Seingat aku dulu lah, bila watak “Sam” lakonan Imuda disiarkan dalam sitkom 2+1, ramai yang menyukai wataknya. Ya, watak nyah memang mengasyikkan untuk ditonton kerana mereka sememangnya aneh. Dan, bila sesuatu yang aneh berlaku, kita pun semakin galak untuk menonton.
Kemudian, hadir pula kumpulan lawak Senario – yang di awal kemunculan mereka banyak melakonkan watak-watak berpakaian wanita. Aku kira, itu antara penyebab rating siaran lawak mereka sangat tinggi. Kemudian, setelah beberapa ketika, kedengaran bahawa ada larangan daripada pihak berwajib supaya lelaki tidak boleh melakonkan watak perempuan di televisyen. Namun, bila menonton cerita-cerita di TV sekarang, bersepah-sepah cerita mak nyah dan lelaki berwatak perempuan. Kenapa ni? Ke mana pergi larangan itu semua?
Tengok drama Din dan Dina … aku rasa geli bila pelakon watak ‘Din’ memeluk Zaibo (dalam watak mak nyah bernama Kentang), konon-kononnya Din meluahkan perasaan sedihnya kepada Kentang. Kemudian, dalam drama Mak Andam Terlampau, Erry Putra menjadi lembut, dan Jumal pun sama. Hadoi, pening lah!
Memanglah itu realitinya sekarang. Namun, bila sering kali galak sangat kita menayangkan benda-benda begini, ia memberi isyarat, wabak (?) ini makin diterima ke dalam masyarakat. Menghantar mesej: “Ya, adalah sesuatu yang OK untuk anda berkelakuan demikian!”
Janganlah diberi alasan untuk mengajar masyarakat dengan menayangkan cerita0-cerita begini. Aku tidak menonton cerita untuk mendapatkan pengajaran … aku menonton untuk menenangkan minda. Kalau pengajaran itu aku dapati dalam minda separa sedarku, itu bonus bagi cerita itu. Tapi, untuk mengatakan cerita itu disiarkan untuk mengajar aku, that’s an insult to my intelligence!
Lagi satu, bila menonton Mak Andam Terlampau tu (aku tengok dalam 5 minit sahaja sebelum aku tukar siaran lain), ada watak pembantu mak si Erry Putra, lakonan Anne Hamid (tak pastilah nama dia) yang bercakap dalam suara sengau. Apa signifikan sengau di dalam cerita itu pun aku tak pasti. Tolonglah, lawak yang mempersendakan kecacatan orang dah tak buat lah!
Sistem nilai kita makin hodoh, dan ditambah dengan penilaian mereka yang bodoh, maka berterusanlah kita ini ikut bodoh sekali. Bila ditegur, kata kita ini alim, kolot dan tak ikut peredaran zaman. Bila tak tegur?
Bagaimana mahu mengharapkan sesuatu yang baik, kalau asal mula sudah memburuk?
Kalau orang kafir hina Islam, kita boleh boikot barangan mereka. Kalau orang Islam hina Islam? Aku tutup TV dan baca buku saja. At least, I did something.
Anda?

2 comments:
golongan ni dah tak macam dulu sorok-sorok dgn tabkiat pelik dia. sekarang makin diiktiraf. Bila baca akhbar hiburan, wartawan kendalikan gossip semuanya yang tangan sotong.lebut teramat!
di kawasan awan, golongan pengkid tanpa segan silu mesra berpegangan tangan dgn kekasih perempuannya.
dunia semakin menerima mereka, dunia nak kiamat ker?
Tanda2 le tu ...
Cuma kita ni saja, asik terlupa ...
Post a Comment