pun bergambar dengar puzzle tu ... Kesian dia ... hmm..

Tuesday, May 13, 2008

Betul ke macam ni? Teruknya!

A man is dating three women and wants to decide which to marry.

He decides to give them a test. He gives each woman a present of $5,000 and watches to see what they do with the money.

The first does a total makeover. She goes to a fancy beauty salon, gets her hair done, purchases new make-up and buys several new outfits, and dresses up very nicely for the man.

She tells him that she has done this to be more attractive for him because she loves him so much.

The man is impressed.

The second goes shopping to buy the man gifts.

She gets him a new set of STRONG golf clubs, some new gizmos for his computer, and some expensive clothes. As she presents these gifts, she tells him that she has spent all the money on him because she loves him so much.

Again, the man is impressed.

The third invests the money in the stock market.

She earns several times the $5,000. She gives him back his $5000 and reinvests the remainder in a joint account.

She tells him that she wants to save for their future because she loves him so much.

Obviously, the man was impressed.

The man thought for a long time about what each woman had done with the money.

Guess which lady he chose to marry? Think like a man . . .
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

He married the most beautiful one!!!!!!

Men are Men.... Obviously!!! ;-)

P/s:
Ini bukan aku kata ... ada orang hantar email ni ke aku. Well, macam ada kebenaran di situ .. ada sesiapa nak respon? Silakan
...

Saturday, May 10, 2008

Aku telah di tag!

artisticklytouch said on May 10, 2008 3:07 PM:
lupa nak kabor...anda telah ditag..silakan

Walaupun dah agak lama aku menjerumuskan diri dalam blog ni, aku belum pernah di tag (huhu!) dan inilah kali pertama aku di tag - oleh inche Art ... (er, ada sesapa boleh tolong explain, menatang apa tag ni?) ... tapi, aku jawab jugak la ... Inche Art ... tolong verify ye sama ada perbuatan aku ni betoi ka dak?

Ni lah jawapannya ...

5 benda yang aku nak sebagai hadiah:
  • Macam Inche Art jugak ... duit utk cover hutang PTPTN, partial loan UIA (depa tak tuntut lagi, sudah 5 tahun) ... hutang kredit card (10k) dan hutang dengan Mak + Ayah ... semuanya .. kalau buleh, nilainya 2 juta pun cukup la ...
  • Kamera digital -- asik belasah adik aku punya dan best friend aku Fetty saja ...
  • i-pod
  • Ticket to Europe + pocket money -- tak lama, seminggu je
  • Teman + sponsor aku buat bungee jumping dan paragliding ... wohoo!

Ok tak 'verangan' cenggini?

Err ... Inche Art, aku jawab sensorang dulu ye ... tak mo tag orang lain lagi, sebab x cukup korum .. (ye la, sebab aku dengar, it requires next 5 persons, kan? Kawan ku di arena blog ni belum cukup lagi ... huhu)

Baru ‘bertatih’ sudah ke IB?

Tajuk satu artikel di utusanonline.

Aku quote sikit untuk lebih kefahaman anda semua:

Namun begitu, apa yang menjadi perdebatan yang belum berkesudahan ialah mengenai peluang yang diberikan kepada bintang-bintang muda yang belum mengenal erti dunia hiburan sebenarnya beraksi di pentas Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada konsert minggu ketujuh minggu lalu. Apa hebatnya bintang-bintang AF6 sehingga diberi keistimewaan sedemikian rupa?Barangkali juga IB terlupa bahawa ramai artis popular dan senior tanah air yang mengidam untuk beraksi di pentas yang serba moden itu. Itu antara reaksi senada sebilangan besar pemerhati seni terutamanya artis-artis senior yang bertanya apa motif IB membenarkan konsert mingguan program realiti dipentaskan di situ? ... [read more here]



Inilah yang selalu terjadi di Malaysia ini. Dah berakar umbi. Tak pernah nak berlapang dada dengan yang ada. Apa masalahnya kalau budak-budak AF perform di situ? Hanya kerana mereka belum bergelar artis, itu jadi penghalang? Tolonglah!

Sebab budak-budak AF, IB turun status?

Sebab budak-budak AF, IB ada double standard?

Sebab budak-budak AF, IB kena bersikap open dan tolerant kepada semua?


Bosan! Bosan! Bosan! Ah, lu pikirla sendiri!

Bagaimana Anda tahu yang Anda sudah jatuh Cinta?

Aku adalah manusia yang paling akhir yang boleh memberikan jawapan untuk soalan di atas ... as I am a hopeless lover .... hehe!!

Tapi, Ustazah Siti Norbahyah Mahmood ada jawapannya ... Jawapan ini aku perolehi semasa menonton rancangan TV (apa, bila dan di rangkaian mana, suadah lupa ...). Kata Ustazah ...

Kita tahu kita telah jatuh cinta dengan seseorang bila ...
Suka nak berkawan dengan dia
Berakhlak baik dengan dia
Ada rasa tanggungjawab terhadap dia
Hormat perasaan dia
Ada rindu pada dia

Hadoi .. sendu la entri ni!

Untuk yang membaca, tak payah nak speculate apa yang berlaku terhadapku ... sebab, biasalah ... kadang-kadang kita mau rasa blues ... kadang-kadang kita nak serius. Dan, ini waktunya aku mau jadi ala-ala sendu .. boleh gitu? Ahacks!

Wednesday, May 7, 2008

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasan …

Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
OK, may be, ayah, mak, adik-adik aku – cukup lah lima orang – walaupun tak berapa nak pasti adakah mereka ini sanggup mati kerana aku? Aku, adakah sanggup mati kerana mereka? Err … err … entah. Ngeri la nak fikir … mungkin bila tiba masanya, kasih sayang kita akan teruji dan di situlah letaknya kekuatannya … Wah!

Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
Rasanya mungkin agak betul. Aku tak tahu orang lain, tapi, bagi aku yang sukar menunjukkan perasaan ini, ini adalah cara untuk aku menunjukkan sayang:

* Hadiahkan orang itu sesuatu yang istimewa bila tiba hari pentingnya
* Ingat hari-hari pentingnya
* Ingat apa kesukaannya
* Ingat apa rutinnya
* Jarang menolak permintaannya

Heh, cukuplah. Banyak-banyak nanti, dah tak eksklusif dah lah diri ini .. huhu. Aku mahu terus diselubungi misteri seperti Misteri Nusantara tu …

Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
Ye ke? Aku benci orang sebab aku memang menyampah dengan perangainya, gerak lakunya dan sebagainya. Namun, kadang-kadang aku boleh benci orang tanpa sebab. Gila bunyinya. Tapi itulah yang berlaku. Aku boleh benci orang yang aku tak kenal hanya tengok mukanya. First impression kot … tapi, aku tak de la sampai pergi bertumbuk ke apa bila tak suka tu…

Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
Ada orang kata, don’t frown because you never know who will fall for your smile. Senyum kan sebuah hadiah. Tambah-tambah kalau senyum itu paling ikhlas. Tapi, paling angin, bila kita senyum bagai nak rak, orang yang kita bagi senyum tu macam “apa hal ni? Please, don’t smile at me …” – mendidih beb!

Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
Siapa? Pengutip hutang? Dia mesti kena ingat kita … tak kira masa!

Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
Siapa? Siapa? Makna yang macam mana? Jelmakanlah dirimu itu, semoga aku boleh menjadi thesaurus yang boleh memberi lebih daripada makna – siap semua dengan perkataan seerti, peribahasa, kata lawan dan semuanya lah … jelma lah!

Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
Huh? Betul ke? Aku rasa, antaranya, pemilik stesen minyak, sebab kalau aku tak pergi isi minyak, dia dah kurang pelanggan. Kurang bahagia dia. Pemilik supermarket di kawasan aku ni, dan peniaga-peniaga makanan kerana aku adalah pembelanja tegar … dan, tidak lupa, wakil rakyat aku bila tiba masa mengundi … tanpa diriku, mereka itu tidak bermakna!

Anda seorang yang istimewa dan unik.
Oh, itu sudah mesti. Dah lama rasa macam tu ….

Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
Ah, bodoh ke hape? Kalau nak sayang aku, bagitau la. Kot-kot aku boleh sayang balik. Kalau tak bagitau, apa maknanya kasih sayang tu. Kalau bagitau, mesti orang tu dapat macam-macam daripada aku. Cepat, cakap sini sapa yang sayang aku? Apa barang sayang senyap-senyap? Tak sesuai, OK! Lain kali, cakap biar teghang!

Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
Hikmahnya, nanti orang akan kata, sama ada:
“Kesian kau. Tu lah, aku dah kata dah … tak nak dengar …” ATAU
“Padan la dengan muka …” ATAU
“Bersabar lah ye …” ATAU
Apa! Silap? Mari kita ketawakan … hahahahahaha”

Moral: Fikir sebelum buat (cam bagus sangat nasihat cenggini!)

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
Gitu ke sifirnya?

Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
Lambat laun buat apa. Orang nak la ni juga. Lambat-lambat, “zing” dia dah kurang. Tak mencabar la ..

Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.
Ya, pujian menyebabkan kita kembang, kejian buatkan kita macam sumbang. Lupakan segala caci maki? Mana boleh! Itulah yang aku bawa sampai mati. It’s hurt man … really hurt. I may forgive … but to forget? I don’t think so.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Ish, malu aih nak buat cenggitu. Besar kemaluan kalau kita kena reject! Tak boleh … tak boleh. Aku lebih rela mati cam ulat mati beragan, dari diberi mesej:
“Saya pun suka awak, tapi saya tak rasa kita sesuai bersama!” Huwaaaaaa … tak sanggup!

Macam mana?

Nota:

Dikirimkan seseorang. Baca masa tension … baru terasa “kerana diriku begitu berharga …” Kalau anda tension, baca jer tulisan warna putih tu. Tapi, kalau kepala anda tingtong, enjoy the colored words as well …

Hakikat kejadian seorang wanita itu …

Bahunya harus cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan;

Kekuatan dalaman yang mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya;

Kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh;

Kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya;

Kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya;

Kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu;

Air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada - source unknown

Tengok tu, Mak!

Ketika duduk-duduk santai membaca paper, mataku menangkap artikel ini: “Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki”.

Selepas membaca artikel tersebut, aku tersenyum sendiri. Minta-minta Mak juga akan membaca artikel ini. Lepas ni bolehlah aku kata lagi, "tengok mak, jadi macam tu mak mau la?" Heheheh ... peace Mak!

Menjadi perempuan di zaman ini menuntut kita menjadi lebih daripada super human. Kita perlu memperkasakan diri. Mahu atau tidak, inilah hakikat. Memperkasakan diri untuk mendapatkan kerjaya yang bagus, mempunyai keluarga yang baik, dan yang paling penting, memperkasakan diri menghadapi kata-kata becok mulut bisa makcik-makcik dan jiran tetangga yang terencat mental apabila kita tidak berkahwin selepas berumur 30an.

Bagaikan satu dosa yang maha besar sekiranya anda tidak berkahwin atau sekurang-kurangnya berteman pada usia ini. Aku sangat memahaminya kerana aku sedang melewati fasa ini. Setiap kali balik kampung, mulut mak tidak berhenti-henti bertanya bila lah agaknya aku akan bawa teman lelaki atau calon suami. Kalaulah sewaktu sekolah lagi mak mengajar begini, aku pasti mak akan gembira sekarang bergurau senda dengan suami aku :p

Berhadapan soalan cepu gangsa begini satu hal. Tetapi, yang paling membuatkan hati aku sebal dan sedih, bila berhadapan dengan teman-teman sebaya yang telah berjaya mendirikan rumah tangga.

"Bila la agaknya nak merasa nasik minyak kau ni ..." -- (apsal, kau tak pernah makan ke? Aku dah siap kat orang Afrika nasi minyak aku. Depa kata sedaap ...)

"Sudah-sudahlah membujang tu. Kau tengok aku ni ..." -- (ya, tengok kau, bahagia sangat ke? Asyik kelek anak saja, tak de kerja lain?)

"Kau ni memilih sangat la ..." -- (ya, memilih, supaya aku tak payah merungut menyesal berkahwin, asyik kena layan suami saja)

Wah, sungguh sedap berkata-kata. Tak sedar diri diuntung, nasib kita pula hendak dihitung. Awak dah berkahwin, diam sajalah. Macamlah tak pernah ada kebimbangan sebelum diri mereka dapat kahwin dulu. Kalau untung nasib di tangan sendiri, mudah untuk kita perli-memerli. Tapi, kehendak Ilahi, mampukah kita memahami? Akhirnya, aku hanya memperkasakan diri menghadapi manusia-manusia yang tidak mengerti ini. Kira ada idea dan kata berbisa, waktu itu juga aku kenakan mereka. Selebihnya akubuat tak faham sahaja.

Sibuk bertanya saja ... kalau tolong doakan, dapat pahala. Agaknya pahala banyak sangat kot, tu yang pening kepala mengata kita yang ada-ada ini... Supaya boleh loose sikit simpanan akhirat tu ... dan agaknya neraka tu dah dipasangkan aircond kot ... (bitter, kan?)

My philosophy: The wise never marry, and when they marry, they become 'otherwise' ... heh

Kalau la mak aku tahu ...!!

