Sunday, February 24, 2008

Selamat Pengantin Baru - Hazrin + Zakfaron


Hari Jumaat, 22 Februari 2008, adik ketigaku selamat menjadi suami orang. Aku tidak berada di situ untuk sama menyaksikan detik-detik itu. Lagipun, kendurinya akan diadakan cuti sekolah ini. Maka, dengan mempertimbangkan kedudukan sosio, ekonomi dan politikku, aku mengambil keputusan untuk balik kendurinya sahajalah.

Adikku itu berusia 27 tahun dan merupakan ahli keluarga kami yang pertama melangsungkan perkahwinan. Sepatutnya aku lah, tapi dah belum bertemu jodoh, dia melangkah bendulku. Aku pernah menyuarakan yang aku mahukan hadiah set aksesori kereta – pemain CD dan kaset, sport rim 13” dan leather seat sebagai hadiah langkah bendul – sebab dia lelaki. Dia balas – rumah la ni tak dak bendul, mana mungkin dia melangkah! Sungguh cis alasannya!

Aku belum lagi pernah bertemu adik iparku tu – sejak dari mereka bertunang hinggalah selamat diijabkabulkan. Bukan tidak mahu – sementelah kekurangan masa, aku juga tidaklah peramah sangat untuk mesra alam dengan dia biarpun dia akan menjadi ahli keluargaku. Aku bukan sombong, cuma aku sangat kekok untuk memulakan sebuah perkenalan.

Dan, dengan tidak diduga-duga, tengahahri tadi aku menerima panggilan telefon daripadanya – mungkin disuruh oleh adik aku, suaminya, atau ibunya, atau ibu aku … dan natijahnya, perbualan aku lebih banyak berbunyi “hmm, aha … ya, uhuh … ya”. Cakap 3 minit, dia pun mintak diri, dan aku dengan segera mengizinkan. Mungkin selepas itu timbul di fikirannya … “Entah apa apa la kak ipar aku ni ..”

Nak buat macam mana … pagi yang gelap, kini sudah terang, engkau adikku, aku ipar kau … Welcome to my life … huhu!!

No comments: