Menunggu-nunggu minuman yang dipesan, Kak SitiM mengunjukkan aku sms yang dia terima daripada seorang bekas studentnya yang beriya-riya menyuruhnya mengundi sebuah parti yang khusus dalam pilihanraya akan datang. Senyum sahaja kami membacanya.
Bagiku, semua yang bertanding itu lebih kurang sahaja kebaikan dan kelemahannya – semua akan jadi muluk sebelum berlakunya pilihanraya. Cakap berdegang-degang, sedangkan rakyat sudah boleh melihat apa yang berlaku.
Tapi, sebab kita ini antara manusia-manusia yang opportunists, kita kelihatan cenderung kepada parti yang kita rasakan boleh menolong kita. Tak kisah lah tu … kita memang dikurniakan oleh Allah kuasa untuk memilih dan peluang untuk hidup dengan pilihan kita. Prinsipnya: “Apa yang orang beri, kita ambil. Undi kita adalah rahsia.”
Teori politik aku senang sahaja:
Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang boleh mengenyangkan rakyat. Kenyang ini bolehlah difahami dalam konteks literal tanpa ada maksud tersembunyi.
Inferen mudah: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati.
Sebab itu ada nasihat:
Kalau nak shopping, jangan shopping waktu lapar.
Kalau nak menghukum, jangan menghukum dengan perut yang kosong.
Jadi, pilihlah parti yang membolehkan kita tidak berasa lapar lagi … kali ini, lapar harus difahami dalam konteks yang lebih luas daripada makna literalnya.
Cast your vote wisely.
If you don’t vote, you don’t have any rights to say anything because you’ve let others to choose.
Aku nak mengundi ke, tak? Tengok lah dulu …. Ouch!