Sunday, May 4, 2008

Kisah Aku dan Mereka

Aku sangat suka kucing. Sangat!

Dan, aku rasa kucing adalah cinta hatiku, selamanya! (tak tau lah, kalau pernyataan ini bunyinya gila atau pathetic! Hee …)

Di rumah, aku ada hampir 6 ekor kucing. Kucing-kucing itu semua adalah kucing jalanan yang singgah untuk cari makan. Selalu diberi makan, akhirnya mendapat keselesaan pula dia di rumah kami. Mak bising pada mulanya, kemudian, dia dilanda “empty nest syndrome”, last-last kucing tu yang temankan dia.

Kucing ni binatang yang eccentric – dan aku juga kadang-kadang begitu. Kiranya, ada match dan chemistry, tu sebab aku suka gila dengan kucing. Ntah-ntah, genetic line aku pun ada kait dengan kucing apa? (Kalau betul, hisy, seram la pulak).

Ini antara cerita-cerita kucing ku …


Ini ibu kucing. Tak bernama. Panggil dia … tsk … tsk .. tsk .. saja. Dia lahir tiga bersaudara, namun dua saudaranya telah pergi selamanya. Sekarang, kucing ini mempunyai 4 ekor anak. Anaknya ramai sebenarnya, tapi sebab tidak dijaga sempurna, yang membesar dengan elok hanya empat ekor. Walau apa pun, dia tetap ibu yang hebat. Sentiasa mendahulukan kehendak anak melebihi keperluan dirinya. Dia juga sangat bersopan santun. Aku sayang dia ...


Ini adalah anak kucing tadi. Masa ni umurnya baru dalam 3-4 minggu. Anak kucing ni nampak comel dan berbulu kembang kerana bapa kucing ini adalah baka bulu kembang (kata adik ku – pandai sungguh mak hang buat sex! Ewww!). Masa dia dilahirkan, ibu kucing tu telah meletakkan anak-anaknya di bawah para pinggan lama makku. Hanya yang ini tidak lari apabila didekati, dan aku telah mengisytiharkan bahawa inilah anak kucing kesayangan aku...


Kucing ini pula bersaudara dengan anak kucing yang sebelum ini. Tapi, yang ini agak liar sedikit. Badannya pun agak kecil berbanding dengan saudaranya yang lain. Sesuatu yang menarik tentang anak kucing ini, dia agak 'kerek'. Kerek dalam erti kata, kalau dia nak makan, dia mahukan dia saja berada di situ, dan dia akan tiba paling akhira sekali bila dipanggil, mengalahkan VIP pula.

Tapi, sehingga entri ini ditulis, dia tetap tidak boleh menerima kehadiranku. Asyik nak lari saja. Aku pun, asal jumpa dia, aku sergah saja. Tak tau la berapa lama dia boleh hidup sebelum kena heart-attack akibat disergah olehku! Tapi, waktu ni dia boleh bersenang lenang sebab aku jauh dari rumah. Selamaat.


Ini gambar Bunch, kucing tidak bertuan yang singgah sebentar di rumah sewaku. Walaupun hanya sebentar, Bunch meninggalkan banyak memori yang menyenangkan diriku. Nama Bunch sebenarnya berubah-rubah mengikut keadaan. Pada mulanya, nama dia adalah Manjalara - sebab masa dia datang ke rumah kami, teledrama "Manjalara" tengah hit di TV3. Kemudian, setelah dia tinggal lama di rumah sewa kami, badannya menjadi sangat debab dengan perut buncit. Kak SitiM kemudian mengubah namanya daripada Manjalara kepada "Bunch" - singkatan daripada buncit.

Aku menyenangi Bunch kerana dia seekor kucing yang pandai membawa diri. Dia cepat mengesan apa kesukaan dan kebencian kita.

Bunch meninggalkan aku sewaktu aku mahu pulang ke kampung untuk bercuti raya. Kerana aku tidak berhasrat untuk menjadikan Bunch peliharaanku selamanya, aku lepaskan dia pergi.

Namun, aku masih menyimpan harapan, kalau-kalau Bunch terilham untuk singgah lagi di rumahku ini ....



Dia adalah tetamu selepas Bunch. Datang ke rumah sewaku kerana menyorok dari dikejar kucing-kucing lain. Yang tak menarik, dia selalu mengiau dalam nada suara yang high broken pitch. Sungguh menyakitkan hati dan telinga.

