Pepatah baru ... berdasarkan gambar di atas ... Tapi, masih ada relevancy nya dengan apa yang aku nak ceritakan ni ...
Di dalam organisasi, banyak sekali situasi yang begitu. Dan organisasi yang aku sertai juga tidak terkecuali.Kadang-kadang perkara ini terjadi secara kebetulan. Namun, yang banyaknya, ia terjadi secara sengaja.
Apa maksud yang sebenarnya?
Anda adalah seorang pekerja yang sangat tekun melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebarang imbuhan (hanya berharap diberikan penghargaan yang sepatutnya) kerana anda beranggapan ini adalah komitmen anda kepada organisasi anda. Apabila diberikan sesuatu tugasan, anda melakukan sehabis baik (walaupun ia bermakna anda harus mengorbankan masa lapang dan lain-lain lagi milik anda). Anda menghasilkan sesuatu yang sangat disenangi. Malangnya, di penghujungnya, kerja yang anda lakukan, dikreditkan kepada orang lain. Sakitnya hati dan perasaan ketika itu. Tambah menyakitkan, orang yang menerima kredit itu langsung tidak merasa malu untuk menerima penghargaan untuk perkara yang tidak dia lakukan.
Sepanjang aku bekerja di dalam organisasi sekarang, adalah 2-3 kali aku menghadapi situasi seperti ini. Walaupun sangat menyakitkan, aku masih boleh tersenyum dan menerima keadaan ini – mungkin aku dilahirkan dengan keupayaan untuk tidak menanggapi sesuatu dengan serius. Sebagai seorang Muslim, aku hanya berharap agar Allah membalas dengan sepatutnya terhadap apa yang aku kerjakan.

6 comments:
kaya lah mawi kalau macam tu kan...
... dah rezeki dia.
Ko kene la stand for your right,
lom penah lg ade xperience camtu..
yelah...stand for your right..takkan nak diam je, bagi la sedas dua
ijad:
Tu lah si Mawi tu ... makin luas kekayaannya ... lebih kaya daripada Abdul Wahab, lebih kaya daripada Ismet Ulam Raja .. heheh
cikgu yusof:
Iya, rezeki dia, dia makan. Rezeki lu, lu makan ...
Anonymous @ May 29, 2008 1:45 PM
Sometimes, I do stand for my rights ... tapi selalunya, aku biarkan saja ... sbb bila menimbangkan CBA nya yang lebih memihak kepada aku ... lantak lah. Aku bahagiaaa .. aa .. aaa ...
ArELeEz said...
Baguslah .. hopefully Leez takkan menghadapi perkara tersebut ... AMIN ...
Inche Art:
Sedas dua? Kami bagi sekontena lima lagi .. huhu ...
Tak pa .. kekayaan, kebahagiaan terletak di tangan bapak! Hahaha ..
Ish ... rezeki itu, Allah yang Maha Besar jualah yang mengkehendakinya ... Alhamdulillah.
Terima kasih semua atas kunjungan ...
Post a Comment