Sunday, February 10, 2008

Oh, sahabat!

Aku ada seorang kawan yang aku kenal baik daripada sekolah menengah. Anak ustazah aku. Aku tak pasti bagaimana aku boleh berkawan baik dengan dia. Agaknya dia tertarik dengan perangai aku yang kadang-kadang banyak sewel dari warasnya, kot!

Dia ni seorang pegawai kerajaan yang pernah bertugas dengan Datuk Ijat (panggilan dia la) di Kementerian Wanita tu. Sekarang dah berpindah department.

Everytime bila jumpa dia, dia akan bercakap mengenai dia dan kerjanya. Bermula daripada saat pintu kereta ditutup, dia akan bercakap dan terus bercakap. Semuanya pasal dia, dia, dia dan dia! Kadang-kadang, aku boleh jugaklah mencelah cerita pasal aku - tapi, mostly semuanya tentang dia.

Bos dia tak best.

Bos dia tak pandai buat kerja.

Bos dia blur dan tak mahu mendengar nasihat dan cadangan orang.

Staff bawahan dia tak mahu dengar kata.

Kadang-kadang aku naik muak bila dengar semua cerita tersebut. Bila sesekali bertemu, aku tidak mengharapkan cerita-cerita begini.

Aku mengharapkan bila kami berjumpa, kami boleh ...

Mengumpat pasal kawan-kawan kami.

Bercerita tentang orang yang kami suka tapi tak berapa suka kat kami.

Mengutuk orang yang suka kat kami, tapi kami tak suka kat mereka.

Menilai kenapa kami tak kawin-kawin sampai sekarang.

Tapi, dia dok tak faham-faham. Aku dah beberapa kali bagi hint, malangnya dia tidak menghiraukan hint tersebut. Arghh!

Pernah sekali, aku tegur dia yang aku tak mahu dengar pasal cerita kerja. Dia terdiam. Aku pun rasa macam erk! Lepas tu dia buat balik.

Sahabat yang baik adalah seorang sahabat yang penuh dengan pengertian.

Maka, di sini, aku akan terus mengerti kenapa dia berperangai begitu kerana aku ingin menjadi sahabat yang baik.

Tapi, siapa nak jadi sahabat baik aku pulak?

No comments: