Hari itu aku ke pejabat rakan sekerja untuk memulangkan kertas jawapan pelajar yang telah disemak markahnya. Buka sahaja pintu biliknya, kedengaran suaranya sedikit meninggi. Rupanya sedang bercakap di telefon. Aku terus masuk dan duduk di kerusi tamunya dan mendengarkan sahaja perbualan tersebut.
Tidak lama kemudian, dia menghabiskan perbualan dengan sedikit menghempas gagang telefon. Aku memerhatikan sahaja. Kemudian, dengan penuh perasaan tidak puas hati dia menerangkan bahawa wakil pihak atasan telah meminta beliau untuk menyediakan ucapan untuk satu majlis istimewa tidak berapa lama lagi.
Sebenarnya, bukan dia tidak mahu membuat ucapan tersebut, tetapi disebabkan oleh kerja-kerja yang berkaitan dengan penyediaan markah peperiksaan akhir membuatkan dia berasa sedikit tertekan. Bukannya tida orang lain untuk disuruh.
Ini sebenarnya adalah senario biasa di tempat kerjaku ini. Dan aku agak, kebanyakan tempat juga begini.Bila seseorang itu sering mengendalikan sesuatu tugas dengan jayanya, pihak atasan selalu akan menyuruh orang yang sama melakukan untuk tugas-tugas mendatang sedangkan ramai lagi yang kiranya diberi peluang, dapat melakukannya juga.
Kita sebenarnya bangga apabila mendapat kepercayaan pihak atasan begini. Namun, apabila sudah selalu, kita akan jadi bosan dan sukar untuk mengikhlaskan diri. Pihak yang memilih pun patutnya sedar tentang bebanan tugas hakiki kita. Ini tidak, semuanya mahu dilambak ke atas pundak orang yang sama juga. Lagi memburukkan, bila sudah selalu sangat kita buat kerja tersebut, rakan-rakan lain pun mungkin naik meluat.
"Hisy, tak de muka lain ke? Asyik dia ni saja..."
"Ala, memang la dia, sebab dia baik dengan bos ..."
"Kau bukan tak tahu, dia kan suka menebeng muka, cari publisiti murahan..."
Aduh, bukan sedikit tuduhan liar begitu. Selalu yang menuduh itu, adalah mereka yang bila diberikan kerja, asyik menolak sahaja dengan seribu satu alasan. Akhirnya, kita-kita ini jugalah yang menjadi pak sanggup dan hamba yang menurut perintah. (Itu tidak menjadi masalah sekiranya bersesuaian dengan masa dan ketika).
Seharusnya, dalam hal agihan tugas, pihak atasan perlu adil dan saksama. Gunakanlah kuasa dengan sewajarnya untuk menyuruh orang bawahan melakukan tugasan. Tidaklah nanti asyik orang yang sama menanggung beban, tetapi masa untuk promosi naik pangkat, yang tidak pernah menyumbang apa-apa pulak yang diberi keutamaan.
Ramai yang masih mahu memberi tugas tanpa banyak soal, kerana memahami ikrar sumpah setia semasa mula menjawat jawatan. Namun, bila sesuatu perkara diletakkan pada bukan tempatnya, kezaliman akan berlaku, dan kita juga menggalakkan banyak kemungkaran. Nauzubillah.
Semoga, selepas ini, semua orang diberi peluang yang sama untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan buat mengikut pilihan dan keutamaan bos.

No comments:
Post a Comment