Wednesday, May 21, 2008

Memori Abang Judge

** This entry is especially dedicated for NORAFIZA ABU HANIFAH

Picture credit: Syidi Abdrahmaan


Tadi, waktu browse nak cari sesuatu, aku telah bertemu gambar tu ...

Serta-merta ingatanku terlayang kepada temanku Norafiza AKA Nora. Tak dapat kulupakan tentang kegilaannya kepada Dr. Hakim tu (dulu En. Hakim ... or fondly known among us by Bro. Hakim).

Aku tak ingat macam mana Nora boleh gila-gila minat dengan Bro. Hakim, tetapi setiap kali berpapasan di kampus, dan kebetulan Bro. Hakim menghadiahinya senyuman, dia separuh pengsan gembira. Kala mendapat tahu Bro. Hakim sudah beristeri dan mempunyai 2 anak, dia sedikit kecewa, namun itu semua tidak menghentikan dia daripada meminati Bro. Hakim.

Bro. Hakim senyumannya manis.

Bro. Hakim cute sangat ... arghh!

Bro. Hakim tu bikin aku dug dug dug ...

It's all about him and him...

Dia malah kadang-kadang memanggil Bro. Hakim dengan panggilan Abang Judge (duh!).

Aku rasa aku masih simpan coretan Nora tentang Abang Judge ni. Nanti aku cari balik.

Sementara itu, untuk Nora ... ENJOY!

3 comments:

Ayue said...

ko panggil dia Nora..aku panggil dia Fiza..yer la..mcm penah dgr nama tu.."Abang Judge" kalo bkn sb Fisah mmg tak ingat dah kot..muka pun dah lupe..tu la best nye zaman tu...seronok minat cara diam kan...saja cuci mata....hehe


P/s: Dah lama tak jumpe n dgr cite Fiza...

Hafiey Nur said...

Banyak lagi orang-orang yang kita minat giler ... tapi diam2 jer.. Maklum la, tak berapa nak advance sangat masa tu...

Tapi, aku rasa si Nora ni memang banyak sungguh yang dia minat ... Ha... aku ingat Sue minat separuh mampus kat Mr. Anwar si mata biru yang kata dia ala2 Fox Mulder tu... (Aku tengok x dak pon..)...

Oh, aku musti mau tulis pasal benda tu jugak!!!!

Tadi cari2 gak pasal brader anuar tu .. dan aku terjumpa nama dia kat web persatuan pecinta burung ... Nama dia Anuar Abdullah Con MacAffee ... siap ada email add dia lagi. Cuba plak cari kat web UDM, takde. Tak tau la di keje lagi kat KUSZA tu ke tak ...

ArELeEz said...

wahhh.. crush2..! hiks..