Saturday, February 23, 2008

Satu alat yang menyusahkan

Aku hairan bin ajaib bila ada orang kata dia kena telefon ke rumah sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kalau tak mesti orang-orang di rumahnya akan bising.

Aku?

Tiga bulan sekalipun susah. Aku rasa kali terakhir aku telefon ke rumah adalah awal Februari dulu. Itu sajalah. Itupun, Mak yang call, nak mengumpat pasal Mak Chah. Aku dengar sajalah. Mak tak selalu mengumpat di dalam telefon. Tapi kali ini, mungkin tidak tertahan lagi kot.

Kenapa aku tak telefon?

Aku tak tahu. Aku rasa bila berbual tak tengok muka, aku rasa idea ku cepat mati.

Err, tapi, kadang-kadang, kalau berdepan dengan orang pun, ideaku kering juga!

Tapi, aku syak, aku ni takut agaknya. Bila aku ceritakan semuanya di telefon, aku tak akan ada cerita lain lagi untuk aku borakkan bila aku balik nanti.

Reason lain, aku memang tak pandai bercerita. I'm not a good narrator. Aku ingat lagi, masa aku bercerita dengan kawan aku di universiti dulu, kawan aku siap remark begini:

"Kau punya cerita kejap je dah habis. Kalau A yang cerita, mau 2 jam pun tak habis ..."

Aku ter"erk" seketika. Mau tak cepat, aku cut off semua sound effect dan iklan-iklan yang mengganggu. Dan kalau A yang bercerita, dia memang lambat sebab dia tu jenis berulit. Aku dengar pun nak tertidur.

Aku juga pernah memandu dari point A ke point B (45 minit perjalanan) dengan seseorang, dan kami tidak berbual sepatah pun sehinggalah sampai ke destinasi yang kami tujui.

Aku juga pernah memutuskan perhubungan yang baru nak bermula hanya sebab orang itu sibuk nak menelefon aku. Kemudian aku yang menyesal sendiri, walaupun penyesalan tu tak adalah besar sangat.

Kesimpulannya:

Telefon hanyalah sebuah alat yang membuatkan aku jengkel pada setiap kali ia memaparkan nombor sesorang di skrinnya.

Arghhh!!

3 comments:

yusofsipan said...

mungkin hafiey tak pandai sangat berbual tapi menulis sangat la mahirnya. saya pernah jumpa ramai orang yg sedemikian termasuklah my wife. masa baru kahwin dulu, tanya sepatah jawab sepatah, sekarang ni tak terkira dah, bila tanya berpatah2 jawabnya.

Hafiey Nur said...

saya ni tak lah semahir yang cikgu sangka. Kalau tak, mesti saya dah tulis beribu2 buku dan artikel. Setakat merapu di blog, sesiapa pun boleh ... kemahiran biasa saja tu.

Tapi tu lah, kalau mahir menulis, tapi tak mahir bercakap pun susah .. sebab orang selalu nak bercakap dengan kita ... bukan nak baca apa yang kita tulis!

Inilah antara dilema saya ...

yusofsipan said...

mungkin belum sampai masanya lagi yg u terpaksa pandai dan banyak bercakap.