Tanya Sama Hati
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan ...
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Tengok dalam air, nampak baying-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan ...
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Tengok dalam air, nampak baying-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Lagu ini dipetik daripada filem ANAKKU SAZALI (1956). Tapi cerita ini aku tak berapa gemar sangat. Tak tahu kenapa.
Lagu ini simple saja melodi dan liriknya, namun ia melekat di hati dan minda ku as long as I can remember. Kenapa lagu lama selalunya begini?
Kata orang ...
Pengkarnyanya jujur berkarya tanpa memikirkan pulangan kewangan.
Pengkaryanya betul-betul fokus.
Pengkaryanya itu, pengkaryanya ini.
Betulkah? Mungkin juga ... tapi, yang pasti, aku suka lagu ini biar apapun erti dan maksudnya!
2 comments:
saya pun suka jugak lagu ni, saya copy tau, ok, tq
takde masalah ...
Post a Comment