Semalam mata terpaku di TV selama 3 jam 1/2 menonton cerita Veer Zaara. Tarikan utamanya tentulah Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee.
Aku bukanlah peminat mati keras cerita-cerita Hindi. Tapi, selalunya aku akan terpaku untuk cerita-cerita yang berorientasikan kekeluargaan dan kebudayaan. Lupakan sajalah lagu yang meleret-leret tu ... Dan Veer Zaara juga tidak ketinggalan.
Aku tidak menilai cinta Veer kepada Zaara, tetapi lebih kepada hubungan kekeluargaan yang terjalin ... antara Zaara dan Bebe (pengasuh Zaara), antara Mariam Hayaat Khan dengan Veer, antara ibu bapa Veer dengan Zaara dan persahabatan antara Zaara dan Shobba. Jalinan yang biasa, namun penuh erti pada aku yang selalu melankolik dan sentimental apabila menonton cerita-cerita begini.
Detik-detik begini jarang aku temui dalam cerita-cerita Melayu - kalau adapun, jarang sangat. Banyak kebencian daripada kasih sayang. Ini bukanlah pendapat yang bias kerana aku juga penggemar cerita-cerita Melayu. Cuma, ya lah, seperti yang dikatakan ... detik perasaan tersentuh tu jarang-jarang terjadi.
Tontonlah cerita ini sekiranya anda mahu memahami apa yang kukatakan. Namun, sekiranya anda tidak tersentuh, anda mungkin hanya menonton sesuatu hanya sebab anda mahu menonton. Tak kisah lah tu, bukannya berdosa pun.

No comments:
Post a Comment