Sunday, February 17, 2008

Ketabahan Mereka

Petang.

Sedang melayari internet, tiba-tiba pintu bilik aku diketuk kuat. Terkejut dibuatnya. Rasa geram juga kepada siapa saja lah yang mengetuk begini. Walaupun tak ada orang, janganlah diketuk begitu. Bersederhanalah.

Setelah aku kata "masuk" (hee, rasa macam bos besar pulak), terpacul seorang budak perempuan berbaju kurung dan bertudung.

"Ini bukan student aku ..." hati aku berdetak.

"Er, cik ke puan?" terus dia tanya. Amboi, salam tidak, ucap selamat tidak, status kita pulak nak ditanya? Suka hati aku la nak cik ke, puan ke. Sebal.

"Cik" tegas saja bunyinya. (Rilek la, budak tu tanya saja!).

"Cik, ..... bla ... bla. ... pernah dengar tak pasal G*****?" Itu saja yang aku dapat tangkap. Dah la cakap laju, cakap macam dalam kelambu. Macam mana ni?

Tapi, sebaik saja aku menangkap nama belakang syarikat yang diwakilinya, sambil tersenyum aku pun kata ...

"Yes, I've heard that. But, I'm not interested at this moment." Well, you will never like me when I speak English ... hehehe.

Dia nampak kecewa dan menelan air liur. Terkedu.

Aku kasihan melihatnya. Tapi aku tak berminat. Maaf kerana tidak menyokong karier anda!

No comments: