Monday, February 25, 2008

Lupakan aje lah ...

Tadi, semasa perjalanan untuk pergi makan pagi, aku dan Kak SitiM mendengar berita di hot.fm. Entah bagaimana ada satu berita yang mengulas mengenai keperluan psikologi di dalam masyarakat. Aku pun berkata kepada Kak SitiM:

"I rasa I nak belajar psikologi la. Macam best je. Tapi masa ambil paper ni, susahnya, ya ampuun!"

Dia balas:
"Psikologi? You must be kidding me! Dah la nak bercakap dengan orang pun susah, ada hati nak ambil psikologi ..." dan dia terus ketawa setan dengan besarnya.

"Apa masalahnya. I ambil la forensic psychology ..." aku bertanya dengan penuh kelurusan hati.

"Be it any type of psychology, you still have to face people, which I believe something you're not good at. You tu kan sombong memanjang. Nanti bila orang bagi masalah, muncung you boleh ikat penyangkut ..." Cis, berfalsafah pulak dia pasal aku!

"Hey, I'm a good listener tau .. " Aku membela diri.

"Good listener? Hehehehehehe ...." Dia menamatkan perbualan dengan ketawa sumbang dia tu -- dan secara impliedly dia suruh aku melupakan cita-cita murni aku tu ...

Teruk punya kawan ... tak supportive langsung!

Tak pe, just wait and see ...

2 comments:

artisticklytouch said...

I got the same remarks too...well kita manusia ni ada 4 tingkap (ha, kalau belajar psycho tau la)..salah satu tingkap kata, diri kita yang orang lain kenal tapi kita tidak kenal..

Anonymous said...

yep I aware that tingkap - Johari's window.

I did an introduction to psychology once as elective during my univ days ... tapi masa tu I jd boring when it comes to memorize all parts of human brains.

Maybe remark dia betul .. but I think it's no harm to try, isn't it?

Thanks for stopping by.