Tapi, yang kusuka, dia ada sedikit sikap macam Bunch dan saiz keduanya macam tak banyak beza. Mungkin keduanya bersaudara? Siapa tahu...

Masa dia sampai, kedua-dua bahagian belakangnya bengkak teruk, mungkin digigit sesuatu dan apabila disentuh, dia akan mengiau sekuat hati, sakit. Selang beberapa hari, bengkak tersebut pecah dan mengeluarkan nanah yang banyak .. eww! Tapi, aku tak kisah ... kerana kucinglah antara benda yang aku paling tak geli untuk merawatnya.

Tetamu ini meninggalkan rumahku pada suatu pagi selepas dimarahi kerana membuat 'bisnes'nya di atas bantal lepak Kak SitiM dengan bau yang sungguh .... ARGHHHH! Mungkin dia berkecil hati dimarahi, petang itu, semasa balik kerja, dia sudah tiada apabila dipanggil untuk memberikan dia makan.

Semoga tetamu nan satu ini juga sudi berkunjung lagi ke rumah kami ...

Itulah cerita mereka.

Penghujung Sebuah Kehidupan


Gambar hari-hari terakhir sekuntum mawar. Diambil di tepi garaj rumahku. Betapalah hidup dan mati itu saling terjadi. Aku selalu rasa lelah mengharungi hidup ini, namun untuk mati, aku tidak banyak bersedia.

Tiada siapa yang mengetahui bagaimana pengakhiran hayat kita. Kekal berdoa moga yang baik sahaja.

Masih mencari pengertian hidup yang bermakna untuk kesekian kalinya, aku masih keliru.




When you go to a garden do you look at the weeds?
Spend more time with the roses and jasmines

Ar-Rumi

Friday, May 2, 2008

Creative creations ...

Source : Unknown

Lihatlah bagaimana Allah memberikan kreativiti berkarya kepada manusia. Kiranya ini sifat pinjaman, bayangkanlah bagaimana pemilik sebenar sifat ini ... Al-Fathir. Subhanallah.

Thursday, May 1, 2008

Kreativiti yang Hilang

Waktu belajar dulu, aku rasa aku sangat kreatif bila buat-buat kerja tangan ni – terutamanya kad-kad ucapan. Ramai kawan-kawan yang suka kad-kad tersebut (tak tahulah kalau diaorang tak suka, tapi cakap suka demi nak jaga hati aku – ada aku kesah? Huahuahua).

Satu segi, bila boleh buat kad sendiri, dah jimat dah duit. Ye lah, kad birthday saja, kalau yang Hallmark ™ tu, yang ciput, gambar kartun kecik tu pun dah sama jumlahnya dengan duit 2 kali makan kat hostel tu. Yang murah-murah pulak selalu tak kena dengan selera. Maka, jalan terbaik, buat sajalah. Bukan payah pun, potong, tampal, lukis sikit-sikit, tadaa … jadi la + infuse sikit elemen kejiwaan dan kemanusiaan, memang terharu orang yang menerima. Percayalah cakap akak ni!

Amende elemen kejiwaan dan kemanusiaan tu? Kita kuliah lain kali ye?

Berbalik pada cerita kreativiti buat kad ni … bila dah bekerja, dah ada duit, kreativiti ke mana, jimat ke mana. Semua pun nak beli saja.

Tak ada masa – itu kewajarannya.

Leceh la, nak fikir, nak buat. Nanti, lama-lama orang buang juga – em, betul juga.

Malas! Malas! Malas! – itu yang sebenarnya.

Tapi, hari ni, aku tiba-tiba terasa nak buat kad pulak. Kebetulan, seorang rakan sekerja akan menyambut hari ulang tahunnya. Maka, kukeluarkan kotak hikmat ku – tempat berhimpunnya reja-reja kertas, kad ucapan, riben, bunga dan yang sewaktu dengannya. Lepas dibuka kotak tu, termenung panjang pulak – tak tahu di mana nak mula. Pegang itu salah, pegang ini salah. Hisy!

Kotak hikmat


Tapi, disebabkan semangat berkobar-kobar nak buat juga, maka, akhirnya siap la satu kad. Cikai habis, tapi kira ok sebab buatan sendiri. Bukan kad yang penting, but the thought that count. Tapi, aku tetap nak tengok ia dihargai juga.


Kad 1: Pandangan depan


Kad 1: Pandangan dalam


So, dalam tahun ni, penerima sulung kad buatan aku jatuh kepada Kak Nor! Hurray!


End product: Birthday present for K. Nor's 39th Birthday.



Aku mahu kreatif lagi!