Ucapkanlah kasih satu kata yang ku nantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu
Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu
Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada dalam rinai hujan
Dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan
Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam
Cinta terasa ada

Hari ini terasa nak memcoretkan sesuatu yang berkaitan cinta. Iya, walaupun mulut menafikan kemeriahan dan kegilaan menyambut Hari Berkasih Sayang, naluri tetap menginginkannya juga! Usahlah rasa bersalah sangat.
Indahnya lagu ini padaku terletak pada maknanya. Aku tidak perlu membaca antara baris (read between lines) untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Ia adalah suatu penyataan yang cukup mudah – kesulitan untuk menyatakan kita jatuh cinta kepada seseorang. Persoalan perasaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami walaupun anda seorang yang boleh mengambil mudah dalam menangani hidup ini.
Selalu kita dengar, kalau kita rasa kita jatuh cinta pada seseorang, ucapkanlah, beritahulah kepada yang sepatutnya agar kita tidak bertepuk sebelah tangan. Tidak ada yang akan bertambah atau berkurang sekiranya apa yang kita nyatakan tidak berbalas. Benarlah begitu, tetapi, berapa ramai yang boleh menerima penolakan?
Lagu ini pertama kali kudengar, sudah melekat di telinga dan hati. Bukan sebab comel atau kacaknya penyanyinya, tetapi kerana melodi dan lirik yang padaku sangat puitis. Ia sangat membuai perasaan.
Cerita cintaku pula bagaimana?
Ramai yang tertanya-tanya, dan aku masih teragak-agak untuk bercerita kerana ia masih belum bermula.
Aku tahu, perasaan ini barangkali hanya menjadi bahan ketawa anak-anak sekiranya aku memberitahu mereka, tetapi musim cinta bukan hanya datang semusim saja. Ia adalah musim yang berkala. Datang dan pergi walaupun kita suka atau tidak.
Tidak kira apa pun musimnya, musim cinta akan tetap yang terindah sampai bila-bila ...

1 comment:
pernah terbaca dalam novel bahawa cinta tidak pernah mengira masa dan tempat untuk jatuh.....
Post a Comment